

• Menurut penduduk tempatan, di sini terdapat kesan tapak kaki unta betina yang sangat besar yang telah dikeluarkan oleh Allah SWT. Kesan tapak kaki unta itu ditempatkan di sebuah bangunan khas yang terletak di pusat bandar Salalah di wilayah Dhofar di timur Oman.
Kisah Disebalik Unta betina
• Kaum Tsamud telah meminta Nabi Saleh menciptakan unta betina yang hamil 10 bulan dari sebuah bukit berbatu. Nabi Saleh bersetuju dan berdoa agar Allah menunjukkan kekuasaan-Nya. Dengan mukjizat dari Allah, unta itu muncul dari gunung berbatu berdekatan.
• Unta itu kemudian dibunuh tiga hari kemudian oleh sembilan orang lelaki saat malam tiba. Unta itu dipanah dan ditikam bersama dengan anaknya yang baru lahir. Kisah pembunuhan unta ini terdapat dalam surat Al-Qamar ayar 54.
Azab Allah akhirnya muncul di hari keempat setelah pembunuhan unta. Pada hari tersebut, petir sambar menyambar dan berlakunya gempa bumi hingga membinasakan kaum Tsamud.
“Kerana itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka,” surah Al-A’raf ayat 78.
Kesan cetakan itu kini ditempatkan di sebuah bangunan khas yang terletak di pusat bandar Salalah, di wilayah Dhofar di timur Oman. Di atas batu itu anda boleh lihat dua lubang yang menyerupai tapak kaki unta serta bintik-bintik darah kering boleh dilihat berhampiran tapak kaki ini. Dipercayai darah unta itu kerana dicederakan oleh musuh Nabi Saleh عليه اسلام (ALLAH lebih mengetahui)
• Pengunjung yang datang ke sini diminta menanggalkan kasut dan wanita hendaklah menutup rambut mereka.
Kredit – Jasson Kings Official
