
Di Ayutthuya, Thailand, terdapat satu fenomena alam semulajadi yang unik dimana terdapat kepala patung Buddha yang telah ‘melekat’ di dalam pokok Bodhi.
Kepala Buddha ini dianggap suci dan sering menjadi tarikan pelancong di Ayutthaya. Jadi tidak hairanlah mengapa Ayutthaya telah dianugerahkan Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 1981.
Tidak dapat dipastikan secara tepat bagaimana kepala patung ini boleh berada di dalam pokok Bodhi. Namun ia dipercayai ada kaitan dengan serangan kerajaan Burma keatas ayutthuya pada tahun 1767.
Patung ini pada asalnya lengkap dengan tubuhnya. Namun tubuhnya tidak pernah dijumpai. Semasa Ayutthaya dijarah, patung ini dipercayai mengalami kerosakan dan kepalanya telah terjatuh ke dalam pokok Bodhi muda.
Ratusan tahun berlalu, pokok Boddhi yang pada mulanya kecil telah mengalami tumbesaran lalu ‘membungkus’ kepala Buddha secara semulajadi.
Di hadapan patung kepala Buddha ini terdapat tempat untuk berlutut berdoa bagi penganut Buddha. Jika ingin mengambil gambar, pelancong wajib duduk dan tidak boleh berdiri melebihi patung kepala Buddha sebagai tanda penghormatan.
