Kedai Teh Paling Tinggi Di dunia

Tahukah Anda

Kedai Teh Paling Tinggi Di dunia

Terletak di atas Gunung Hua yang merupakan salah satu dari 5 gunung suci di China, kedai teh ni berada 2133m dari aras laut.

Kedai teh ini berada di bahagian selatan gunung Hua dan melalui ‘heavenly stairs’. Tangga ini menuju ke tebing berlantai kayu paling berbahaya di dunia. Malah ada sebahagian kawasan perlu memanjat menggunakan lubang yang disediakan.

Kalian tidak diwajibkan memakai gear keselamatan, jatuh tanggung sendiri. Dah penat memanjat dan masih selamat lalu tebing berlantai kayu yang lebar cuma lebih kurang 30cm, kalian akan sampai ke Kuil Purba Tao. Di sinilah ada disediakan secawan teh panas buat basah tekak?.

Amacam, berbaloi untuk secawan teh?