Roti Canai Homemade

Kalau korang terperuk dalam rumah, tak boleh ke mana-mana macam kami, bosan pulak tu, jom try buat roti canai homemade, biar anak-anak bentukkan sendiri roti canai dia, tak tebar pun takpe.. Asal jadi.

Resepi untuk roti canai homemade..

470ml air sejuk

1sk garam

3sb marjerin

2sb gula

3sb susu pekat

(campur semua bagi sebati)

Baru masukkan 1kg tepung. Uli bagi lembut, tak melekat, rest dalam 30min (untuk bagi gluten dia berpadu)

Sambung uli bagi lembut. Kemudian, bulat-bulatkan doh. Sapu keliling doh dengan marjerin. Simpan dalam bekas bertutup.

Biasa kami buat malam, pagi dah boleh canaikan.

Speak Your Mind

*