
Apabila sebut sahaja Indonesia, pastinya orang selalu terbayangkan Candi Borobudur, iaitu candi terbesar di dunia yang berusia bertahun-tahun.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat satu lagi rumah ibadat yang besar di Indonesia dan terletak cuma lebih kurang 20 minit perjalanan dari candi Borobudur.
Rumah ibadat ini bernama Gereja Ayam. Hal ini demikian kerana rupa bentuk gereja ini mirip seperti seekor ayam.
Sebelum pergi lebih lanjut, saya dengan rendah diri memohon supaya kita semua tidak menulis komen-komen yang jelek. Saya mohon supaya semua menghormati pembaca-pembaca yang beragama Kristian. Terima kasih.
Okay sambung. Gereja ini dibina pada tahun 1990an oleh seorang lelaki bernama Daniel Alamsyah. Beliau merupakan seorang pengganut Kristian.
Pada tahun 1989, Daniel Alamsyah bermimpi didatangi seekor burung merpati berwarna putih kepadanya.
Mimpi itu memberi inspirasi kepada Daniel Alamsyah untuk membina sebuah pusat ibadah kepada semua orang.
Apa yang peliknya adalah Gereja Ayam bukan sekadar gereja sahaja. Daniel Alamsyah turut menyediakan ruang kepada pengganut lain seperti Buddha, Hindu dan juga Islam untuk beribadat.
Gereja Ayam ini lebih berkonsepkan pluralisme. Ia digelar gereja hanya kerana Daniel Alamsyah ini beragama Kristian walhal pada dasarnya tempat ini adalah bersifat pluralisme.
Lebih parah lagi apabila terdapat kultus ajaran sesat yang bergerak atas nama agama Kristian turut sama menggunakan Gereja Ayam.
Hal inj telah menyebabkan pengoperasian Gereja Ayam mendapat bantahan secara besar-besaran oleh penduduk.
Kesannya, Gereja Ayam ditutup pada tahun 2000 kerana penduduk marah akan kultus yang semakin berkembang luas itu.
Sehinggalah tahun 2014 barulah isu kultus itu selesai dan Gereja Ayam dibuka semula seperti biasa.
Apa yang menariknya adalah seja ia dibuka semula, ramai yang datang termasuklah kumpulan paranormal yang ingin mencuba nasib mereka.
Ramai pasukan paranormal mencuba sesi “uji nyali” dalam Gereja Ayam. Malangnya, tiada satu pun sesi uji nyali berjaya ditamatkan.
Ramai yang lari dan tidak sempat habiskan sesi uji nyali. Ini kerana mereka diganggu oleh makhluk lain ketika sesi itu.
Bukan sekadar diganggu, ramai antara mereka yang cedera teruk seperti tubuh terluka dan bercalar teruk ketika sesi uji nyali.
Penyebab kecederaan mereka itu adalah misteri. Secara tiba-tiba sahaja mereka cedera.
Selain pasukan paranormal, krew “shooting” filem yang membuat penggambaran di sini turut terganggu.
Ketika penggambaran, tiba-tiba sahaja terdapat bayang-bayang besar datang menerkan ke arah mereka menyebabkan mereka bertaburan lari.
Selain itu, antara kisah misteri yang dikongsikan oleh penduduk tempatan pula adalah mereka terlihat kelibat kuntilanak sedang berdiri di atas “kepala” ayam bangunan ini.
Oh ya, Gereja Ayam juga menjadi tempat penggambaran bagi filem Ada Apa Dengan Cinta satu ketika dulu.
Seram kan? Berani tak nak cuba nasib di tempat ini?