Basikal merupakan sumber transportasi yang sangat mudah. Tanpa mengunakan sumber tenaga minyak atau elektrik. Hampir semua daripada kita yang hidup ini mampu menunggang basikal walau kecik besar mahupun dua atau empat roda sekali pun. Tak lupa juga, basikal juga boleh dikatakan “kenderaan” pertama yang kita belajar dulu kan? Jadi harini Thelaki nak sembang sikit info tentang kewujudan dan sejarah basikal.
SEJARAH BASIKAL
Sebenarnya kalau kita nak bercerita tentang sejarah disebalik kewujudan basikal ni memang sampai esok pun kita tak akan habis. Tapi untuk dibincangkan secara ringkasnya, sebelum terciptanya basikal versi moden seperti zaman sekarang ni. Mengikut sejarah, basikal mula ditemui pada abad ke-16 dimana terdapat sebuah lakaran oleh pelukis terkenal Leanardo da Vinci, didalam lakaran tersebut terlihat beberapa reka bentuk sebuah basikal. Namun beberapa pakar sejarah percaya lakaran tersebut adalah hasil daripada anak murid Leonardo, Gian Giacomo Caprotti atau lakaran tersebut adalah fake. Pada zaman itu, tiada lagi kewujudan hasil ciptaan sebuah basikal dan kuda masih lagi kekal sebagai sumber transpotasi.
Pada abad ke-19 pula, rekaan basikal pertama dipercaya dicipta di Eropah oleh seorang warga negara Jerman bernama Baron Karl von Drais. Basikal pertama ciptaan Baron Karl von Drais ini dikenali sebagai “Laufmaschine”, ianya mempunyai 2 roda tetapi ianya tiada pedal mahupun, maka penunggang “Laufmaschine” harus berjalan atau berlari untuk mendapatkan momentum kelajuan dengan pergerakan “Laufmaschine”. Rekaan basikal “Laufmaschine” Baron Karl ini akhirnya diubahsuai di England dan berjaya dikomersialkan sebagai “Dandy Horse”.
Kewujudan basikal yang didatangkan dengan pedal dan rantai mulai tercetus pada tahun 1885 oleh John Kemp Starley yang mula mencipta rekaan basikal ini yang dinamakan “safety bicycle”. Hasil ciptaan John Kemp Starley merupakan ciptaan yang amat penting dalam sejarah basikal kerana ianya didatangkan dengan rantai yang disambungkan pada pedal dan roda. Dengan hasil ciptaan John Kemp Starley ini juga, ternama era pada sejarah basikal yang dikenali sebagai “Golden Age of Bicycles”, pada era ini kita dapat lihat dimana rekaan dan peralatan basikal di standardizedkan di seluruh dunia.
FAKTA VELOCIPEDE!
Velocipede adalah terma yang mengambarkan kenderaan darat berkuasa manusia dengan dua atau lebih roda yang kini sinonim dengan perkataan basikal. Pada abad ke-19, perkataan Velocipede ini sangat popular kerana ianya mengambarkan sebuah kederaan yang mempunyai roda dan pedal, tetapi ianya juga tetap dikaitkan dengan Dandy Horses, Draisienne ataupun Hobby Horses yang diciptakan oleh Baron Karl Drais. Kalau di England, mereka tidak memanggil ciptaan ini sebagai Velocipede, tetapi ianya dikenali sebagai Boneshaker kerana ianya memberikan penunggang “pengalaman gemetar tulang”.
FOBIA BASIKAL?
Tahukah korang jika korang ataupun orang yang korang kenali mempunyai perasaan takut untuk membawa atau menaiki basikal, ianya merupakan sebuah fobia yang dikenali sebagai Cyclophobia atau Bicyclophobia. Cyclophobia biasanya dicetuskan daripada pengalaman negatif yang melibatkan menunggang basikal seperti terjatuh ataupun kepenatan yang berpanjangan.