French fries ataupun kentang goreng ini adalah sejenis masakan yang diciptakan oleh penduduk di Belgium, dan ianya merupakan masakan yang diciptakan pada lewat abad ke-1600. Penduduk Belgium selalunya akan menghiris kepingan ikan yang mereka tangkap dengan nipis, goreng dan memakannya sebagai makanan ringan. Tetapi apabila tiba musim sejuk, para penduduk tidak dapat menangkap ikan kerana faktor sejuk dan sungai menjadi beku, maka mereka mengantikan ikan dengan kentang. Mengunakan konsep yang sama, mereka akan hiris kepingan kentang tersebut dan goreng. Maka dari situlah permulaan hasil ciptaan resepi kentang goreng.
ASAL USUL NAMA FRENCH FRIES?
Macam mana pula boleh kaitkan dengan Perancis? Ini yang jawapan yang membuatkan sejarah French fries menjadi lebih menarik. Ketika perang dunia pertama (World War 1), tentera Amerika Syarikat yang ditugaskan di Belgium telah menemui makanan orang Belgium ini, dan bahasa rasmi komunikasi pengantara yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat ketika itu adalah bahasa Perancis. Tentera-tentera tersebut memberikan nickname untuk kentang goreng tersebut sebagai “French fries”. Nama gelaran untuk Kentang goreng tersebut melekat sebagai “French fries” sehingga hari ini dan kita semua telah menyebut nama negara yang tidak menciptakan french fries.
KENTANG CICAH AISKRIM!
Selain daripada cili sos, sos thousand island atau mayonis, kalau di Malaysia pula (atau negara-negara asia mungkin), kebanyakkan kita akan memakan French fries dengan cara yang paling unik sekali, iaitu cicah French fries dengan aiskrim sundae Mcdonald. Ya, mungkin juga ada yang merasakan pelik dan ada yang tak pernah try, tapi untuk pengemar aiskrim dan French fries, ini adalah antara cara yang paling terbaik dan mantul untuk kita makan dua benda favourite ini. Kalau tak pernah try, silalah cuba. Tak kisah la aiskrim daripada mana sekali pun atau French fries daripada masakan restoran mana sekali pun. Kalau nak gambarkan rasa dia, ianya seperti makan aiskrim dengan roti oblong. Rasa dia pergh! Nikmat tak terhingga lah.
Jika korang ke negara Belgium, rakyat disana akan memakan French fries dengan kerang yang dimasak atau dengan telur goreng. Kalau kat United Kingdom pula, french fries dikenali sebagai pasangan ideal dalam masakan fish and chips. Kalau kat negara tengah timur pula, kentang goreng digulung dalam roti pita dan ayam.
Speak Your Mind