Niat dua orang pemilik sebuah restoran baharu di England mengubah suai restorannya telah menemukannya dengan satu penemuan yang mencetus tanda tanya.
Ben dan Lucy Cuthbert telah menemukan sekeping resit perniagaan yang sudah berusia 100 tahun.
Menurut resit tersebut, ia bertarik 31 Januari 1914 dan ia merupakan sekeping nota kredit yang dikeluarkan kepada seorang kontraktor yang dikenali sebagai Jnner.
Berdasarkan Cuthbert, bangunan kedai mereka itu sebenarnya telah dibina pada 1834. Sebelum ini premis itu telah dimiliki oleh beberapa orang sebelum dijual oleh Kent kepada Whites pada tahun 1972.
“Satu masa dahulu, ia adalah sebuah kedai mewah. Kami menemui banyak ciri-ciri asal seperti jubin lama dan siling plaster.
“Kami juga ada menemui nota di papan lantai. Kami tertanya-tanya jika Jenner dalam resit itu ada kaitan dengan Kontraktor Jenner yang berpangkalan di Folkestone,” katanya.
Dua orang pengusaha kedai tersebut merasakan penemuan itu sebagai perkara yang unik dan memilih untuk mempamerkan resit itu di dalam restorannya sebagai sebahagian sejarah bangunan terbabit.
Speak Your Mind