Labah-labah Yang Menyamar Menjadi Semut

Myrmecomorphy atau mimik semut adalah istilah bagi haiwan yang mempunyai rupa semut sehingga sukar untuk dibezakan dengan rupa semut sebenar.

Labah-labah adalah contoh haiwan yang mengamalkan Myrmecomorphy. Terdapat kira-kira 300 spesies labah-labah yang menyamar sebagai semut.

Untuk menjadikan penyamaran lebih sempurna, labah-labah semut juga mempunyai tabiat mengangkat kaki hadapannya berulang kali supaya kelihatan seperti antena semut sedang bergerak.

Sebab pertama terjadinya Myrmecomorphy supaya semut yang lalu lalang di situ menyangka bahawa mereka sedang melalui sesama semut.

Sebab kedua adalah, haiwan pemangsa berasa takut untuk menyerang semut yang mempunyai tabiat menyerang haiwan lain secara berkumpulan. Jadi, labah-labah semut akan berjalan ke arah laluan yang biasanya dilalui oleh semut.

Apabila semut berada berhampirannya, labah-labah semut akan melakukan serangan hendap kemudian menyeret semut ke tempat lain di mana ia boleh memakan semut itu dengan selamat.

Oleh kerana rupanya sangat mirip dengan rupa semut sebenar, semut-semut lain akan menyangka labah-labah itu adalah semut yang sedang membawa bangkai kawan(sesama semut).

Di dalam foto ini adalah si penyamar iaitu labah-labah semut dan semut sebenar. Dapatkan anda meneka dengan tepat semut sebenar di sebelah atas atau bawah?