Bagaimana Rumah Nabi Muhammad (ﷺ) Dilahirkan Kini Bertukar Menjadi Perpustakaan?

• Perpustakaan ini dibina di atas tempat kelahiran Nabi (ﷺ) dilahirkan pada Rabi’ al-Awwal, pada ‘Tahun Gajah’ (April, 571 CE).

Di Awal Kelahiran Nabi (ﷺ)

• Semasa ibunya Aminah sedang mengandung, Aminah bermimpi bahawa dipancarkan cahaya dari bahagian bawah tubuhnya yang menerangi istana-istana Syam. Apabila beliau bersalin, Shifa binti Amr, ibu kepada Abdul Rahman bin Auf (رضي الله عنها) berkhidmat sebagai bidan. Abdul Muthalib menerima berita kelahiran cucunya dengan gembira. Dia membawa bayi yang baru lahir itu ke Ka’bah dan memohon rahmat dan syukur kepada Allah. Percaya cucunya akan membesar dengan disanjung tinggi, Abdul Muttalib menamakannya Muhammad, yang bermaksud ‘dia yang terpuji’. Selaras dengan tradisi Arab, dia kemudian mencukur kepala bayi itu dan selepas itu menjemput rakan-rakan di Makkah untuk kenduri.

• Ketika Rasulullah ﷺ berhijrah ke Madinah, rumah tersebut telah dirampas oleh Aqil bin Abi Talib. Dia adalah sepupu Nabi (ﷺ) dan bukan seorang Muslim pada masa itu.

Selepas Kewafatan Nabi (ﷺ)

• Selepas kewafatan Nabi (ﷺ) pada 632 CE, rumah ini pada mulanya kekal di tangan keluarga Aqil bin Abi Talib. Ia kemudian dibeli oleh Muhammad bin Yusuf al-Thaqafi, saudara kepada Hajjaj bin Yusuf yang zalim. Inilah sebabnya harta (rumah) ini direkodkan oleh banyak buku diawal dahulu sebagai harta Muhammad bin Yusuf.

Rumah Nabi (ﷺ) Bertukar Menjadi Masjid.

• Apabila al-Khayzuran, ibu kepada khalifah Abbasiyah Harun al-Rasyid menunaikan haji setahun, dia membeli harta ini. Dia mengubah tempat kelahiran Nabi (ﷺ) menjadi masjid tempat orang ramai bersolat dan juga melawat untuk melihat di mana Nabi (ﷺ) dilahirkan.

• Rumah itu terus berfungsi sebagai Masjid kecil selama berabad-abad dan telah dipelihara, diselenggara, dan diubasuai oleh pelbagai khalifah sepanjang abad, termasuk khalifah Abbasiyah, Ahmad al-Naşir yang mengubahsuainya pada 576 Hijrah. Susun atur dalamannya juga dikekalkan.

• Masjid itu tidak wujud pada tahun 1950. Di bawah tekanan daripada tokoh agama utama pada masa itu, kerajaan Saudi yang baharu telah meratakan rumah itu (dan tapak bersejarah penting lain) kerana takut orang ramai akan menjadikannya sebagai pemujaan.

Bertukar Menjadi Perpustakaan

• Namun, Datuk Bandar Makkah ketika itu, Syaikh Abbas Yusuf Qattan, berasa cemas dengan perkembangan ini. Beliau berjaya mendapatkan dokumen undang-undang untuk mengawal tapak dan menubuhkan perpustakaan kecil di atas asas rumah pada tahun 1953.

• Perpustakaan ini terdiri daripada dua tingkat kecil dalam bentuk segi empat tepat dengan bangunan utamanya di sebelah barat menghadap Masjid al-Haram. Ia menempatkan koleksi manuskrip, banyak akhbar tempatan Arab dan Islam serta terbitan berkala tempatan yang jarang-jarang ditemui.