Bikini Atoll

Bikini Atoll adalah sebuah pulau di antara pulau pulau di Marshal Island, lautan pasifik.

Pulau kecil yang indah, dan mempunyai batu karang yang pelbagai spesis yang menjadi tikar dasar lautan yang memukau pandangan.

Namun begitu bermula tahun 1946 hingga 1958, pulau terpencil ini di jadikan sebagai tempat untuk menguji ledakan bom nuklear.

Di mana 23 ujian nuklear telah dilakukan, menyebabkan perubahan muka bumi Bikini Atoll berubah seperti bentuk kawah/kuali yang besar.

Dengan teknologi sekarang, foto lama ledakan bom nuklear menjadi lebih jelas dengan warna.

Kesan radioaktif hasil dari percubaan itu, turut memberi impak kepada penghuni pulau pulau yang lain. Walaupun jarak pulau Atoll ini sudah sangat jauh, namun kesan radioaktif tetap terkena kepada mereka. Sehinggakan Kerajaan USA, mewujudkan satu Dana untuk membiayai penduduk pulau yang terkesan dengan radiasi.

Satu yang menarik tentang pulau ini, adalah ia menjadi sumber inspirasi bagi siri kartun/animasi Spongebob Squarepant, Di mana Bikini Bottom menjadi Lokasi yang sama dengan Atoll Island.