Wanita Dibedah Secara Sedar, Keluarkan Tumor Di Bahagian Otak

Seorang pesakit memainkan biola semasa pembedahan otak secara sedar supaya doktor dapat mengekalkan keupayaannya bermain alat muzik itu.

wanita dibedah secara sedar, keluarkan tumor di bahagian otak

Dagmar Turner, 53, seorang ahli muzik profesional, yang bermain biola mempunyai tumor yang dikeluarkan dari lobus frontal sebelah kanan berhampiran kawasan otak yang mengawal pergerakan halus di tangan kiri.

Pakar bedah di  King’s College Hospital, selatan London berjaya membuang lebih daripada 90% tumor tanpa merosakkan kemahiran motor halus Turner.

wanita dibedah secara sedar, keluarkan tumor di bahagian otak

“Saya berharap dapat kembali dengan orkestra saya tidak lama lagi,” kata Turner selepas pembedahan itu.

Difahamkan, Turner meninggalkan hospital tiga hari selepas pembedahan.

Speak Your Mind

*