Apa Hukum Berwuduk Di Dalam Tandas?

apa hukum berwuduk di dalam tandas?

Wuduk merupakan antara syarat sah solat. Kalau tak sempurna wuduk maka tak sempurna lah solat kita.

Selalunya, selepas kita mandi maka lebih mudah kita menyempurnakan solat. Namun, persoalannya apakah hukum berwuduk di dalam tandas? Sah tak wuduk kita yang diambil di dalam tandas?

Seorang ustaz dan juga penulis di Sinar Harian telah menjawab persoalan tersebut. Melalui tulisannya dia menyatakan hukum berwuduk di dalam tandas adalah harus.

Sebahagian ulama cenderung menjadikan dalil hadis Aisyah RA yang mana Nabi Muhammad SAW mandi junub dan berwuduk di tempat yang sama iaitu di dalam bilik air seperti dinyatakan dalam riwayat al-Bukhari.

Namun, ia berserta syarat iaitu yakin tiada najis yang merecik dari tempat qada hajat atau terkena badan.” Tulisanya dalam artikel itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa ulama yang lebih memakruhkan perkara itu seperti mana pandangan daripada ulama Hanafiyyah dan Malikiyyah. Tetapi, melihat kepada keadaan tandas rumah di Malaysia ia agak kurang praktikal memandangkan kebanyakkan tandas digabungkan dengan bilik mandi.

Speak Your Mind

*