
• The Burning Bush atau Semak Berduri ini terletak di Biara Saint Catherine di Semenanjung Sinai. Menurut kepercayaan Kristian, The Burning Bush ini adalah dari semak asal yang pernah terbakar semasa Nabi Musa mendengar Tuhan bercakap disini. Mengikut kepercayaan Kristian, sewaktu Nabi Musa dipanggil Tuhan untuk mendapat wahyu, baginda telah melihat semak berduri yang berapi. Walaupun api menyala dari semak berduri ini, pokok tersebut tetap tidak terbakar. Semak berduri ini lah yang kini dinamakan sebagai ‘The Burning Bush’.
• Lokasi sebenar The Burning Bush dipertikaikan tetapi sebahagian besarnya bersetuju ia berada dalam kawasan Gunung Sinai ini. The Burning Bush adalah spesies bramble yang tidak dapat dijumpai di mana-mana Semenanjung Sinai. Ia tidak berbunga dan tidak berbuah. Setiap percubaan untuk menanamnya di tempat lain tidak pernah berhasil.
• Kawasan ini sudah dipagar untuk mengelakkan para pelawat dari mendekati The Burning Bush. Dahulu pelawat dibenarkan mendekati The Burning Bush. Namun, ramai yang sering memetik daun-daunnya untuk dibuat cenderahati hingga mengakibatkan sebahagiannya menjadi botak. Oleh kerana itu kawasan ini kemudian dipagar.
