Archives for January 22, 2020

Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu

Kalaulah meja kerja boleh bercakap, pasti ia sudah teriak, “kemas meja kamu sekarang!”

Kamu mungkin tidak sedar tapi meja kerjamu ‘bercakap’ bagi pihak kamu apabila kamu tidak berada di pejabat. Kata-kata positif? We hope so. Tapi ia juga boleh mengganggu dan ‘bercakap’ di belakang kamu dengan menyampaikan mesej kurang enak.

PASTIKAN MEJA BERSIH, TAPI BUKAN TERLALU BERSIH

Memang kebersihan itu penting, tapi jika meja kamu penuh dengan penyegar udara dan sanitizer, ia menunjukkan bahawa kamu mempunyai obsesi kebersihan yang tidak sihat. Clean is commendable, tapi steril adalah menakutkan (melainkan jika kamu kerja dalam bidang perubatan ataupun makanan di mana dalam kes ini, kebersihan ekstra memang diperlukan).

Tolong jangan sapu hand sanitizer antibakteria setiap kali orang lain datang ke meja kamu. Ia akan buatkan mereka berasa seperti ‘virus’ kotor yang kamu perlu hapuskan daripada ‘zon bersih’ kamu itu. Juga elak mengelap meja setiap kali rakan sekerja datang untuk berbincang.

KURANGKAN MAINAN SEBAB… KAMU BUKAN BUDAK KECIL!

There is a bit of a double standard when it comes to office toys. Patung monyet, bobbleheads, lava lamps dan mini basketball nets yang sering mengambil ruang di meja kerja mereka yang bekerja dalam bidang kreatif boleh menguatkan imaginasi di tempat kerja. Tetapi jika ia berada di meja kerja seseorang yang bekerja di bahagian kewangan atau sumber manusia, ia boleh jadi petunjuk kepada pekerja yang tidak fokus dan tidak profesional.

Take your cue from respected peers and your boss. Tidak kira apa jua situasi, jangan mereplikakan kedai mainan melainkan jika kamu mempunyai ruang lain untuk sorokkannya. Meja kerja seharusnya menyampaikan mesej, “saya boleh bekerja dengan orang lain” dan bukannya “saya rasa selesa dengan teman imaginasi saya”. Jika perlu, hadkannya kepada satu atau dua permainan saja dan permainan tersebut perlulah ‘profesional’. Mungkin soft anti-stress ball untuk kamu kurangkan tekanan ketika bekerja.

STICKY NOTES = KURANG KEMAHIRAN TEKNOLOGI

Jika satu perkara kecil boleh beri ancaman kepada organisasi tugas kamu, tiba masa untuk buang longgokan sticky notes di komputer dan mula menyusun senarai kamu dengan cara yang lebih mengarah ke abad 21. Masalah dengan sticky notes adalah ia amat mudah untuk ambil alih meja kerja kamu. Ia akan ‘menjajah’ dan dengan senyap, menyelerakkan ruang kerja tanpa sedar. Ia mencipta satu ilusi seperti kamu sedang mengawal keadaan walhal ia berikan gambaran tidak sistematik kepada orang lain. Digital organization is the answer! Ia jauh lebih efektif berbanding sticky notes di komputer kamu dengan tulisan, ‘JANGAN LUPA!’.

“SIAPA DUDUK DI SINI?”

Okey pasti kamu tahu efek terhadap meja kerja yang mempunyai elemen terlalu peribadi, tapi kamu juga perlu pertimbangkan meja kerja yang bercanggah dengannya. Jika meja kamu terlalu kosong dan tidak ‘bernyawa’ sehingga tiada siapa tahu siapa duduk di sana, kamu perlu mengubahnya.

Loosen up a little. Susun beberapa jurnal profesional di meja kamu. Letakkan sekeping gambar kamu dan keluarga atau teman baik. Don’t think of them as clutter but rather as conversational cues. Lagipun jika majikan kamu lihat meja kamu kosong, ia seolah berikan mesej yang kamu mungkin sedang mencari kerja lain.

 

Cara Bijak Tawar-Menawar Sampai Kamu Puas Hati

Walaupun kamu super-urban-chic dan beli barang mengikut harga yang ditetapkan, tapi ada kalanya kamu pasti tawar-menawar – terutama bila melancong atau membeli barang di flea market. Asah skill kamu dengan tip ini.

1) Jangan gopoh

Kamu ternampak seutas gelang ketika berjalan di flea market dan terus terfikir, “Oh, cantiknya! Nak!” Bawa bertenang. Kamu mungkin akan jumpa 10 kedai lain di flea market itu yang menjual gelang yang sama dengan harga berbeza. Kamu mahu mendominasi permainan tawar-menawar ini, kan? Jadi, jalan dahulu dan tinjau harga yang biasanya diminta oleh pelancong lain untuk barangan tersebut. Dengan cara ini juga, kamu boleh kesan penjual mana yang mahu ‘mengetuk’ kamu dengan harga cekik darah serta penjual mana yang jujur dan bermurah hati.

2) Sebut harga terlebih dahulu

Selepas kamu jumpa barang dan berpuas hati dengan tinjauan kamu, ini masanya untuk bersiap sedia bagi sesi tawar-menawar. Tetapkan had harga di minda kamu – dua harga iaitu harga tertinggi yang kamu rela bayar dan harga yang adil untuk kamu. Sudah pasti ada bezanya jika kamu tawar-menawar tapi kamu perlu tahu adakah harga itu berbaloi? Jadi petik harga sebelum penjual buka harga tinggi untuk barangan yang kamu mahukan.

3) Jangan sesekali katakan, “Wah, murahnya!”

Salah satu perkara paling penting yang kamu perlu ingat tentang budaya tawar-menawar ini adalah ia keseimbangan di antara interaksi sosial dan operasi urus niaga. Sentiasa hormati penjual dan kos sara hidup mereka. Apa yang mungkin murah untuk kamu, boleh jadi mahal untuk mereka. Kamu hanya akan menjejaskan hubungan di antara penjual dan pembeli. Tapi realitinya, it’s just straight up rude.

4) Main jual mahal

Angap tawar-menawar umpama satu perhubungan. Act like you don’t care, dan kamu akan terus mendominasi permainan tersebut. Apabila membeli-belah, kekal kasual dan jangan tunjukkan keterujaan atau minat terhadap barang tersebut. Kamu akan hilang kuasa tawar-menawar serta-merta jika penjual tahu kamu benar-benar mahukannya. Sebagai penjual yang berurusan dengan ramai pembeli setiap hari, susah tentu mereka bijak hidu kelemahanmu. Jika mereka rasa kamu seorang amatur dan tidak pasti apa yang kamu lakukan, mereka akan cuba ‘ketuk’ kamu dengan harga lebih mahal.

5) Jika tidak pasti, potong separuh harga (atau lebih)

Tidak semua pelancong mempunyai masa untuk berjalan terlebih dahulu dan lakukan tinjauan sendiri. Kamu pula jumpa barang yang kamu benar-benar mahu dan secara jujurnya kamu tidak tahu nilainya dan bagaimana untuk lakukannya. Potong harga tersebut kepada 50 hingga 75 peratus dan mula dari situ. Kamu akan tahu serta-merta daripada reaksi penjual tersebut. Jika mereka terus terima tawaran kamu, bermaksud kamu berikan harga yang tinggi atau harga yang tidak merugikan mereka. Jika mereka mula marah atau mengeluh, bermakna kamu tawarkan harga terlalu rendah. Cara terbaik? Tanya mereka apakah harga yang adil untuk dia juga kamu.

6) Be the friendly tourist

Kamu mahukan RM5 untuk sesuatu barang dan penjual mahukan RM7, dan tiada siapa mahu mengalah. Jika kamu ‘terperangkap’ dalam situasi ini, tiba masanya kamu gunakan taktik ‘friendly tourist’. Mulakan chit chat bersama mereka. Borak dengan penjual tersebut perihal tempat itu, keluarga atau budaya mereka. Bina hubungan agar penjual tersebut rasa kamu seperti teman dan akhirnya akan mengalah dan bersetuju dengan harga kamu.

7) Strategi ‘angkat kaki’

Strategi ini hanya akan berjaya jika kamu benar-benar takkan rasa menyesal bila berlalu pergi. Kamu tidak dapat turunkan harga barang mengikut harga yang diinginkan. Tegaskan begini, “Mahal sangat ni. Kalau hanya RMXX saya akan ambil.” Ia menunjukkan yang kamu benar-benar serius dan bukan suka-suka menawar harga rendah. Apabila kamu sudah sebut harga dan masih tidak ‘menang’, it’s time to walk away. Katakan terima kasih, jangan mengeluh dan jangan toleh ke belakang. Jalan dengan perlahan dan bersahaja tanpa buat mereka perasan yang kamu sedang lakukan walk away strategy. Jika harga yang kamu tawar adalah harga adil, penjual akan memanggil kamu semula dan bersetuju dengan tawaran kamu. Boom! You’ve got yourself a deal.

8) Jangan main-main

Hormat adalah perkara paling penting dalam budaya tawar-menawar. Jangan sesekali minta harga rendah jika kamu tidak benar-benar mahu membelinya. Sudah pasti kamu boleh tanya harga, tapi jika kamu sudah mula tawar-menawar dan penjual tersebut bersetuju dengan harga kamu, maka kamu ‘wajib’ lengkapkan pembelian itu. Jika kamu mula tawar-menawar dan sedar bahawa kamu tidak mahukan barang itu atau harga masih di luar jangkaanmu, tiada masalah. Beritahunya dengan sopan bahawa kamu ubah fikiran dan tidak berminat dengan barang tersebut lagi. Tapi apabila kamu sudah setuju dengan harga tersebut, lakukan pembayaran serta-merta.

Kamu Dikritik? Tanganinya Bak Profesional

Amat mudah untuk mengkritik seseorang tapi bagaimana pula jika kamu yang dikritik? Pasti kamu sedikit sebanyak akan terkesan dengan kritikan tersebut, kan? Tidak kira jika ia positif mahupun negatif, let’s handle criticism like a pro!

Pasti kamu akan rasa tidak seronok dan sedih jika hanya dua orang like post Instagram kamu atau jika bos berikan maklum balas negatif terhadap projek yang kamu kendalikan. Tapi untuk berjaya dalam kehidupan – secara peribadi dan profesional, amat penting untuk ambil kritikan secara berterusan. Mendengar pendapat orang lain boleh memperbaiki hubungan kamu, prestasi akademik dan kepuasan kerja. Cosmo kongsikan cara untuk terima kritikan orang lain tanpa berasa sedih atau terkesan dengannya.

Membantu Atau ‘Membunuh’?

Kritikan adalah istilah untuk penghakiman atau penilaian, tidak kira baik atau buruk. Terdapat banyak sebab mengapa orang berikan kritikan. Ia boleh berpunca daripada iri hari atau rasa tergugat tapi tidak semua kritikan adalah sesuatu yang negatif.

Constructive Criticism – maklum balas yang bijak dan positif boleh membantu kamu mendapatkan pandangan berharga perihal tindakan kamu dan meningkatkan kepercayaan di antara satu sama lain. Di tempat kerja, kritikan yang membina (Contoh: Kamu sepatutnya lakukan kertas kerja seperti ini…) boleh bantu tingkatkan motivasi berbanding kritikan negatif (Contoh: Kertas kerja projek ini teruk!).

Deconstructive Criticism – ia lebih kepada menuduh seseorang itu dan menunjuk kesalahan mereka tanpa berikan cadangan untuk penambahbaikan. Kritikan negatif sebegini boleh melukakan hati seseorang dan merendahkan kemampuannya, membuatkan mereka rasa bersalah kerana tidak melaksanakan tugas dengan baik.

Tepis Dengan Jayanya!

Tidak kira sama ada kritikan tersebut merupakan sesuatu yang berguna atau hanya sekadar untuk memalukan kamu, terdapat cara bagaimana untuk mengatasinya dan teruskan kehidupan.

Dengar dengan baik.

Kenal pasti sama ada ia kritikan membina atau sebaliknya. Kamu mungkin akan rasa terluka jika orang kata kamu suka mengawal, tapi dengan cara ini ia juga boleh bantu kamu berubah dan perbaiki personaliti kamu sebagai individu. Jika kritikan boleh membantu, dengar dan cuba terimanya. Jangan jadi defensive.

Respons dengan tenang.

Sentiasa tunjukkan hormat dan ucap terima kasih kepada mereka jika kamu rasa ia kritikan yang berguna. Jika ia negatif semata-mata, guna tagline Selena Gomez – ‘kill em’ with kindness’! A simple smile makes you the bigger person.

Jangan simpan dalam hati.

Cuba ketepikan emosi kamu daripada situasi tersebut dan fokus terhadap apa yang dikritik. Satu projek yang kurang berjaya tidak mendefinisikan tahap kemampuanmu untuk projek berikutnya. Ambil kritikan tersebut sebagai pemangkin untuk lebihkan usaha dan agar kesilapan sama tidak berulang kembali.

Uruskan tekanan kamu.

Apabila stress, kamu akan rasa seperti out of control dan tidak dapat respons kritikan secara profesional. Usah risau dan jangan terlalu tertekan! Tarik nafas sedalamnya dan pastikan ia mampu dikawal sebaiknya.

Jangan berhenti!

Ingat, kritikan tersebut mungkin datang daripada seorang individu saja. Ketahui apakah kekuatan kamu dan jangan biarkan pendapat orang lain menghalang kamu daripada bekerja keras demi mencapai matlamatmu!

https://people.utm.my/norziana/2020/01/22/1229/

Berhenti Kerja – Adakah Alasan Kamu Benar-Benar Kukuh?

Kamu termenung menunggu jam menginjak ke enam petang. Jasad kamu di pejabat tapi minda sudah berlegar-legar di tempat lain. Rasa nak ‘cabut’ tapi adakah kamu benar-benar sudah bersedia?

Berhenti Kerja - Adakah Alasan Kamu Benar-Benar Kukuh?

Foto: Depositphotos

1) Kamu tidak maju (atau dimajukan)

Jika kamu mula bekerja untuk mendaki mercu kejayaan dan kamu tidak berganjak ke mana-mana tapi daripada satu meja ke meja yang lain ketika coffee break, ia adalah petunjuk dan alasan paling kukuh untuk kamu tinggalkan pekerjaan kamu.

Apabila kamu berusaha keras dan bersikap vokal kepada majikan kamu perihal kemajuan tapi masih mendapat alasan yang sama untuk tidak dinaikkan pangkat (atau kenaikan gaji) setiap kali, sudah tiba masanya untuk kamu move on daripada pekerjaan tersebut. Tiada yang lebih mengecewakan jika kamu sudah bertungkus lumus memajukan diri kamu secara profesional tapi kebajikan kamu sebagai seorang pekerja tidak dijaga. Ia bukan saja membuat kamu terasa seperti diperlekeh dan dipergunakan, malah membuatkan diri dan pekerjaan kamu kurang produktif.

2) Kamu sudah terlalu selesa

Jika kamu bertahan dengan pekerjaan yang pada mulanya hanya bersifat sementara dan kini kamu sedar bahawa kamu sudah tujuh tahun bekerja di sana, tiba masanya untuk kamu berhenti. Ia mungkin menakutkan pada mulanya tapi kamu akan lebih gembira dalam jangka masa panjang. Oleh sebab itu mengapa kamu tidak boleh terlalu selesa dengan sesuatu pekerjaan. Terdapat beberapa ‘peraturan’ asas mengenai lonjakan pekerjaan.

Jika ia pekerjaan pertama kamu, secara idealnya adalah untuk bertahan dua ke tiga tahun agar kamu dapat biasakan diri kamu dengan dunia pekerjaan, build contacts dan memahami industri pekerjaan kamu. Dan untuk pekerjaan kedua kamu, lima ke lapan tahun adalah tempoh yang kamu perlu laburkan supaya kamu boleh mencapai ke sesuatu peringkat atau tahap dalam kerjaya kamu (pangkat dan pendapatan yang lebih tinggi dan reputasi). Lonjakan ketiga adalah di mana kamu benar-benar mahu laburkan kehidupan kamu untuk kukuhkan kerjaya dan bina empayar kamu. Kerana pada peringkat ini, kamu perlukan pekerjaan yang stabil selari dengan kehidupan peribadi dan gaya hidup kamu.

3) Ia beri kesan pada diri kamu

Apabila kamu baru bermula dulu, kamu seolah sudah jangka bahawa kamu akan mempunyai pekerjaan yang rumit, bekerja dengan crazy bosses dan dilayan dengan teruk. Jika kamu dapati diri kamu mempunyai persamaan yang banyak dengan watak Andy daripada filem The Devil Wears Prada dan berkorban kehidupan kamu dengan harapan kamu akan dimajukan, this is definitely not a good thing (or sign!).

Melainkan terdapat kontrak mengatakan bahawa kamu akan miliki pekerjaan impian kamu dalam tempoh masa tertentu, jangan korbankan kewarasan kamu pada harapan yang tidak akan jadi kenyataan. Kamu perlu bijak seimbangkan keperibadian kamu dengan sisi profesional kamu. Jika pekerjaan kamu sudah memberi kesan terhadap keperibadian kamu, tiba masa untuk kamu cari jalan keluar sebelum terlambat (stress kronik, depresi, burnout).

4) Kamu sudah capai tahap maksimum

Kamu sudah lakukan segalanya dengan betul dan menurut arahan yang diberikan. Kamu bekerja bersungguh-sungguh dan kamu sudah hampir capai mercu kejayaan. Tapi satu saja masalah yang timbul – kamu dihalang atau dihentikan. Jika kamu sudah capai tahap maksimum kamu dalam sesebuah syarikat, mungkin sudah tiba masanya untuk kamu bawa etika kerja dan bakat kamu ke syarikat lain yang boleh menghargainya.

5) Kamu mahu perubahan kerjaya

Sama ada kamu sudah bersedia untuk sambung belajar atau kamu mahu cuba sesuatu yang baru, tiba masa untuk kamu lakukannya. Berhenti beri alasan! Tiada masa yang lebih sempurna daripada sekarang dan lebih cepat kamu ubah situasi tersebut, lebih pantas kamu akan sampai ke destinasi yang kamu benar-benar mahukan.

Jika kamu sering mahu lakukan sesuatu selain daripada apa yang kamu lakukan sekarang, kajian adalah cara terbaik untuk kamu mula. Jadi sebelum kamu jerit, “I quit!” sekuat-kuatnya, pastikan kamu lakukan kajian kamu sendiri terlebih dahulu supaya perubahan daripada satu pekerjaan kepada yang lain boleh jadi satu pengalaman yang menyeronokkan. Not one riddled with fear or doubts.

Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar

“Saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Dimarahi sudah, dirotan pun sudah, nasihat jangan ceritalah. Berbuih mulut cakap suruh dia belajar. Tapi semua tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sudah-sudahnya saya yang tension…” Itu luah yang kerap kita dengar daripada ibu-ibu mengenai anak yang malas belajar dan malas membuat kerja rumah. Kenapa budak malas belajar?

Banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria dan membosankan membuat anak-anak malas buka buku. Ibu yang suka berleter, ayah yang tak ambil kisah sangat dan persekitaran rumah yang lebih mementingkan perkara lain daripada pelajaran, buat anak-anak ambil kesempatan.

Cara paling digalakkan dalam menumbuhkan semangat belajar anak yang malas adalah ibu dan ayah bergabung tenaga. Jangan sebelah pihak je. Lagipun bila ayah ada bersama memberi tumpuan pada pelajaran anak, pasti anak-anak rasa lebih `semangat’ sebab ayah biasanya tegas. Mak-mak pun tak lah kelam kabut seorang diri risaukan perkembangan sekolah anak-anak.

Ibu bapa blh amalkan amalan ini, insyallah dengan izin Allah SWT mujarab. Mari kita lihat Ilmu Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar :

Ambil air hujan segelas bila tidak ada, ambillah air sumur segelas, kemudian bacakan :

Surat al-Alaq ayat 1 sampai 5, sebanyak 11 kali, sebagai berikut:

ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ
ﺍﻗْﺮَﺃْ ﺑِﺎﺳْﻢِ ﺭَﺑِّﻚَ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺧَﻠَﻖَ ‏( 1 ‏) ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟْﺈِﻧْﺴَﺎﻥَ ﻣِﻦْ ﻋَﻠَﻖٍ ‏( 2 ‏) ﺍﻗْﺮَﺃْ ﻭَﺭَﺑُّﻚَ ﺍﻟْﺄَﻛْﺮَﻡُ ‏( 3 ‏) ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻋَﻠَّﻢَ ﺑِﺎﻟْﻘَﻠَﻢِ ‏( 4 ‏) ﻋَﻠَّﻢَ ﺍﻟْﺈِﻧْﺴَﺎﻥَ ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﻌْﻠَﻢْ ‏( 5 )

Lalu tiupkan ke gelas tersebut 3 kali dan minumkan ke anak yang bersangkutan. Dengan izin Allah Ta’ala anak tersebut tidak nakal dan semangat belajar.

Lakukan sampai beberapa kali.

Bagi yang mau mengamalkan, silakan ucapkan “QOBILTU”

Amalkan Daun Kucai Berembun Pagi Bagus Untuk Menurunkan Tekanan Darah

Amalkan Daun Kucai Berembun Pagi Bagus Untuk Menurunkan Tekanan Dar ah

Menurut sumber rujukan wikipedia Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam, Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun.Spesies‎ A.tuberosum dan A.ramosum daripada Keluarga‎ ‎Alliaceae.

Daun kucai, baunya hanyir sikit tapi banyak khasiat nya untuk kesihatan dan perubatan petua lama.

Kucai bukannya mahal, rupanya pun macam rumput je. Tapi Allah anugerahkan pokok ini penuh dengan kegunaan dan khasiat untuk manusia.

Menurut perkongsian daipada laman Fb pesan bonda , Daun kucai mampu Menurunkan Tekanan Dar ah Tinggi Dengan kaedah ini.

Menurunkan Tekanan Da rah Tinggi Dengan Daun Kucai

  • Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan ke dalam pengisar bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.
  • Kisar sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.
  • Masukkan ke dalam mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.
  • Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali.
  • Amalkan selama tiga hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insya Allah darah tinggi akan jadi normal.

Cubalah dengan usaha, doa dan yakin. Aamiin.