Pernah nampak matahari begini? Tiada yang mistik, superstitious atau apa saja mengenai fenomena ini.
Ini dipanggil halo Matahari. Ia disebabkan oleh pembiasan, pantulan dan serakan cahaya melalui zarah ais yang terampai dalam awan cirrus atau cirrostratus yang nipis, tipis dan altitud tinggi.
Apabila cahaya melalui hablur ais berbentuk heksagon ini, ia dibengkokkan pada sudut 22°/ 46° mewujudkan lingkaran mengelilingi Matahari.