Jambatan akar pokok beringin

May be an image of 1 person, tree and body of water

Tahukah Anda

Jambatan akar pokok beringin yang terkenal di Sungai Batang Bayang di Bayang Utara, kabupaten Pesisir Selatan, Sumatera Barat ini bukan lah terjadi secara semulajadi.

Ia bermula pada 1890 apabila guru tempatan bernama Pakih Sohan menghubungkan kedua belah sungai dengan beberapa batang buluh dan menanam pokok beringin di kedua belah sungai.

Harapan beliau supaya dapat memudahkan anak murid menyeberangi sungai. Semakin pokok membesar, beliau jalinkan akarnya dengan batang buluh yang ada.

Usahanya diteruskan penduduk tempatan apabila guru berkenaan meninggal dunia.