Selalunya apabila bercakap tentang cuka epal, ramai beranggapan ia bahan untuk dimasak atau digunakan dalam sos salad. Tak ramai yang sedar tentang khasiatnya terutama dari segi kesihatan dan kecantikan.
Foto: Depositphotos
Cuka epal dibuat daripada proses penapaian apfelmost (buah epal). Proses ini menyebabkan bakteria dan yis menukar gula kepada asid asetik. Cuka ini kaya dengan mineral seperti kalium, klorida, kalsium, natrium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, Vitamin A, C, E, B1 dan B2.
Untuk mengawal diabetes jenis 2
Kajian menunjukkan bahan aktif di dalam cuka epal, asid asetik boleh mengurangkan penghadaman kanji dan seimbangkan gula dalam darah. Hasilnya, ia dapat mengawal diabetes jenis 2.
Bagaimana: Campurkan satu sudu cuka epal di dalam air dan minum sebelum makan.
Utuk penjagaan wajah
Jika kamu mempunyai masalah pori besar, kulit kusam dan berminyak, cuka epal boleh membantu. Pakar menjelaskan bahawa kulit selalunya bersifat asid dan apabila menggunakan cuka epal sebagai penyegar, ia membantu seimbangkan tahap minyak kulit.
Bagaimana: Campurkan beberapa titis cuka epal di dalam air sebelum gunakan pada kulit wajah dengan kapas. Amalkan tiga hingga empat kali seminggu. Jika kamu mempunyai kulit sensitif, kurangkan kekerapan penggunaan dan cairkan lagi campuran tersebut.