KENALI JENIS SUKAN
Satu kasut sukan tak boleh digunakan untuk semua jenis sukan. Dulu aku jenis yang macam ni lah. Satu kasut memang aku guna untuk semua jenis aktiviti. Kalau korang nak fokus pada aktiviti larian seperti jogging atau marathon, pilih lah kasut yang memang diciptakan khas untuk aktiviti itu. Jika ingin melalukan aktiviti berbasikal (yang tengah trend sekarang) maka korang perlu pilih kasut cycling indoor atau outdoor. Nak beli kasut untuk berbasikal pun kena tahu korang nak cycling indoor atau outdoor sebab kedua-duanya memerlukan kasut yang berbeza. Mungkin siapa yang melakukan aktiviti sukan yang pelbagai memerlukan kasut sukan yang banyak bagi setiap aktiviti. Tapi kalau korang jenis fokus pada satu aktiviti sukan sahaja, better beli kasut yang betul-betul diciptakan khas untuk sukan tersebut.
KENALI JENIS TAPAK KAKI
Mungkin ini antara aspek yang ramai tak tahu semasa membuat pemilihan kasut sukan. Tapak kaki manusia ni sebenarnya ada jenis yang berbeza iaitu jenis telapak kaki rata, telapak kaki normal dan juga telapak kaki tinggi. Boleh lihat gambar di bawah yang secara ringkas menunjukkan bentuk tapak kaki yang berbeza. Nak tahu jenis tapak kaki, korang boleh buat ‘wet test’ dengan membasahkan kedua-dua tapak kaki korang dan berdiri atas beg kertas selama 10 saat.
Kalau korang perasan kebiasaannya pada satu-satu kasut sukan tu ada tertera jenis kasut samada jenis stability shoe, cushioned shoe dan juga motion control shoe. Tapi kalau tak ada tertera tu mungkin boleh tanya jurujual kedai kasut tu yang mana satu kasut mengikut jenis tapak kaki korang. Pemilihan kasut yang sesuai dengan tapak kaki penting buat mereka yang sukakan sukan berimpak tinggi seperti marathon yang melibatkan penggunaan maksimum kekuatan kaki. Silap pakai kasut mungkin akan memberi kesan kepada prestasi dan juga kesihatan kaki korang nanti.
LANGKAH BELI KASUT YANG BETUL
Ni rasanya ramai yang dah tahu waktu paling sesuai beli kasut iaitu di sebelah petang atau malam. Lagi baik kalau beli kasut selepas korang habis jogging. Ini kerana kaki korang telah digunakan sepanjang hari dan saiz tapak kaki akan mengembang ke tahap yang maksima.
Keduanya korang kena pastikan korang pakai atau bawa stokin sukan untuk dicuba bersama sewaktu membeli. Kalau korang jenis suka pakai stokin tebal, kena lah pakai stokin tebal masa pilih kasut untuk pastikan kasut yang korang cuba tu selesa. Semasa sarungkan kasut pula, pastikan ianya selesa pada kali pertama. Kalau tak selesa maksudnya ia bukan kasut untuk kaki korang walaupun design kasut tu cantik gila.
Bila kasut tu dah muat dengan kaki korang, pastikan ada ruang lebih kurang setengah inci antara ibu jari kaki dan hujung kasut. Setengah inci ni lebih kurang lebar ibu jari tangan lah. Nak lebih yakin sebelum membuat pembayaran, try lah lari keliling dalam kedai tu sampai korang betul-betul rasa selesa dengan kasut tu.
Jadi sebenarnya bukan mudah nak pilih kasut sukan ni dan kita tak sepatutnya beli kasut secara terburu-buru. Kasut juga dikira sebagai satu pelaburan sebab kita akan pakainya untuk tempoh yang agak lama, dan kasut sukan bukannya murah guys. Dah alang-alang nak beli kasut yang mahal, buat lah pemilihan kasut dengan tepat.
Speak Your Mind