Pemandangan Luar Biasa Masjidil Haram Apabila Kawasan Tawaf Ditutup

pemandangan luar biasa masjidil haram apabila kawasan tawaf ditutup

Masjidil Haram antara tempat yang saban tahu dikunjingi oleh ramai manusia dari pelusuk dunia. Tidak pernah terjadi kawasan dataran tawaf ditutup pada hari biasa selain daripada waktu arafah.

Namun, bencana yang kini melanda dunia telah menjadikan segalanya yang memungkinkan. COVD-19 yang telah menyerang dunia telah menyebabkan tiada sesiapa pun termasuklah warganegara Arab Saudi dibenarkan masuk ke kawasan tawaf.

Kesannya, kawasan tawaf itu kosong dan hanya kelihatan putih dek warna lantainya. Buat masa ini, dataran itu ditutup untuk tujuan pembersihan dan akan dibuka kembali setelah selesai kesemuanya.

Bagaimanapun, bagi sesiapa yang mahu meneruskan urusan tawaf, mereka akan melakukan amalan tersebut pada bahagian atas. Ibadah lain berjalan seperti biasa.

Buat masa ini, masih belum ada sebarang laporan akan jangkita COVID-19 yang berlaku di Kota Mekah. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berakhir dengan baik-baik sahaja.

Speak Your Mind

*