Komodo, Biawak Gergasi Yang Penuh Cerita

komodo, biawak gergasi yang penuh cerita

Korang pernah dengan tentang biawak komodo tak?

Kalau korang nak tahu, biawak komodo ni hanya ada di Indonesia sahaja. Sebab tu lah dekat Indonesia ada satu pulau yang dikenali sebagai Pulau Komodo. Pulau tersebut terletak di Nusa Tenggara Timur. Komodo ni juga adalah sejenis biawak dengan saiz gergasi.

Selain daripada tu, ini fakta menarik tentang komodo:

1. Biawak gergasi ni boleh hidup selama 40-50 tahun. Kalau nak tahu umur komodo, korang boleh tengok dekat titik kuning pada sekitar mata haiwan tersebut.

2. Komodo ni bergerak dengan pantas sekali malah kepantasannya lebih kurang manusia. Dikatakan komodo ni boleh berlari dengan kelajuan 18-20 km per jam.

3. Disebabkan komodo ni berdarah sejuk jadi ia memang suka berjemur. Selain daripada tu, melalui aktiviti berjemur ni ia dapat membantu mencerna makana dengan lebih mudah.

4. Komodo juga mampu berenang. Jangan terkejut kalau korang kalah berenang dengan komodo ni sebab ia boleh berenang sejauh 300 meter.

5. Biawak gergasi ni boleh diklasifikasikan sebagai haiwan berbisa. Air lirunya mengandungi bakteria yang boleh membunuh mangsanya

Speak Your Mind

*