Kisah Disebalik Masjid Pokok Di Mekah

• Masjid Shajarah (Bahasa Arab: مسجد الشجرة) bermaksud ‘Masjid pokok’. Masjid

Shajarah dipercayai dibina di atas tapak tertanamnya sebatang pokok lama yang hidup pada zaman Nabi muhammad SAW. Ia menandakan tempat dimana Nabi (ﷺ) memanggil sebatang pokok lalu pokok itu pun dengan segeranya tercabut dari kedudukan asalnya di muka bumi. Pokok itu kemudian berjalan mendekati Nabi yang berada di depannya. Selepas itu Nabi meminta pokok itu kembali semula ke tempat asalnya.

• Diriwayatkan menurut al-Azraqy, Masjid Syajarah terletak berhadapan dengan Masjid Jin. Al-Fakihy juga turut berpendapat yang sama, tetapi beliau menambahkan bahawa di sanalah terdapatnya satu pohon di mana Nabi Muhammad memanggilnya lalu pohon tersebut berjalan mendekati Nabi Muhammad.

• Umar (رضي الله عنه) melaporkan bahawa Nabi (ﷺ) pernah tiba di Hajuon ketika beberapa orang Musyrikin (kafir) menolak ajakan baginda kepada Islam. Rasulullah ﷺ berdoa, “Ya Allah! Tunjukkanlah kepadaku suatu tanda yang sesudah itu aku tidak akan peduli terhadap penolakan orang-orang.”

• Baginda kemudian disuruh memanggil pokok berhampiran kepadanya. Apabila Nabi ﷺ berbuat demikian, pokok itu datang kepada baginda dan memberi salam kepada baginda. Nabi kemudian mengarahkannya untuk kembali dan ia mematuhi sewajarnya. Selepas itu Nabi (ﷺ) berkata, “aku sekarang tidak peduli dengan penolakan orang ramai” [Majma’uz Zawaa’id]

• Sehingga ke hari ini, Masjid Syajarah telah diperbaharui kembali bersamaan dengan pembaharuan Masjid Jin iaitu pada tahun 1421 Hijrah.