Tahukah Anda

Jambatan Øresund atau Oresundsbroen menggabungkan laluan jalan raya dan rel kereta api bertingkat menyeberangi Selat Øresund antara Denmark dan Sweden. Panjangnya adalah 7845 meter, kira-kira separuh jarak antara Sweden dan Denmark.

Dari pesisir pantai Sweden ia mempunyai 2 tingkat iaitu atas lebuhraya 4 lorong, bawah untuk rel keretapi 2 lorong. Jambatan ini berakhir di tengah selat iaitu di pulau buatan Peberholm yang dibina dengan menambak kawasan laut. Panjang pulau buatan ini 4km dan lebar beberapa ratus meter. Tiada penempatan di sini.

Untuk ke Denmark, ada terowong yang menyambung antara Pulau Peberholm dan Denmark.Terowong yang menghubungkan hujung Jambatan Öresund di Pulau Peberholm dan penempatan terdekat di Denmark disebut Terowong Drodgen. Terowong ini sepanjang

4,050 meter. 3,150 meter daripadanya dibina di bawah laut.

Jambatan Øresund turut menerima Anugerah Struktur Terhebat IABSE (Persatuan Antarabangsa bagi Kejuruteraan Jambatan dan Struktur) 2002, iaitu sebuah organisasi bebas yang berpangkalan di Zurich, Switzerland.

Speak Your Mind

*