Hadiah Untuk Lelaki: Idea Universal & Spesifik Mengikut Penerima

Jangan pening! Dalam artikel ini, saya kongsikan beberapa idea hadiah untuk lelaki yang disertakan cadangan peribadi saya mengikut bajet yang ada, kesesuaian hadiah dengan si penerima, dan kebergunaan hadiah yang akan dibeli. Anda mungkin biasa cari di blog lain, ada yang cadangkan anda beri macam-macam, kan? Dron ada, beer holder pun ada, tapi kebanyakannya mungkin tidak masuk akal. Jadi untuk mudahkan hidup anda, admin kategorikan idea hadiah untuk lelaki ini mengikut:

  1. idea hadiah universal yang “evergreen” (jenis tak lapuk dek zaman);
  2. idea hadiah universal yang inovatif dan canggih;
  3. idea hadiah yang spesifik mengikut jenis penerima; dan
  4. Bonus: idea hadiah mengikut hobi atau minat penerima.

20 Idea Hadiah untuk Lelaki Jenis Universal

A. Hadiah “Evergreen”

1. Dompet

Dompet adalah salah satu daripada hadiah yang sangat berguna kerana hampir setiap lelaki menggunakannya. Bukan itu saja, lelaki biasanya malas membeli dompet baru dan hanya akan beli apabila dompet mereka betul-betul sudah lusuh atau koyak. Jadi, perhatikan dompet diorang, kalau dah nampak macam lepat pisang tu, maka dompet sememangnya idea hadiah yang bagus! Pilihan alternatif kalau anda nak beri sesuatu yang lebih ranggi, boleh juga belikan man clutch.

Hadiah untuk Lelaki | Men's Clutch

2. Minyak Wangi

Lelaki biasanya tak kisah sangat tentang bau sendiri, kebanyakan daripada mereka hanya pentingkan yang basic iaitu asalkan badan tak berbau. Jadi, minyak wangi memang salah satu daripada idea yang baik dan tidak akan terbazir, terutamanya sebab diorang masih boleh simpan dan memakai minyak wangi tu kemudian kalau diorang dah ada minyak wangi pada masa tersebut.

3. Tali Pinggang

Tali pinggang juga adalah salah satu idea yang bagus, kerana biasanya lelaku bersifat cincai dan pakai 1 tali pinggang untuk semua occasion. Jadi kalau si penerima anda adalah jenis yang macam ni, apa kata anda belikan jenis tali pinggang yang diorang belum pernah ada. Contohnya, kalau si penerima selalu dilihat memakai tali pinggang hitam sahaja, belikan tali pinggang warna coklat untuk dipadankan dengan kasut coklat.

4. Tali Leher

Tali leher adalah salah satu daripada hadiah untuk lelaki yang sangat universal, kerana biasanya seseorang lelaki akan menyimpan tali leher pelbagai corak untuk kegunaan masa hadapan. Selain itu, tali leher juga sangat tahan lama. Tetapi, anda mungkin nak mengambil kira sama ada ianya sesuatu yang akan dipakai oleh si penerima, sebab takut rugi dibeli tapi 10 tahun sekali saja dipakainya nanti.

Hadiah untuk Lelaki | Tali Leher

Tapi, kalau si penerima tu jenis yang bekerja di environment yang tidak akan memerlukan si dia memakai tali leher (contohnya, bahagian manufacturingoil and gas dan lain-lain badan beruniform), mungkin idea ini kurang sesuai. Sebaliknya, kalau si penerima bekerja di pejabat atau selalu menghadiri majlis formal, tali leher memang sangat sesuai.

5. Baju Kemeja

Baju kemeja juga sangat sesuai untuk diberikan buat sesiapa sahaja. Bukan itu saja, ia adalah sesuatu yang akan sentiasa dipakai kerana terdapat pelbagai occasion untuknya. Tetapi, anda perlu berhati-hati dalam memilih saiz, corak yang disukai, dan juga sama ada si pemakai sudah mempunyai jenis kemeja yang ingin diberikan.

6. Set Pencukur

Lelaki dengan misai dan jambang memang tak dapat dipisahkan. Biasanya, lelaki ini suka guna pisau cukur Gillette hanya RM2 untuk bercukur sebab murah. Tapi, apa kata anda belikan jenis pencukur yang lebih berkualiti dan baik untuk digunakan? Terdapat pelbagai jenis pencukur, sama ada mesin pencukur ataupun yang manual.

Hadiah untuk Lelaki | Set Pencukur "Awesome Shave Kit" daripada Shaves2U
“Awesome Shave Kit” daripada Shaves2U.

Kalau nak lagi best, anda juga boleh berikan set pencukur full-set seperti yang dijual oleh Shaves2U ni, yang datang bersama bilah pencukur, krim pencukur, dan juga aftershave cream. Sila klik pada link untuk ke laman web Shaves2U dan tengok harga set pencukur “Awesome Shave Kit” Shaves2U kalau berkenan (harga bermula RM70). Diorang jual benda ni online je, kat kedai confirm takde tapi penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia.

7. Beg

Beg ni ada macam-macam jenis, jadi terpulang kepada bajet anda, anda bolehlah memilih sama ada nak bagi briefcase (lebih sesuai untuk penerima kerja pejabat), beg galas, beg laptop, beg sandang, travel bagpouch bag dan lain-lain.

8. Kasut

Kasut adalah di antara hadiah untuk lelaki yang paling versatile untuk diberikan kepada sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi kasut biasanya adalah sesuatu yang akan selalu digunakan si penerima. Tetapi, biasanya si penerima perlulah menjadi seseorang yang anda kenal buat sesuatu tempoh yang sesuai. Bukan apa, kalau anda kenal cukup lama dan selalu jumpa (mungkin ahli keluarga, rakan kerja, atau rakan lepak) , kemungkinan besar anda akan melihat semua koleksi kasut yang si penerima ada. Lelaki tak macam perempuan kan, biasanya ada 1 kasut kulit, 1 kasut kasual, 1 kasut sukan, dan mungkin 1 kasut spesifik untuk jenis sukan yang mereka selalu main).

Cuma bab kasut ni, ada satu hal yang kena hati-hati, iaitu untuk pastikan saiz yang betul. Kalau nak selamat, masa beli di kedai tu tanyakan dulu tentang polisi menukar saiz (berapa lama tempoh dibenarkan).

9. Topi

Topi juga adalah salah satu hadiah untuk lelaki yang mungkin anda nak consider. Tapi, anda perlu tengok dulu sama ada si penerima ni jenis yang suka memakai topi ataupun tidak. Ada sesetengah lelaki tu tak suka letak apa-apa atas kepala (tak nak rosak fesyen rambut la kot). Jadi kalau nak tahu, cuba fikirkan selama anda kenal si penerima, pernah tak nampak dia pakai topi, atau kopiah, atau beanie. Kalau pernah, topi boleh jadi pilihan yang baik.

Selain tu, topi ni ada banyak jenis. Jadi, anda bebas untuk pilih sama ada nak bagi topi suka-suka (macam fedora), tapi kalau saya, lebih baik bagi topi kasual gaya Joe Flizzow untuk “nak ke tanak, lepak mamak”.

10. Drill & Set Bertukang

Drill daripada Black & Decker.

Biasanya, golongan lelaki ni minat bertukang (geng-geng aww tu jangan dikira. Yang tu idea hadiah untuk lelaki saya tulis ni tak boleh pakai, nak kena buat artikel “hadiah untuk lelaki lembut” baru kena haha. OK baik, lupakan tentang geng-geng Sajat ni kejap dan kita doakan mereka kembali ke jalan benar). Kat rumah tu, selalunya akan ada saja perkara yang disuruh lelaki buat, seperti repair pintu kabinet, pasang perabot IKEA, dan macam-macam lagi. Jadi, memang sangat sesuai kalau nak diberi. Tapi, memandangkan drill ni biasanya orang simpan satu je, jadi mungkin anda boleh buat-buat tanya dulu untuk survey sebelum dibeli.

Lagi satu, saya ni jenis yang berprinsip hidup setiap lelaki mesti kena ada tollbox sendiri. Jadi, anda mungkin juga boleh bagi toolbox. Kalau mereka dah ada satu di rumah pun, lagi satu yang anda beri mungkin boleh disimpan di dalam bonet kereta untuk waktu kecemasan.

Speak Your Mind

*