Sejarah Disebalik Tanah Perkuburan Non Muslim Di Jeddah

Inilah dia perkuburan non muslim di Jeddah. Namanya perkuburan El Khawwajat dan lokasinya di Al-Balad. Tanah perkuburan ini terletak di salah satu jalan paling sibuk di Jeddah, sedikit di selatan pusat bandar.

Dipercayai bahawa ramai orang yang lalu lalang tidak menyedari bahawa di sebalik tembok tinggi itu terdapat tempat peristirahatan terakhir penganut Kristian dan bukan Islam yang lain.

Semasa zaman Khilafah Othmaniah, kalimah el-khawwajah digunakan untuk makna tuan, atau, penghulu, atau guru, atau ketua bagi golongan bukan islam. Maka di sini maksud Maqbarah Khawwajat adalah perkuburan pemimpin-pemimpin bukan islam.

Sejarah bagaimana boleh wujudnya tapak

perkuburan ini?

Ia terjadi pada kurun ke 10 hijriah iaitu tahun 948 hijriah bersamaan dengan tahun 1542 masihi. Pada masa Itu ummat islam benar-benar ingin menunaikan Fardhu Haji.

Namun ummat Islam telah dikejutkan dengan kehadiran tentera Portugal bersama 80 buah Kapal perang di Perairan Kota Jeddah. Niat mereka adalah untuk menyerang kota Mekah dan Kota Madinah.

Sengaja mereka datang pada saat ummat islam sedang disibukkan dengan ibadah Haji sambil beranggapan Kota Jeddah akan kurang penghuninya. Maka senanglah kerja mereka. Mereka dikatakan ke Jeddah setelah melalui cubaan kali kelima. Sebelum ini mereka gagal.

Apabila mereka sampai di pinggir pantai Jeddah iaitu diluar Benteng kota Jeddah,

berita itu telah sampai kepada pemimpin Mekah pada masa itu iaitu al Marhum Assyarif Muhammad Abu Numayy ibnu Barakat Ibnu Muhammad.

Beliau saat itu juga menyeru Ummat islam Untuk berjihad menentang Portugal. Beliau menyediakan senjata dan segala keperluan Ummat islam untuk berperang. Beliau menyatakan akan menyembelih seluruh binatang ternakan yang ada lalu di sumbangkan kepada ummat islam.

Gendang perang dipalu dan disambut hangat oleh seluruh ummat islam di tanah Hijaz. Beliau yang asalnya ingin menunaikan Haji telah membatalkan niatnya lalu bersama jemaah haji yang lain berjihad menentang tentera Portugal.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Mekah Jihad di Izinkan ketika musim Haji. Ummat Islam khususnya jemaah Haji turut serta berperang melawan tentera Portugal.

Maka berlakulah pertempuran itu di pinggir kota jeddah. Tentera Portugal terkejut melihat kehadiran tentera Islam yang begitu banyak kerana mereka sangkakan semua ummat islam sedang sibuk dengan ibadah Haji.

Lalu sebahagian tentera Portugal segera melarikan diri menaiki kapal mereka dan pulang ke Portugal. Di kawasan mereka tewas inilah dikuburkannya mayat-mayat tentera portugal yang tewas lalu kekal menjadi perkuburan Non muslim sehingga kini.

Kredit: Che Pai/Group HARAMAIN

Speak Your Mind

*