Anda adalah seorang pengembara? Sering menaiki pesawat untuk ke satu destinasi? Jadi anda semestinya sudah terbiasa dengan sistem pesawat yang hadir dengan beberapa undang-undang.
Antaranya adalah anda diminta untuk memakai tali pinggang keselamatan ketika pesawat mendarat atau berlepas. Anda juga diminta untuk melihat teknik keselamatan yang ditunjukkan oleh pramugara atau pramugari.
Melalui satu perkongsian di antara pakar penerbangan John Walton dan Lonely Planet, beliau berkongsi rahsia sebenar disebalik arahan ‘sila naikkan penutup tingkap anda sebelum mendarat..’
Kaedah tersebut bukan sahaja untuk memberi para penumpang satu pandangan yang baik ketika mendarat. Seperti perkara lain yang telah ditetapkan, ia adalah untuk keselamatan.
Kata beliau, dengan membuka penutup tingkap tersebut, para penumpang akan memberi masa kepada mata mereka untuk menyesuaikan diri dengan tahap cahaya di luar.
Tambah beliau lagi, kabin krew dapat melihat secara keseluruhan apa yang terjadi diluar dan mampu untuk bertindak dengan pantas dalam apa jua keadaan yang memerlukan mereka untuk berada dalam keadaan sedia.
Setiap pembinaan pesawat akan melalui satu ujian keselamatan dan kabin krew telah di latih untuk menghadapi segala kemungkinan.
Ketika latihan, mereka telah dilatih untuk menilai keselamatan yang berlaku di luar kapal terbang dan penumpang akan bertindak sebagai mata tambahan kepada kabin krew.
Tahun ini juga, seorang rakyat Malaysia telah ditangkap kerana memasang ‘spy’ camera di dalam tandas pesawat.