Pulau Makhluk Asing di bumi

Pulau Socotra di kepulauan Socotra telah terasing dari tanah benua Afrika sejak 7juta tahun yang lalu.

Faktor ini menyebabkan wujudnya banyak spesies endemik di pulau misteri ini. Lebih dari satu pertiga hidupan adalah endemik, yang bermaksud bahawa hidupan di sini tidak terdapat di tempat lain di bumi.

Antara flora paling banyak di sini ialah pokok Darah Naga (Dracanea Cinnabari) berbentuk seperti payung raksasa terbalik, pokok timun raksasa (Dendrosicyos socotranus), ia bukan lah timun sebenar cuma berbentuk macam tu dengan ranting halus di hujung dan pokok delima yang berevolusi dari delima biasa. Flora dan Fauna di sini lain daripada dunia luar kerana saiznya dan keunikannya.

Pulau yang mempunyai 40000 orang penduduk ini digelar sebagai “Kawasan paling aneh di Bumi” atau “The most alien-looking place on Earth” sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Lokasi Warisan Dunia dari UNESCO pada Julai 2008.

Speak Your Mind

*