Archives for January 22, 2020

Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang GERD

Kamu pernah rasa pedih di bahagian tekak atau lebih spesifik, saluran esofagus seakan-akan hendak muntah dan sangat perit seperti ada sesuatu di tekak? Atau kamu berasa pedih ulu hati? Hmm, kamu mungkin mempunyai gastroesophageal reflux disease (GERD).
Segala Kamu Perlu Tahu Perihal GERD
Foto: 123rf

Siapa suka makanan pedas, berlemak, berasid dan berangin, angkat tangan? Rata-rata rakyat Malaysia memang gemar makanan seperti ini. Tahukah kamu ia memberi kesan tidak baik kepada tubuh lebih-lebih lagi apabila kamu baru saja selesai makan. Tidak ramai yang menyedari bahawa mereka menghidap penyakit penyakit refluks gastroesofagus sehinggalah badan beri tindak balas yang kurang senang setiap kali lepas makan atau beberapa jam selepas makan.

Akan tetapi, penyakit ini boleh dicegah. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah refluks asid perut ke dalam esofagus melalui spinkter esofagus yang lebih rendah (LES), yang boleh merosakkan lapisan esofagus dan membawa kepada pelbagai penyakit termasuk kanser tekak.

Apa Itu GERD?

Ia terjadi apabila injap otot pada hujung esofagus tidak ditutup dengan betul. Esofagus adalah tiub yang membawa makanan dari mulut ke perut. Ini membolehkan kandungan perut kembali semula, atau refluks, ke kerongkong dan membuatkan penghidap merasa pedih. Kamu mungkin merasakan pembakaran di dada atau tekak yang dinamakan sebagai pedih ulu hati. Kadangkala, kamu boleh merasakan bendalir perut di bahagian belakang mulut. Jika kamu mempunyai simptom ini lebih daripada dua kali seminggu, kamu mungkin mempunyai GERD. Kamu juga boleh mempunyai GERD tanpa pedih ulu hati. Gejala kamu boleh termasuk batuk kering, asma atau masalah menelan.

 

Cegah Derita Kamu

Sesiapa saja termasuk bayi dan kanak-kanak boleh menghidap penyakit ini. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Dalam sesetengah kes, kamu mungkin memerlukan ubat atau pembedahan. Akan tetapi, ramai orang boleh perbaiki gejala mereka dengan mengamalkan beberapa cara. Berikut adalah petua yang kamu boleh cuba untuk mencegah GERD.

1) Kurangkan berat badan.

Obesiti adalah punca utama GERD. Lemak tambahan di perut memberi tekanan pada perut sekali gus mendorong asid gastrik mengalir atau naik semula ke dalam esofagus. Kamu disarankan untuk mengurangkan berat badan jika mempunyai masalah berat badan berlebihan. Ia boleh mengganggu sistem penghadaman kamu. Tapi, jika kamu mempunyai berat badan yang normal, ia bermaksud berat badan bukanlah punca kamu menghidap GERD.

2) Elakkan makanan yang menyebabkan refluks.

Jika kamu berisiko untuk menghidap GERD, elakkan makanan berlemak dan pedas. Antara makanan lain yang kamu perlu ketepikan adalah pudina, coklat, bawang, buah mangga, kopi atau sebarang minuman berkafein, minuman berkarbonat dan makanan berasid seperti tomato dan buah-buahan sitrus.

3) Makan dengan kuantiti yang lebih kecil dan lebih kerap.

Sekiranya kamu ambil makanan dengan kuantiti yang banyak dan mengisi perut kamu terlalu banyak, ia akan memberi tekanan di dalam sistem penghadaman dan berisiko mendapat refluks. Selain itu, kamu perlu makan dengan lebih kerap untuk memastikan asid tidak terbentuk di perut apabila membiarkan perut kosong untuk tempoh yang lama.

4) Jangan baring sebaik saja lepas makan.

Tunggu sekurang-kurangnya tiga jam. Graviti biasanya membantu mencegah asid refluks daripada berkembang. Apabila kamu makan dan kemudian berbaring untuk tidur, kamu membuatkan graviti tidak seimbang. Akibatnya, LES kamu akan tertekan dan asid akan mengalir ke dalam esofagus lantas menyebabkan refluks. Ubah tabiat buruk kamu dan elakkan ini daripada berlaku!

5) Tinggikan kepala kamu semasa tidur.

Ini bertujuan untuk mengelakkan asid naik ke esofagus. Dengan meninggikan kepala katil dari enam hingga lapan inci, ia boleh membantu graviti asid gastrik kekal di dalam perut. Kamu juga boleh menggunakan sokongan seperti bantal yang diletakkan secara menegak bagi memastikan badan kamu juga terangkat sedikit. Jangan gunakan bantal tambahan hanya di kepala kerana ia hanya menaikkan kepala dan tidak membantu mencegah GERD. Keseluruhan bahagian atas badan kamu perlu mendapatkan sokongan.

6) Berhenti merokok.

Beberapa kajian mendapati nikotin boleh melegakan otot-otot LES juga boleh mengganggu keupayaan air liur untuk membersihkan asid daripada esofagus. Tambahan pula, rokok sememangnya memudaratkan kesihatan. Bagi memastikan kesihatan kamu berada dalam keadaan yang terbaik, sila berhenti merokok.

7) Kurangkan atau berhenti ambil alkohol.

Seperti merokok, alkohol juga boleh menyebabkan LES kamu berehat. Ia juga boleh menyebabkan otot esofagus menjadi kejang. Oleh itu, sama juga seperti rokok, adalah lebih baik untuk berhenti minum minuman beralkohol.

5 Helah Kesihatan Kamu Perlu Cuba Dan Amalkan

Trik ini akan membantu kamu jadi lebih sihat! Semakin jaranglah temu janji kamu dengan doktor selepas ini…

5 Helah Kesihatan Kamu Perlu Cuba Dan Amalkan

Foto: Depositphotos

1. Lebih Mantap Selepas Bersenam

Minum susu soklat sebaik selesai bersenam. Kadar karbo ke protein akan menghidratkan semula tubuhmu dan membantu membina semula otot, jadi tidaklah kamu rasa lenguh semacam esok harinya. Satu gelas dalam tempoh sejam selepas bersenam sudah memadai.

SUMBER: DAVID GEIER, MD, PENGARAH UNIVERSITI PERUBATAN SOUTH CAROLINA SPORTS MEDICINE

2. Tambah Tenaga Dalam 30 Saat

Bila masuk jam 3 petang saja mulalah kamu rasa ‘bleugh’. Jika kamu tak sempat nak power nap, cuba ini: Baring dengan kaki ke atas (atau kaki disandar ke dinding untuk sokongan) selama setengah minit. Ia akan menggalakkan pengaliran darah dan oksigen ke otak, menjadikan kamu lebih peka.

SUMBER: HOLLY PHILIPS, MD

3. Gelabah Nak Jumpa Doktor?

Jika kamu rasa gementar mengenai temu janji dengan pakar, bawa bersama minyak lavender. Kajian menunjukkan menghidu minyak ini akan buat kamu lebih tenang dan menyingkirkan rasa gelabah. Mudah, kan?

SUMBER: KONSULTAN AROMATERAPI, JOIE POWER, PHD

4. Hapuskan Risiko Dijangkiti Selesema

Kamu mungkin rajin bersihkan alatan yang kamu selalu sentuh, seperti telefon bimbitmu. Tapi bagaimana pula dengan si dia? Curi-curi ambil dan lap menggunakan tisu basah antibakteria supaya kamu berdua sama-sama sihat.

5. Hirup Udara Segar

Meluangkan waktu di luar rumah terbukti dapat membangkitkan semangat. Jadi bila kamu mahu rasa lebih tenang kala berdepan sebarang tekanan, keluar berjalan seketika. Sebaiknya, pilih lokasi yang banyak tumbuhan seperti di taman. Pasti lega…

Kebaikan Cuka Epal Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Selalunya apabila bercakap tentang cuka epal, ramai beranggapan ia bahan untuk dimasak atau digunakan dalam sos salad. Tak ramai yang sedar tentang khasiatnya terutama dari segi kesihatan dan kecantikan.

Kebaikan Cuka Epal Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Foto: Depositphotos

Cuka epal dibuat daripada proses penapaian apfelmost (buah epal). Proses ini menyebabkan bakteria dan yis menukar gula kepada asid asetik. Cuka ini kaya dengan mineral seperti kalium, klorida, kalsium, natrium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, Vitamin A, C, E, B1 dan B2.

Untuk mengawal diabetes jenis 2

Kajian menunjukkan bahan aktif di dalam cuka epal, asid asetik boleh mengurangkan penghadaman kanji dan seimbangkan gula dalam darah. Hasilnya, ia dapat mengawal diabetes jenis 2.

Bagaimana: Campurkan satu sudu cuka epal di dalam air dan minum sebelum makan.

Utuk penjagaan wajah

Jika kamu mempunyai masalah pori besar, kulit kusam dan berminyak, cuka epal boleh membantu. Pakar menjelaskan bahawa kulit selalunya bersifat asid dan apabila menggunakan cuka epal sebagai penyegar, ia membantu seimbangkan tahap minyak kulit.

Bagaimana: Campurkan beberapa titis cuka epal di dalam air sebelum gunakan pada kulit wajah dengan kapas. Amalkan tiga hingga empat kali seminggu. Jika kamu mempunyai kulit sensitif, kurangkan kekerapan penggunaan dan cairkan lagi campuran tersebut.

10 Ramalan Dijangka Berlaku 10 Tahun Akan Datang

Kita digembar-gemburkan dengan pelbagai revolusi yang akan dikecapi selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Sama ada kereta terbang, dron menghantar makanan, dron menabur baja dalam sektor pertanian serta banyak lagi isu lain yang mengagumi diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Kesemua isu ini adalah kerana teknologi yang semakin canggih di mana ia tidak memerlukan tenaga kerja manusia lagi dalam menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik.

Namun teknologi ini tidak akan terhenti begitu sahaja kerana ia akan terus menjadi canggih pada tahun berikutnya sehingga merasakan yang kewujudan teknologi itu seperti tidak masuk akal pun sebenarnya.

Berikut antara 10 ramalan teknologi canggih yang diwujudkan pada 2030.

10. Penghasilan mesin membaca otak

Mesin yang boleh membaca minda atau otak kedengaran seperti sesuatu yang mustahil dan fantasi, tetapi jika ahli sains memenuhi jadual yang dirancang, kita bakal melihat mesin telepati pertama akan diumumkan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Ia adalah tarikh akhir yang ditetapkan sekumpulan saintis Jepun pada 2010 apabila mereka mula mengumumkan rancangan untuk melancarkan mesin yang boleh membaca minda dan mengubah pemikiran anda menjadi mesej teks.

Sejak itu, saintis telah membuat beberapa penemuan luar biasa.

Satu pasukan saintis Jepun telah membangunkan teknologi yang dapat memecahkan aktiviti otak untuk mencipta imej kasar dari pemikiran orang.

Sementara itu, ahli sains di Universiti Carnegie Mellon telah mencipta mesin yang dapat melihat isyarat otak dan menggunakannya untuk membaca pemikiran dalam fikiran anda. Mereka mendakwa ia mampu mencapai ketepatan 87%.

9. Pengeluaran kereta pandu sendiri secara besar-besaran bermula 2021

Kereta tanpa pemandu telah berada di pasaran, tetapi ia sukar untuk ditemui di mana-mana.

Ini kerana ia hanya digunakan oleh mereka yang kaya dan dilimpahi wang yang banyak dan semua ini akan berubah pada 2021.

Tahun ini syarikat China merancang untuk melancarkan kereta tanpa pemandu untuk memenuhi jalan-jalan di Beijing dan Shanghai.

Dan jika kita menggunakan kejayaan kereta elektrik China sebagai bukti, maka kita boleh melihat teknologi ini digunapakai di China lebih pantas dari di Barat.

8. Pesawat komersial kuasa solar – 2022

Pada tahun 2022, “Aviation Aircraft” merancang untuk melancarkan pesawat komersial berkuasakan elektrik sepenuhnya pertama di dunia sekaligus menjadikan ini bukan satu idea sains fiksyen.

Pesawat Aviation telah diumumkan dan sepasukan juruterbang telah mengelilingi dunia menaiki pesawat elektrik.

Tetapi pada tahun 2022, kita akan mula melihat kapal terbang elektrik dengan panel solar menjadi pilihan untuk setiap penerbangan yang dinaiki.

7. Krisis ekonomi global – 2023

Kini kita berada di tengah-tengah perkembangan ekonomi terpanjang dalam sejarah Amerika, namun ia tidak akan kekal selama-lamanya.

Lambat-laun, ia pasti akan berlaku kemelesetan dan jika ramalan Majlis Dasar Perniagaan Global adalah benar, hari-hari yang paling sukar adalah pada tahun 2023.

Mereka telah meramalkan bahawa kita akan mula melihat pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan dan ia tidak akan kembali naik sehinggalah selepas 2023.

Ketika ini berlaku, hutang negara yang semakin meningkat akan berhadapan dengan risiko yang lebih besar dan risiko yang lebih besar untuk ekonomi global.

Kemudian, kita akan mula melihat negara-negara dengan pasaran baru muncul tidak membayar hutang mereka.

Walaubagaimanapun, kemelesetan ini bukan sahaja menjadi perlahan secara global, tetapi juga satu penstrukturan semula.

6. Misi manusia pertama ke planet Marikh – 2024

Tahun 2024 adalah tahun yang kita mungkin berjaya menghantar manusia ke planet Marikh. Ia tahun di mana program Space X oleh Elon Musk merancang untuk menghantar roket pertamanya ke Marikh.

Dan sudah tentu jika Elon Musk tidak berjaya mencapai matlamat ini, pastinya ia akan direalisasikan oleh orang lain.

Semua ini hanya bergantung kepada jarak. Pada tahun 2024, orbit Bumi dan Marikh akan diselaraskan dengan cara yang membolehkan pelayaran antara planet berlaku dengan paling mudah.

Misi yang paling berani yang telah diumumkan oleh NASA untuk tahun 2024 adalah misi yang dikendalikan manusia untuk ke bulan.

5. Saintis berupaya membetulkan otak manusia – 2025

Pada tahun 2013, kerajaan Amerika Syarikat mengumukan Inisiatif “Brain” iaitu satu rancangan untuk memahami aktiviti di dalam otak manusia menjelang 2025.

Apabila projek itu memasuki tahun terakhir, saintis yang terlibat sudah berada jauh di hadapan daripada tahap analisis dan akan melakukan sentuhan terakhir terhadap aplikasi mengenai minda manusia.

4. Doktor terbalikkan penuaan jantung manusia – 2026

Penyakit kardiovaskular masih menjadi antara punca utama kematian di seluruh dunia. Tak kiralah betapa banyak perkara malang yang kita berjaya elak, kita tetap tidak dapat mengelak daripada jantung kita daripada penuaan.

Namun, ramalan menyatakan yang ia boleh dilakukan menjelang tahun 2026. Ini adalah tahun di mana “Harvard Stem Cell Institute” menjangkakan akan menyiapkan ujian klinikal ke atas penyelidikan dalam menterbalikkan penuaan hati manusia.

3. Negara membangun mengatasi ekonomi Amerika Syarikat – 2027

Ketika ini, dunia sedang melalui perubahan luar biasa.

Terdapat negara-negara membangun yang berkembang pada kadar yang mengejutkan sehinggakan kita bakal melihat perubahan besar dalam keseimbangan kuasa global.

Menurut Goldman Sachs iaitu syarikat pelaburan bank multinasional dan perkhidmatan kewangan Amerika Syarikat, perkara ini tidak dapat dielakkan dan ia berlaku di antara 2026 dan 2027.

Menjelang tahun 2026, mereka meramalkan bahawa China akan mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia.

2. Saintis mula menghidupkan semula spesis pupus – 2028

“Jurassic Park” mungkin tidak akan kekal sebagai sains fiksyen selama-lamanya. Menjelang tahun 2028, para saintis percaya bahawa mereka akan mempunyai keupayaan untuk menghidupkan semula spesis haiwan yang telah pupus.

Menurut kajian in, kita mungkin perlu menunggu lebih lama selepas tahun 2028 untuk menghidupkan kembali dinosaur seperti “velociraptors” dan “tyrannosaurus rexes”, tetapi dengan kecanggihan dalam kejuruteraan pengklonan dan genetik, kita mungkin berjaya menghidupkan kembali haiwan seperti burung dodo.

1. Krisis populasi global – 2029

Menjelang akhir tahun 2029, populasi manusia dijangka akan mencecah 8.5 bilion orang dan apabila ini berlaku, kita akan mempunyai masalah baru.

Para saintis percaya bahawa penghujung tahun 2020 akan menjadi penanda kepada perubahan baru dalam keutamaan manusia.

Pada masa itu, kita akan memerlukan 50% lebih banyak makanan dan tenaga daripada yang kita lakukan hari ini, serta 30% lebih banyak air tawar.

Dan apabila sumber paling penting ini semakin berkurangan, ia akan membawa manusia ke tahap krisis kemanusiaan.

Kehabisan makanan dan air akan menjadi masalah yang sangat nyata dan pada tahun 2029, barulah manusia akan mula menyedari betapa besar masalah yang dihadapi.

Menurut Penasihat Saintifik United Kingdom iaitu John Beddington, jika masalah ini tidak ditangani, dekad seterusnya akan membawa kepada sebuah konflik global era baru di mana negara-negara akan mula berperang untuk mendapatkan tanah dan air.

Malaysia Negara Ke-16 Paling Aman Di Dunia

Jika anda bertanya kepada pelancong mengapa mereka memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan, jawapannya adalah kerana keunikan yang ada dengan kehidupan pelbagai bangsa.

Malah dengan bangsa yang pelbagai itu mampu membuatkan masyarakat hidup dengan aman sekaligus mencatatkan Malaysia negara ke-16 paling aman di dunia.

Bagi senarai Asia Tenggara pula, Malaysia adalah negara ke-3 paling aman selepas Jepun dan Singapura.

Ia berdasarkan laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2019 sekaligus ia mampu menarik perhatian pelabur dan pelancong asing untuk datang ke Malaysia.

Laporan itu juga menunjukkan kedudukan yang baik berbanding tangga ke-26 pada 2018, ia suatu pencapaian yang boleh dibanggakan!

Dengan capaian tersebut, ia juga mampu menarik kedatangan 30 juta pelancong antarabangsa dan RM100 juta resit pelancongan pada tahun ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

Sasaran itu dinyatakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad agar menjadikan VM2020 sebagai misi nasional dengan bercerita dan berkongsi mengenai kecantikan, keamanan dan keindahan negara ini.

Malah, pelbagai destinasi pelancongan yang boleh dikunjungi sama ada di sebelah utara yang terkenal dengan syurga makanan di Pulau Pinang, di belah timur dengan seni dan budaya tersendiri di Kelantan dan Terengganu serta di sebelah barat yang terkenal dengan keindahan alam dan semulajadi.

Begitu juga di Sabah dan Sarawak mempunyai keunikan yang mampu menggamit hati pelancong, namun kerajaan kini sedang mempergiat aktiviti kawalan daripada dicerobohi anasir luar yang sebelum ini sering berlaku pencerobohan dan penculikan di sana.

Apa Anda Perlu Buat Jika Ingin Kekal Sihat Pada Usia Lebih 100 Tahun?

Setiap orang mengharapkan supaya sentiasa panjang umur dan kekal sihat pada usia yang lanjut.

Beberapa petua dan tip akan diamalkan sesetengah individu bagi mencapai apa yang dihajati.

Antara tipnya adalah makan jamu dan bersenam dengan cara yang konsisten.

Begitu juga dengan seorang wanita tertua di dunia dengan usia 116 tahun, Kane Tanaka turut mengamalkan beberapa tip untuk panjang umur.

Antara rahsia Kane panjang umur adalah kerana mengamalkan konsep “Hara Hachi Bu” yang bermaksud “berhenti makan sebelum kenyang”.

Selain kebiasaan itu, Kane turut mengamalkan pola pemakanan yang sihat terdiri daripada sayuran hijau, ulam-ulaman dan ikan.

Sumber makanan tersebut kaya dengan lemak Omega-3 yang mampu melindungi daripada penyakit jantung.

Sebenarnya, amalan diet Kane itu bukan sesuatu luar biasa sebaliknya ia memang menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat Jepun.

Tidak terhenti di situ, budaya masyarakat Jepun yang gemar makan bersama dapat menurunkan risiko tekanan.

Rekod Kane sebagai individu tertua juga adalah simbol populasi warga emas di Jepun yang semakin meningkat namun jumlah kelahiran pula berkurangan.

Wanita yang berasal dari Jepun itu memegang rekod sebagai manusia paling tua di dunia apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 117 pada 2 Januari lalu.

Kane merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik dan beliau dilahirkan pra-matang pada 1903.

Warga emas itu berkahwin dengan Hideo Tanaka pada 1922 dan dikurniakan empat cahaya mata selain mengambil seorang anak angkat.

Anda Mungkin Terkejut Dengan Kos Rawatan Penyakit Ini

Apabila mengalami sakit yang kritikal, anda perlu mendapatkan rawatan di hospital. Namun persoalannya yang mana menjadi pilihan, sama ada hospital kerajaan atau swasta?

Sudah pasti setiap keputusan yang dibuat akan bergantung kepada kos pembiayaan. Jika ia mempunyai wang lebihan, sudah pasti hospital swasta yang akan dipilih kerana servis dan kualitinya lebih baik.

Berbanding hospital kerajaan, ia mengambil masa yang lama kerana terlalu ramai pesakit dan ia lebih murah berbanding swasta. Jangan pula anda mengharap akan mendapat layanan yang sama seperti di hospital swasta kerana anda akan di layan mengikut giliran dan keseriusan penyakit yang dihidapi.

Perbezaannya adalah ketara, jika sakit jantung, anda memerlukan kos pembiayaan sebanyak RM4,000 jika di hospital kerajaan, berbanding RM80,000 di hospital swasta.

Untuk penyakit katarak mata pula, anda hanya memerlukan sekitar RM100 hingga RM500 bagi setiap rawatan, dan kos yang diperlukan bagi penyakit yang sama adalah antara RM3,500 hingga RM6,000 jika di hospital swasta.

Berlainan pula dengan penyakit batu karang yang berlaku di buah pinggang anda, ia agak mahal walaupun anda mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, yang mana kos rawatannya adalah antara RM3,000 hingga RM10,000, bergantung kepada kerumitan sesuatu kes itu.

Jika anda memerlukan rawatan kemoterapi pula, anda hanya perlu membayar RM200 untuk setiap kali rawatan yang dijalani di hospital kerajaan, manakala di fasiliti swasta, jumlahnya boleh mencecah sehingga RM4,000 hanya bagi setiap kitaran kemoterapi tersebut.

Jika anda pernah mendapat rawatan bagi demam denggi di hospital kerajaan, anda pasti tahu ia adalah percuma. Tetapi tidak di hospital swasta yang mana anda perlu membelanjakan sekitar RM1,000 hingga RM3,000 untuk rawatan tersebut.

 

Kos tambahan yang juga perlu dibayar:

Anda masih perlu membayar kos berkaitan yang lain seperti yuran konsultasi, yuran pendaftaran, caj harian wad, bayaran x-ray, ujian darah dan lain-lain lagi. Jika di hospital kerajaan, anda hanya perlu membayar RM1 bagi yuran konsultasi, tetapi anda perlu membayar antara RM30 hingga RM250 bagi perkhidmatan yang sama di hospital swasta.

Bagi yuran pendaftaran kemasukan ke hospital, anda hanya perlu membayar antara RM15 hingga RM35 bagi kemasukan di hospital kerajaan.

Manakala di hospital swasta, anda perlu membayar yuran kemasukan antara RM500 hingga RM2,000, atau 6% hingga 10% daripada kos keseluruhan pembedahan anda.

Mengapa terdapat perbezaan kos yang begitu besar antara hospital kerajaan dan swasta?

Perkara paling utama adalah disebabkan trend perubatan terkini dan pembangunan kaedah dan rawatan yang lebih moden. Selain itu, terdapat permintaan tinggi terhadap perkhidmatan perubatan seiring dengan peningkatan populasi penduduk.

Begitu juga dengan peningkatan kadar penyakit berkaitan gaya hidup yang tidak sihat sekaligus menyebabkan lebih ramai individu mendapatkan rawatan perubatan. Peningkatan kos rawatan di Malaysia dijangkakan berlaku antara 10 hingga 15% setiap tahun.

Ia mungkin tidak disedari kerana kebanyakan peningkatan ini berlaku di sektor perubatan swasta, manakala di sektor perubatan awam, ia disubsidikan oleh kerajaan dan peningkatan yang berlaku adalah sangat minimum.

Apa yang anda perlu lakukan?

Masih ramai di antara kita yang mengabaikan konsep gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian selain tidak mengambil mana-mana polisi insurans perubatan. Kedua-dua ini sangat membantu diri anda dalam mengurangkan tanggungan kos perubatan dan juga risiko untuk mengalami penyakit kronik.

Jadi, amalkan gaya hidup sihat sebelum anda dihidapi sebarang penyakit!

Kajian menyatakan Bahawa Isteri Harus Banyak Tidur Kerana Otaknya Berkerja Keras

Kajian menyatakan Bahawa Isteri Harus Bnyak Tidur Kerana Otaknya Berkerja Keras

Celik je mata bermula la tugas seorang ibu. Pekerjaan membersihkan rumah sambil menyediakan sarapan, menjawab telefon sambil menyusun perabot rumah, menguruskan anak-anak sambil makan siang.

Kerana Multiskil inilah adalah bakat semula jadi dari kaum wanita yang sayangnya, memberi kesan stress dan kepenatan.

Persoalannya, berapa lama wanita harus tidur agar kekal sihat, bersemangat dan produktif? Jawapannya mudah sahaja :

“Lebih banyak otak anda bekerja di pagi hari, maka lebih banyak masa untuk otak pulih dengan memperbanyakkan masa tidur.”

Pengkaji dari negara Amerika Syarikat menyatakan bahawa, otak wanita memerlukan jangka masa yang lama untuk di pulihkan, ini kerana para isteri banyak melakukan bermacam-macam perkara di pagi hari. Saintis dariUniversiti Duke yang berada di North Carolina pula mendapati wanita yang mendapat tidur yang tidak mencukupi cenderung untuk mendapat simptom kemurungan dan cepat marah.

Malah wanita juga memerlukan tidur yang lebih kerana wanita banyak menggunakan otak berbanding lelaki.

Solusinya :

Menambah jam tidur sekurang-kurangnya 20 minit ( dari waktu tidur normal 6 hingga 8 jam) setap hari sangat membantu isteri ceria dengan pekerjaan multiskil mereka.

Jadi para suami haruslah memainkan peranan anda dalam membantu isteri untuk memberikan ruang bagi mereka berehat sementara setelah seminggu menjalankan tugas sebagai surirumahtangga. Anda sebagai lelaki kenalah faham situasi isteri juga.

Wanita yang tidur lebih lama bukanlah bermaksud malas dalam mengerjakan kerja dan tanggungjawab mereka. Isteri juga manusia biasa yang memerlukan masa rehat yang secukupnya. Robot juga boleh rosak jika tidak berhenti bekerja inikan manusia biasa. Mainkan peranan anda sebagai lelaki dalam memberikan sedikit ruang untuk isteri tersayang merehatkan badan dan otak mereka supaya dijauhi dari kesan kemurungan yang boleh mendatangkan banyak masalah di masa depan.

Sikap Degil Boleh Beri Manfaat! Ini Sebabnya…

Siapa kata sikap degil dan keras kepala itu sesuatu yang negatif? Sebenarnya sikap tersebut boleh menjadi sesuatu yang positif terutama jadi kamu punya matlamat dan keazaman yang tinggi!
Image result for firm person

The word ‘stubborn’ has a bad reputation dan ada alasan di sebaliknya. Walaupun ia satu sikap yang negatif, tapi ada masanya degil boleh berubah menjadi satu perkara yang baik dan berguna – malah beri inspirasi kepada orang lain. Jika orang-orang tua dulu sering kata, “Buat baik berpada-pada,” Kini orang akan kata, “Tak salah nak berdegil. Tapi berdegil juga berpada-pada.” Kami kongsi bagaimana sikap degil dan keras kepala kamu itu boleh membantu kamu serta a not-so-bad-attitude.

1) Kamu lebih tegas dan decisive.

Kebiasaannya, orang yang degil atau keras kepala ini merupakan seorang yang tegas dan more decisive berbanding yang lain kerana mereka tahu apa yang mereka mahukan serta arah yang mereka mahu tuju. Jika kamu seorang yang degil, kamu boleh rasa sedikit lega kerana ia bermaksud kamu memiliki excellent decision-making abilities dan lebih cepat untuk call the shots berbanding orang lain. Ia adalah karakter yang amat berguna terutama dalam fast-changing business world.

2) Kamu seorang yang tabah dan kental.

Kamu tidak kenal erti mengalah atau berhenti terutama jika mahu selesaikan sesuatu tugas atau masalah. Sikap inilah yang akan membantu kamu tangani rintangan dan menuju kejayaan. Sikap mereka yang degil dan keras kepala membentuk daya ketahanan yang diperlukan untuk berjaya.

3) Kamu berpegang teguh pada idea sendiri.

Apabila kamu benar-benar berpegang dan percaya pada idea kamu, tidak salah untuk jadi degil dan keras kepala serta pertahankannya habis-habisan. Lebih-lebih lagi jika idea kamu itu berguna dan patut didengari. Jika kamu kekalkan sikap ini, kamu boleh beri inspirasi kepada orang sekeliling bahawa tidak salah untuk berdegil dan perjuangkan perkara yang mereka teruja.

4) Kamu tidak bertolak-ansur dengan perkara yang mengkompromi etika kamu.

Harap-harap kamu tidak selalu berdepan dengan situasi seperti ini tapi mungkin ada masanya kamu diminta untuk lakukan sesuatu yang kamu tidak selesa atau menjejaskan etika dan prinsip kamu. Jika ia terjadi, by all means, be stubborn and stand your ground!

5) Kamu percaya tiada yang mustahil dan tidak takut dengannya.

Jika sesuatu perkara atau situasi kelihatan seperti mustahil untuk dilakukan, menjadi seorang yang berperwatakan degil dan keras kepala buatkan kamu tidak akan mengalah dan tidak akan berhenti sehingga kamu dapat jawapannya. So the impossible becomes achievable.

6) Kamu memberi inspirasi kepada orang lain.

Mungkin agak sukar untuk bayangkan bagaimana dengan bersikap degil boleh beri inspirasi kepada orang lain, tapi ia sebenarnya boleh! Melalui sikap ‘never say quit’ sehingga kamu temui penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apabila mereka lihat keazaman dan dedikasi kamu serta hasil yang kamu peroleh daripadanya, ia akan mendorong mereka untuk lakukan perkara yang lebih baik.

5 Cara Jalani Kehidupan Lebih Sihat

Ada banyak cara yang kamu boleh lakukan untuk kekal sihat sepanjang masa. Bukan hanya dengan pergi ke gim saja!
5 Cara Jalani Kehidupan Lebih Sihat
Foto: Depositphotos

1. Kurangkan bermalas-malas di bilik tidur, sebaliknya aktif melakukan pilates atau yoga.

2. Gosip? So yesterday. Kurangkan tabiat itu dengan meluangkan waktu berkualiti bersama keluarga.

3. Daripada asyik menonton TV, apa kata kamu kembara ke tempat baru?

4. Elak makan hidangan berminyak dan gantikan dengan buah-buahan serta sayuran.

5. Sibuk bercanda di Tinder? Cukup! Sekarang waktunya untuk kamu cari Mr Right.