

Seorang pemain club bola sepak itali Federico Marchetti, terkedu apabila Ferrari 812 Superfast terlibat dalam kemalangan setelah dipandu oleh pekerja Carwash. Difahamkan beliau pergi membasuh kereta di pusat membasuh kereta sebelum dia menuju ke pusat sukan untuk latihan bola sepak.
Selepas kereta miliknya telah siap dibersihkan, salah seorang pekerja pusat membasuh kereta tersebut memandu kereta terbabit menuju ke pusat sukan untuk memulangkan kereta beliau. Tetapi nasib tidak menyebelahi pekerja pusat membasuh kereta pada hari itu kerana semasa dalam perjalanan dia tidak dapat mengendalikan kereta tersebut dengan baik mengakibatkannya hilang kawalan dan merempuh lima buah kenderaan yang diletakkan pada kawasan berhampiran.
Federico Marchetti bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi marah atas kemalangan tersebut. Beliau simpati dengan kemalangan yang terjadi dan bersyukur kerana tiada sesiapa pun mengalami kecederaan semasa kejadian tersebut berlaku. “Saya memohon maaf atas apa yang berlaku, syukur tidak ada yang tercedera dan ini adalah berita yang paling penting sekali. Biarkan sahaja ia berlalu, saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya rasa ada perkara lain yang lebih penting di dalam hidup ini,” kata Federico Marchetti.
Ferrari 812 Superfast merupakan sebuah jentera berprestasi tinggi yang dikuasakan enjin baharu 6.5 liter natural-aspirated V12. Kereta ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 2.9 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 340 km/j. Beharga RM1,578,800.00 (tidak termasuk cukai dan kos-kos tambahan yang lain).
