Adat Keluarga Si Mati di Taroja, Indonesia

May be an image of 1 person, child, sitting and indoor

Tahukah Anda

Di Toraja, adalah kebiasaan untuk memberi makan si mati setiap hari dan meletakkan jenazah di tempat tidur yang selesa di dalam bilik berasingan di rumah keluarga sehingga keluarga itu mampu melakukan pengebumian yang sewajarnya.

Sepanjang tempoh sebelum dikebumikan, simati tidak dianggap mati, sebaliknya sakit. Mayat biasanya dimumiakan/ diawet

Upacara pengebumian sangat mahal sehingga mayat tidak dikebumikan bertahun-tahun, sehingga cukup kos pengebumian. Upacara pengebumian boleh berlangsung selama seminggu melibatkan sembelihan banyak kerbau (makin banyak, makin tinggi status). Kalau tidak, keluarganya tidak akan dihormati.

Selepas upacara pengebumian “Rambu Solo”, si mati akhirnya dikebumikan di makam.

Upacara kematian tak berhenti setakat dikuburkan!

Dalam upacara yang dikenali sebagai ma’nene, keluarga Toraja mengemas mayat mumia dan kubur mereka setiap satu hingga tiga tahun, biasanya pada bulan Ogos.

Saudara-mara yang mungkin telah mati selama lebih sedekad dikeluarkan dari kubur mereka, dibersihkan daripada sebarang pepijat, ditukar kepada satu set pakaian yang baru, dan disapu serta disembur dari kepala ke kaki.

Dengan itu, mereka merasakan simati dan keluarga sebenarnya tidak terpisah.