Sky Mirror tidak lagi perlu dikenalkan kerana anda mesti sudah tahu akan tempat yang viral ini dengan gambar-gambar ‘awesome’ dikongsikan oleh ramai orang di media sosial.
Akan tetapi, ada yang ramai orang tidak tahu anda boleh melihat keindahan fenomena fitoplankton yang mengeluarkan cahaya biru terang atau dikenali sebagai ‘blue tears’. Dengar nama sahaja sudah buat anda terbayang keajaiban cahaya semula jadi itu bukan?
Pengunjung dapat melihat kecantikan ‘blue tears’ dengan menaiki bot laju di Jeti Sky Mirror yang menyusuri perairan Sungai Selangor. Kiranya selepas anda ke Sky Mirror, bolehlah anda saksikan kilauan biru terang pula. Memang terbaik!
Difahamkan, tarikan ini hanya dibuka pada jam 8 malam hingga 10 malam sahaja dan berharga RM25 seorang. Jika anda berminat untuk kunjungi tempat ini dan untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.
Speak Your Mind