Fakta kucing caracal ?

Kucing caracal merupakan spesis kucing terancam yang berukuran sedang yang terdapat di benua Afrika dan beberapa benua Asia. Haiwan ini termasuk dalam famili Felidae dengan penampilan yang anggun,ramping dan berotot. Caracal memiliki telinga yang menyerupai “antena”.

Ciri khas Caracal adalah mempunyai telinga hitam berumbai di bahagian hujung dan berbentuk agak meruncing sesuai dengan asal namanya dari bahasa Turki-karakulak yang bererti ‘telinga hitam’. Telinga ini sangat berguna untuk mencari mangsa kerana dikendalikan oleh 29 otot yang berbeza. Ukuran bulu warna hitam yang unik dan lentik pada hujung telinganya berukuran sepanjang 4.4sentimeter.

Bulu badannya yang cantik dan berwarna emas kemerahan. Ia turut mempunyai purata berat 18kilogram buat Caracal jantan dewasa.

Caracal memiliki umur yang panjang. Seekor Caracal mampu bertahan hidup di alam liar sehingga 12 tahun. Tempoh kehamilan Caracal betina sekitar 2-3 bulan. Seekor induk Caracal dapat melahirkan 1-6 ekor anak dan akan diputus susu ketika berumur 9 bulan.

Sifat Caracal yang sangat aktif berburu dan akan mengintai mangsa dalam radius 5meter. Caracal boleh melompat diudara dan berlari pantas.

Pemangsa utamanya adalah burung, monyet dll. Biasanya bangkai mangsanya disembunyikan disebalik pohon pokok.

Teks kredit : Dunia Kucing

Speak Your Mind

*