Pernah bayangkan berapa banyak satelit dan space junk di atas sana?

1000?

10,000?

100,000?

Lebih tau! Menurut pemerhati orbit terkemuka Jonathan McDowell, seorang ahli astronomi di Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian, pada penghujung tahun 2021 terdapat kira-kira 5,000 satelit aktif di orbit.

Tu yang aktif, tak kira lagi yang tak aktif-rosak la, serpihan la, badan roket la.

Menurut Pejabat Program Serpihan Orbit NASA, terdapat kira-kira 500,000 atau lebih serpihan orbit yang lebih kecil (antara satu hingga 10 sentimeter diameter) dan kira-kira 21,000 lebih besar (lebih besar daripada 10 sentimeter) berputar mengelilingi Bumi sekarang!

Boleh bayangkan betapa sesaknya kat atas sana?

Korang boleh tengok secara ‘real time’ semua benda kat angkasa di laman web ni http://stuffin.space/ macam min buat untuk tengok RazakSat. Nak tahu nama dot tu, cuma perlu klik saja pada dot.

Masuk je website tu, nanti dia tunjukkan macam dalam gambar di bawah. Titik berkod warna mewakili satelit (merah), serpihan (kelabu), dan badan roket yang dibuang (biru).

Punyalaaa banyak.

**Stuff In Space, laman web yang direka oleh pengaturcara muda James Yoder, yang menjejaki laluan ratusan ribu objek orbit dalam ‘real time’.

**teringat cerita Gravity oleh Sandra Bullock; George Clooney, kapal angkasa diorang berlanggar dengan debris.

Baca lanjut di sini

https://www.popsci.com/now-you-can-see-all-space-junk…/