Rumah ku syurga ku. Frasa ni selalu kita dengar kan. Tapi, kalau dah rumah tunggang terbalik, macam mana nak anggap syurga.
Tak kisahlah korang duduk rumah bujang ke atau dengan keluarga, dilalah ada common sense dan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan rumah tersebut.
Maka, ini apa yang korang kena buat untuk menjaga tempat tinggal:
1. Jaga bumbung rumah
Yang ni paling orang terlepas pandang. Seharusnya setahun sekali elok lah selenggara atap atau bumbung rumah korang. Actually, banyak je serangga perosak yang membina ‘legasi’ pada ruang bumbung tu. So, sebelum jadi lebih teruk selenggaralah bumbung rumah korang tu sebaiknya.
2. Selalu periksa sistem saliran dan paip
Benda ni mungkin leceh dan menjengkelkan. Tapi, demi kesejahteraan korang di masa depan, selalu-selalu lah cek paip dan sistem saliran. Sebab benda ni elemen paling penting dalam rumah. Kalau tak elok paip ni, memang rumah korang tak berair lah.
3. Bersihkan peti sejuk
Bila kali terakhir korang bersihkan peti sejuk? Setahun yang lalu? Lima tahun yang lalu?
Actually kalau korang tak selalu bersihkan peti sejuk, banyak kuman yang boleh membiak daripada bahan-bahan makanan yang dah busuk dan buruk. Jadi, jengu-jenguklah peti sejuk tu sebulan sekali paling kurang.
Speak Your Mind