Perkara² Normal Yang Dilarang Buat Di Negara Luar

Kalau bercakap soal perkara aneh ni, dekat Malaysia pun banyak je benda-benda aneh yang orang kita buat. Tapi keanehan yang orang kita buat tu sekadar suka-suka atau hiburan sahaja. Di negara luar kalau korang nak tahu ada perkara-perkara yang bagi kita biasa je, tapi kalau dilakukan di negara tersebut ia dianggap menyalahi undang-undang atau norma kehidupan masyarakat. Macam mana lah benda yang normal bagi kita boleh menjadi satu kesalahan di negara luar.

TAK BOLEH ORDER WHITE COFFEE SELEPAS BREAKFAST – ITALI

Negara Itali ni merupakan antara negara yang terkenal dengan kopi, tapi banyak pula peraturan mengenai kopi. Antara peraturannya adalah tidak boleh memesan white coffee seperti cappuccino selepas waktu sarapan. Dengar macam tak logik, tapi perkara ini dikatakan ada kaitan dengan kandungan susu di dalam minuman itu. Menurut orang Itali, susu adalah tidak baik diminum selepas makan kerana berisiko merosakkan sistem pencernaan badan. Jadi maksudnya susu hanya boleh dihidangkan semasa waktu sarapan sahaja.

DILARANG BINA ISTANA PASIR – VENICE

Biasa kalau pergi pantai mesti lah kita akan main pasir sekali kan. Yang paling menyeronokkan dapat buat istana pasir. Tapi sebuah kawasan pantai berhampiran Venice dikatakan mempunyai larangan untuk membina istana pasir. Ia dikatakan kerana istana pasir yang dibina akan menghalang laluan bagi pejalan kaki yang lain. Mungkin ada logiknya larangan ini.

TIDAK DIBENARKAN PAKAI KASUT TUMIT TINGGI – GREECE

Kalau ada siapa-siapa yang bercadang untuk adakan photoshoot di Greece dengan memakai kasut tumit tinggi mungkin boleh lupakan niat tu. Di monumen tertua di Greece, para pelancong telah dilarang mengenakan kasut bertumit tinggi kerana ia akan merosakkan kawasan sekitar. Pakai je lah kasut biasa sebab memang tak selesa pun nak jalan atas batu-batu lama tu. Selain itu, rakyat di Greece juga tidak boleh bertolak ansur kalau siapa-siapa bertelanjang atau menayangkan punggungnya di khalayak ramai. Jadi, tak boleh pakai kasut tumit tinggi dan juga tak boleh bertelanjang. Kalau tak, melakukan kedua-dua kesalahan ini akan didenda.

TAK BOLEH BELI GULA GETAH – SINGAPURA

Sebenarnya bukan lah sesuatu yang dilarang untuk menguyah gula getah di Singapura. Apa yang dilarang dan diharamkan adalah menjual dan membeli gula getah di negara itu. Ia merupakan satu undang-undang bagi mengawal masalah pembuangan sisa gula getah secara tidak terkawal. Bila dah susah sangat rakyat nak buang sisa gula getah dalam tong sampah, maka jalan paling mudah adalah dengan mengharamkan penjualannya di negara tersebut. Walau bagaimanapun, pelancong dari luar dibenarkan untuk membawa masuk gula getah ke negara tersebut pada had dua paket bagi seorang.

Selain itu, di Singapura juga adalah dilarang untuk memberi makan burung merpati. Ia dikatakan bagi mengawal populasi burung tersebut dan juga mengurangkan kotoran hasil daripada sisa pembuangan burung merpati. Lagi satu, kalau korang bawa durian dalam public transport di Singapura, korang bakal didenda sebanyak 1,000 dolar. Memang banyak betul larangan negara jiran kita ni bagi memastikan kebersihan di tahap maksimum.

DILARANG KENCING DALAM LAUT – PORTUGAL

Mungkin negara Portugal berlumba juga untuk membuat larangan yang aneh di dunia. Dikatakan kelakuan kencing di dalam laut adalah dianggap sebagai satu kesalahan. Kalau kencing dalam kolam tu mungkin boleh faham lah, tapi dalam laut tu macam pelik sangat dahGoodluck kepada penguatkuasa yang perlu cari orang yang langgar peraturan ni.

DILARANG BAYAR GUNA DUIT SYILING – KANADA

Yang ni mungkin ada sebab yang munasabah untuk buat peraturan ini, dan mungkin ramai peniaga yang akan menyokongnya. Di negara Kanada adalah dilarang bagi seseorang untuk melakukan pembayaran menggunakan duit syiling sepenuhnya. Akta Mata Wang 1985 telah melarang pembayaran menggunakan duit syiling 5 sen sepenuhnya bagi pembelian melebihi 5 dolar. Secara logiknya penat lah cashier nak kira satu-satu dan tindakan itu mungkin menyusahkan urusan jual beli.

ROKOK DIHARAMKAN – BHUTAN

Tak tahu lah yang ni normal ataupun tidak bagi korang, tetapi di negara Bhutan terdapat satu undang-undang yang mengharamkan penjualan rokok atau sebarang jenis produk tembakau. Maksudnya tidak ada seorang pun rakyat di sana yang dibenarkan merokok. Negara Bhutan menjadi negara bebas rokok pertama di dunia. Jadi kepada sesiapa yang mencari tempat yang bebas asap rokok secara keseluruhan, mungkin Bhutan adalah tempat yang korang boleh pergi.

JANGAN HABISKAN MAKANAN DALAM PINGGAN – CHINA

Kita biasanya kalau makanan sedap sangat memang licin pinggan tu dibuatnya. Tetapi di sesetengah daerah di China, perbuatan ini dianggap sebagai biadap. Macam mana lah makan sampai licin pun kena tuduh biadap. Dikatakan perbuatan habiskan makanan dalam pinggan menunjukkan kita seperti tidak cukup makan. Ada yang mengatakan ini hanya tradisi alaf baru sebab zaman dahulu kala makan sampai licin dilihat sebagai tanda korang puas dengan makanan itu dan sendawa pula sebagai tanda kekayaan tuan rumah.