Krakatau 1883: Antara Letusan Terdasyat dalam sejarah manusia moden.

Letusan Krakatau 1883 di Selat Sunda bermula pada 20 Mei 1883 dan memuncak pada lewat pagi Isnin, 27 Ogos 1883, apabila lebih 70% pulau Krakatau dan kepulauan sekitarnya musnah apabila ia runtuh menjadi kaldera.

Menerusi catatan saksi yang direkodkan, letupan gunung berapi itu boleh didengar satu pertiga penduduk seluruh dunia di lebih 50 lokasi.

Ia menyebabkan sekurang- kurangnya 36,417 kematian semasa dan selepas, 20 juta tan sulfur dibebaskan ke atmosfera, menghasilkan musim sejuk gunung berapi (mengurangkan suhu di seluruh dunia dengan purata 2°C selama lima tahun)

44 tahun kemudian, muncul gunung berapi baru dipanggil Anak Krakatau.

Semalam, gunung Anak Krakatau meletus. Letusan terjadi sekitar pukul 16.15 WIB pada Khamis 3/2/2022.

Abu volkanik yang keluar dari gunung Anak Krakatau bila diukur dari atas permukaan laut mencapai 357 meter.

Penduduk dan pelawat dilarang mendekati kawasan dalam radius 2km.

Speak Your Mind

*