
Pada tahun 1880 an, pemerintah di Australia telah membangunkan pagar yang membentang dari Jimbour di Darling Downs melintasi ribuan kilometer tanah gersang dan berakhir di barat semenanjung Eyre di tebing Nullarbor Plain.
Pagar ini memiliki jumlah panjang 5614 kilometer sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu struktur terpanjang di dunia dan pagar terpanjang di dunia.
Pada awalnya pagar ini dibangunkan untuk menghentikan penyebaran arnab melintas ke sempadan negara bahagian. Pada masa itu, arnab telah menakluk seluruh benua Australia dengan populasi mencapai 10 billion.
Setelah sekian lama pagar ini telah mengalami kerosakan. Pada awal tahun 1900-an, pagar ini kemudian diperbaiki lalu fungsinya berubah seiring berjalannya waktu.
Kenapa pagar ini kemudian digelar pagar Dingo?
Dingo ialah sejenis anjing liar di Australia yang sering memangsa kambing biri-biri dan ternakan lain kepunyaan orang Australia.
Disebabkan dingo adalah karnivor, pagar yang dibina sebelum ini telah ditukar fungsinya untuk mengurangkan serangan dingo terhadap kambing biri-biri milik warga Australia.
Pagar ini telah terbukti berjaya dalam menghalang dingo melintas selama bertahun-tahun walaupun di beberapa tempat dingo masih boleh ditemui di selatan negara itu.
Pagar ini merentasi sempadan antara negeri yang berbeza sehingga hari ini dengan anggaran kos penyelenggaraan kira-kira 10 juta dolar setahun.
