Salah satu perayaan yang selalu dinantikan pada setiap tahun baru di negara kita ini sudah tentunya sambutan perayaan hari raya cina. Pada setiap tahun, sambutan hari raya cina adalah salah satu sambutan yang paling meriah. Kemeriahan sambutan hari raya cina ini dapat kita rasakan walaupun ianya 2-3 bulan menjelang perayaan ini. Kita dapat dengar lagu-lagu hari raya cina berkumandang di shopping mall dan tempat-tempat tarikkan pelancong, bukan hanya lagu malah, lampu-lampu serta dekorasi untuk tahun baru cina ini sudah kelihatan meriah. Tak lupa juga bila tiba musim hari raya cina ini, kita juga dapat menikmati limau-limau Mandarin yang boleh kita dapatkan di merata tempat.
Seperti yang kita sedia maklum, tarian singa atau lion dance adalah sebahagian daripada budaya cina dan setiap perayaan tahun baru kita sering dapat lihat tarian singa menjadi sebahagian daripada upacara untuk memeriahkan lagi sambutan tahun baru cina. Jadi kali ini Thelaki nak bagi info tentang sejarah yang menarik tentang lion dance!
SEJARAH LION DANCE
Mengikut sejarah bagaimana terciptanya tarian singa ini terjadi. Menurut sumber Locco.com.my, sejak dari zaman Dinasti China purba, tarian tradisional yang mengunakan penari memakai topeng atau kostum haiwan telah lama diamalkan. Namun deskripsi penuh penjelasan tentang tarian singa hanya muncul pada zaman Dinasti Tang di dalam kesusasteraan Cina.
Tarian singa ini terdapat dua jenis utama yang berbeza mengikut spesifik tempat asal tarian singa tersebut iaitu tarian Singa Utara dan tarian Singa Selatan. Kalau di Malaysia, tarian singa yang dikenali adalah tarian Singa Selatan, ianya berasal dari Guangdong dan ianya mempunyai kaitan dengan kisah raksasa mitos kuno bernama “Nian”.
Kisah dan sejarah singa Utara pula berbeza dengan tarian singa Selatan. Tarian singa Utara sebaliknya menyerupai anjing Peking dan tarian singa Utara ini kebiasaannya dikenali di mainland China.
TARIAN SINGA ADA KUNG FU?
Walaupun tarian singa dikenali ramai sebagai sejenis tarian tradisional Cina namun ianya tidak terlalu dikategorikan sebagai tarian kerana ianya berkait rapat dengan pergerakkan Kung Fu. Keunikkan tentang tarian singa ini adalah ia sebenarnya merupakan tarian atau pergerakkan yang mengabungkan style pergerakkan Kung Fu terutama sekali style pergerakkan Kung Fu Fo Shan dan He Shan. Salah satu sebab kenapa pergerakkan Kung Fu digabungkan didalam tarian singa adalah untuk menyerlahkan ekspresi dan menunjukkan kekuatan yang diterapkan dalam tarian singa.
POPULARITI BUDAYA LION DANCE
Pada zaman 60an dan 70an, ketika era filem filem klasik seni mempertahankan diri di Hong Kong sangat popular. Filem-filem Kung Fu seperti antaranya filem Wong Fei Hung lakonan Jet Li menunjukkan babak bagaimana tarian singa menerapkan pergerakkan Kung Fu. Pada zaman tersebut, tarian singa dilatih dan dipersembahkan mengunakan skills Kung Fu atau Wushu.
Filem-filem pada tahun 90an juga banyak memaparkan tarian singa. Antaranya filem Once Upon a Time in China yang melibatkan plot tentang tarian singa. Malah, Jet Li juga pernah melakukan melakonkan watak sebagai penari tarian singa dalam beberapa filem beliau.