Anda
Operation Beluga: Muzik Klasik untuk Beluga
Pada tahun 1984, lebih kurang 3,000 ekor paus beluga terperangkap dalam kolam kecil di perairan yang dilitupi ais di Semenanjung Chukchi, Rusia. Angin kencang memenuhi laluan lurus perairan dengan ketulan ais hanyut setebal 12 kaki (4 meter).
Soviet Union (USSR) memanggil kapal pemecah ais, Moskva untuk mengosongkan laluan supaya beluga boleh melepaskan diri.
Pada mulanya paus beluga tidak mahu keluar dari perairan sempit itu, kemudian anak kapal teringat bahawa paus beluga bertindak balas dengan baik terhadap muzik. Oleh itu, mereka menghidupkan pembesar suara dan mendapati bahawa muzik klasik seolah-olah menarik ikan paus.
Akhirnya, sekitar 2000 beluga berjaya diselamatkan, cuma sekitar 500 ekor beluga ditangkap oleh penduduk tempatan, tidak pasti samada diburu atau mati disitu. Operasi ini digelar ‘Operasi Beluga’.
Baca lanjut di sini: https://www.zmescience.com/…/operation-beluga-whale…/