Kisah Mayat Tertanam Hingga Ke Hari Ini Selepas Dihempap struktur konkrit.

Pada 13 Jun 2013, telah berlaku satu peristiwa mengerikan dan menyayat hati di Pulau Pinang. Hujan lebat dan angin kencang telah melanda Pulau Pinang lewat petang itu.

Peristiwa ini berlaku apabila struktur konkrit yang terdapat di bangunan Umno negeri setinggi 21 tingkat di Jalan Macalister tiba-tiba terjatuh dan menghempap beberapa buah kenderaan. Kejadian itu mengakibatkan seorang pemandu lori maut manakala lapan lagi cedera.

Dua hari selepas kejadian itu, datang seorang kontraktor untuk memeriksa CCTV yang rosak akibat gangguan bekalan elektrik. Beliau mendapati terdapat seorang lagi mangsa akibat dari runtuhan tersebut.

Semasa operasi penggalian, pekerja menemui bahagian bumbung sebuah kereta yang tertimbus di dalam lubang itu. Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati kereta tersebut jenis Honda City dan ianya sepadan dengan yang dilaporkan hilang sehari selepas kejadian

Nama mangsa adalah Lim Chin Aik berusia 44 tahun. Beliau ketika itu sedang memandu untuk mengambil anaknya di Sekolah.

Dari rakaman CCTV tersebut menunjukkan kereta Honda City yang dipandu Lim Chin Aik telah dihempap struktur tersebut hingga membuatkannya tertimbus begitu dalam di bawah tanah.

Menurut seorang arkitek dari Singapura, kereta dipandu Lim Chin Aik berkecai seumpama tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak.

Mayat Lim Chin Aik dipercayai terbenam sekurang-kurangnya sedalam 40 meter atau setinggi 13 tingkat bangunan di bawah tanah dan di bawah konkrit bertetulang dengan kepanjangan 30m.

Kerja-kerja menyelamatkan telah dihentikan selepas 4 hari kerana bimbang akan merosakkan kawasan sekitar. Hanya sebahagian dari kenderaan Lim Chin Aik yang ditemukan manakala mayat Lim Chin Aik hingga ke hari ini tidak pernah dijumpai.