Jika anda ke Amsterdam dan ingin ke destinasi yang unik, anda harus ke Giethoorn Village. Anda pasti tidak akan menyesal jika ke sini kerana anda akan berasa teruja dengan apa yang ditawarkan perkampungan ini.
Giethoorn Village ini juga dikenali sebagai Venice of Holland dan ia terletak 90 km dari Amsterdam. Anda boleh ke sini dengan menaiki train, bas dan juga kereta.
Untuk pengetahuan anda, tiada jalan raya di perkampungan tersebut dan pengangkutan utama mereka adalah sampan dan basikal. Anda juga boleh berjalan kaki jika tidak menggunakan pengangkutan tersebut untuk ke tempat-tempat menarik di sana.
Terdapat beberapa perkara yang anda harus cuba jika anda melawat ke tempat ini iaitu sewa bot atau sampan, makan di kedai keju terkenal di sana, pergi muzium dan banyak lagi.
Boleh dikatakan tempat ini ‘Instagrammable’ untuk mereka yang suka mengambil gambar agar boleh dimuat naik dalam laman sosial. Tidak dapat dinafikan bahawa perkampungan ini cukup cantik, indah dan damai serta sangat sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu.
Adakah anda teruja untuk pergi ke sini? Adakah anda rasa Malaysia mungkin boleh mencipta perkampungan seperti ini?