Khasiat Daun Pudina

Pengenalan

Pokok pudina atau nama saintifiknya Mentha arvensis merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak kegunaan. Spesies tumbuhan herba ini berasal daripada family Labiatae dan genus Mentha. Daun pudina digunakan dalam resipi masakan Melayu dan Barat. Antara resipi popular yang menggunakan daun pudina ialah ramuan ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani serta perasa untuk kek dan puding. Daun pudina digunakan dalam pelbagai aneka resipi masakan kerana baunya yang wangi.

 

Daun pudina digunakan sebagai penambah perasa dalam hidangan

 

Morfologi dan Pembiakkan  

Daun pudina mempunyai saiz antara 2 hingga 3 cm panjang dan 1.5 hingga 2.5 cm lebar. Spesies tumbuhan herba ini merupakan sejenis tumbuhan kecil, juga dikenali sebagai tumbuhan tutup bumi. Pokok pudina membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya. Daunnya mempunyai aroma yang kuat. Permintaan yang tinggi di Malaysia menyebabkan pokok pudina ditanam secara komersil dewasa ini. Spesies tumbuhan herba ini juga boleh ditanam di dalam pasu.

 

Morfologi Daun Pudina

 

Kegunaan dan Khasiat

Daun pudina mempunyai ciri-ciri yang besifat sejuk. Oleh yang demikian, dalam perubatan masyarakat Cina, daun pudina dijadikan sebagai teh untuk kegunaan harian. Selain itu, daun pudina juga telah lama digunakan di Eropah sebagai penawar bagi penyakit batuk. Spesies tumbuhan herba ini juga turut digunakan dalam merawat penyakit berkaitan paru-paru, demam selesema, membuang angina dalam badan dan juga menghilangkan ruam kulit. Bagi yang sering berhadapan dengan tekanan di tempat kerja atau dalam kehidupan seharian, pengambilan teh daun pudina juga dapat menghilangkan tekanan.

 

Daun pudina juga sesuai ditanam di dalam pasu

Speak Your Mind

*