Cara Bijak Tawar-Menawar Sampai Kamu Puas Hati

Walaupun kamu super-urban-chic dan beli barang mengikut harga yang ditetapkan, tapi ada kalanya kamu pasti tawar-menawar – terutama bila melancong atau membeli barang di flea market. Asah skill kamu dengan tip ini.

1) Jangan gopoh

Kamu ternampak seutas gelang ketika berjalan di flea market dan terus terfikir, “Oh, cantiknya! Nak!” Bawa bertenang. Kamu mungkin akan jumpa 10 kedai lain di flea market itu yang menjual gelang yang sama dengan harga berbeza. Kamu mahu mendominasi permainan tawar-menawar ini, kan? Jadi, jalan dahulu dan tinjau harga yang biasanya diminta oleh pelancong lain untuk barangan tersebut. Dengan cara ini juga, kamu boleh kesan penjual mana yang mahu ‘mengetuk’ kamu dengan harga cekik darah serta penjual mana yang jujur dan bermurah hati.

2) Sebut harga terlebih dahulu

Selepas kamu jumpa barang dan berpuas hati dengan tinjauan kamu, ini masanya untuk bersiap sedia bagi sesi tawar-menawar. Tetapkan had harga di minda kamu – dua harga iaitu harga tertinggi yang kamu rela bayar dan harga yang adil untuk kamu. Sudah pasti ada bezanya jika kamu tawar-menawar tapi kamu perlu tahu adakah harga itu berbaloi? Jadi petik harga sebelum penjual buka harga tinggi untuk barangan yang kamu mahukan.

3) Jangan sesekali katakan, “Wah, murahnya!”

Salah satu perkara paling penting yang kamu perlu ingat tentang budaya tawar-menawar ini adalah ia keseimbangan di antara interaksi sosial dan operasi urus niaga. Sentiasa hormati penjual dan kos sara hidup mereka. Apa yang mungkin murah untuk kamu, boleh jadi mahal untuk mereka. Kamu hanya akan menjejaskan hubungan di antara penjual dan pembeli. Tapi realitinya, it’s just straight up rude.

4) Main jual mahal

Angap tawar-menawar umpama satu perhubungan. Act like you don’t care, dan kamu akan terus mendominasi permainan tersebut. Apabila membeli-belah, kekal kasual dan jangan tunjukkan keterujaan atau minat terhadap barang tersebut. Kamu akan hilang kuasa tawar-menawar serta-merta jika penjual tahu kamu benar-benar mahukannya. Sebagai penjual yang berurusan dengan ramai pembeli setiap hari, susah tentu mereka bijak hidu kelemahanmu. Jika mereka rasa kamu seorang amatur dan tidak pasti apa yang kamu lakukan, mereka akan cuba ‘ketuk’ kamu dengan harga lebih mahal.

5) Jika tidak pasti, potong separuh harga (atau lebih)

Tidak semua pelancong mempunyai masa untuk berjalan terlebih dahulu dan lakukan tinjauan sendiri. Kamu pula jumpa barang yang kamu benar-benar mahu dan secara jujurnya kamu tidak tahu nilainya dan bagaimana untuk lakukannya. Potong harga tersebut kepada 50 hingga 75 peratus dan mula dari situ. Kamu akan tahu serta-merta daripada reaksi penjual tersebut. Jika mereka terus terima tawaran kamu, bermaksud kamu berikan harga yang tinggi atau harga yang tidak merugikan mereka. Jika mereka mula marah atau mengeluh, bermakna kamu tawarkan harga terlalu rendah. Cara terbaik? Tanya mereka apakah harga yang adil untuk dia juga kamu.

6) Be the friendly tourist

Kamu mahukan RM5 untuk sesuatu barang dan penjual mahukan RM7, dan tiada siapa mahu mengalah. Jika kamu ‘terperangkap’ dalam situasi ini, tiba masanya kamu gunakan taktik ‘friendly tourist’. Mulakan chit chat bersama mereka. Borak dengan penjual tersebut perihal tempat itu, keluarga atau budaya mereka. Bina hubungan agar penjual tersebut rasa kamu seperti teman dan akhirnya akan mengalah dan bersetuju dengan harga kamu.

7) Strategi ‘angkat kaki’

Strategi ini hanya akan berjaya jika kamu benar-benar takkan rasa menyesal bila berlalu pergi. Kamu tidak dapat turunkan harga barang mengikut harga yang diinginkan. Tegaskan begini, “Mahal sangat ni. Kalau hanya RMXX saya akan ambil.” Ia menunjukkan yang kamu benar-benar serius dan bukan suka-suka menawar harga rendah. Apabila kamu sudah sebut harga dan masih tidak ‘menang’, it’s time to walk away. Katakan terima kasih, jangan mengeluh dan jangan toleh ke belakang. Jalan dengan perlahan dan bersahaja tanpa buat mereka perasan yang kamu sedang lakukan walk away strategy. Jika harga yang kamu tawar adalah harga adil, penjual akan memanggil kamu semula dan bersetuju dengan tawaran kamu. Boom! You’ve got yourself a deal.

8) Jangan main-main

Hormat adalah perkara paling penting dalam budaya tawar-menawar. Jangan sesekali minta harga rendah jika kamu tidak benar-benar mahu membelinya. Sudah pasti kamu boleh tanya harga, tapi jika kamu sudah mula tawar-menawar dan penjual tersebut bersetuju dengan harga kamu, maka kamu ‘wajib’ lengkapkan pembelian itu. Jika kamu mula tawar-menawar dan sedar bahawa kamu tidak mahukan barang itu atau harga masih di luar jangkaanmu, tiada masalah. Beritahunya dengan sopan bahawa kamu ubah fikiran dan tidak berminat dengan barang tersebut lagi. Tapi apabila kamu sudah setuju dengan harga tersebut, lakukan pembayaran serta-merta.

Speak Your Mind

*