Setiap Bunga Ada Maksud Tertentu?

Selalunya bila sebut romantik, mesti kita terfikir bunga ros je kan?

Sebenarnya, ada beberapa bunga yang turut membawa maksud yang sama. Namun, bunga-bunga yang lain juga membawa mesej tertentu.

Jadi, kalau korang terfikir nak bagi hadiah atau bunga kepada seseorang atas tujuan tertentu, mungkin 5 bunga ini membantu korang:

1. Lemon Balm

korang tahu tak setiap bunga ada maksud tertentu? kalau tak, ini yang korang kena tahu

Korang mesti tak pernah dengar bunga ni kan? Basically lemon balm ni keluarga mint. Sebab tu kalau tengok daun dia macam pudina sikit. Sebenarnya, lemon balm ni melambangkan simpati. So kalau korang ada bersimpati kepada sesiapa, boleh lah bagi bunga ni.

2. Rosmeri

korang tahu tak setiap bunga ada maksud tertentu? kalau tak, ini yang korang kena tahu

Pokok ni sangat signifikan dengan peringatan, mungkin sebab pokok ni boleh membantu menguatkan memori. Jadi, kalau korang jenis lemah memori, eloklah minum teh rosmeri ni bebanyak!

3. Bunga raya

korang tahu tak setiap bunga ada maksud tertentu? kalau tak, ini yang korang kena tahu

Selain daripada melambangkan bunga kebangsaan negara kita, bunga raya ni juga melambangkan kecantikan yang penuh lembut.

4. Tulip merah

korang tahu tak setiap bunga ada maksud tertentu? kalau tak, ini yang korang kena tahu

Kalau korang dah muak boyfriend asyik bagi ros je, korang boleh request tulip merah juga. Sebab bunga ini juga melambangkan perasaan romantik. Bukan tu je, bunga ini juga menunjukkan korang dah ada dalam sesuatu hubungan romantik.

5. Lavender

korang tahu tak setiap bunga ada maksud tertentu? kalau tak, ini yang korang kena tahu

Bunga ni bukan sahaja ada bau serta warna yang menarik. Sejambak lavender melabangkan ketenangan. Jadi, jalau korang nak bagi dekat sesiapa yang memerlukan ketenangan, bunga ni lah yang terbaik untuk diberikan.

Speak Your Mind

*