Asal Usul Nama Bluetooth

Harald “Bluetooth” Gormsson adalah seorang raja Denmark dan Norway. Harald memerintah Denmark dari 958 – 986. Harald memperkenalkan agama Kristian ke Denmark dan mengukuhkan pemerintahannya.

Tahukah anda?

Teknologi tanpa wayar Bluetooth dinamakan sempena nama beliau pada tahun 1997 berdasarkan analogi bahawa teknologi itu menyatukan peranti seperti cara Harald menyatukan puak Denmark menjadi satu kerajaan. Beliau meninggal dunia sekitar 985/86) dan dimakamkan di Gereja Roskilde, Roskilde, Denmark.