9 Cara Hentikan Tabiat Suka ‘Mengunyah’, Bahaya Kalau Dilayan

“Ish asalkan duduk di meja pejabat ni, rasa nak mengunyah je. Padahal baru je balik ‘lunch’ ni. Tapi tips diet yang berkesan kata tak boleh makan snek selalu. Nak makan ke tak ni? Aduhai, rasa mengantuknya nak buat kerja kalau tak mengunyah. ”

Kalau layan nafsu makan, memang semua makanan hendak rasa tidak kira waktu. Apatah lagi dengan lambakan kafe dan restoran yang dibuka 24 jam, memang tiada masalah hendak dapatkan makanan. Snek pula dah macam-macam jenis yang dijual.

Namun, tidak boleh diikutkan sangat nafsu makan kerana ia boleh menaikkan berat badan, cepat gemuk malah mengundang penyakit kronik yang disebabkan oleh masalah obesiti.

Tapi, bukan mudah hendak kawal nafsu makan, betul tak? Seolah-olah ia sudah menjadi tabiat yang sebati dengan diri.

9 CARA HENTIKAN TABIAT SUKA ‘MENGUNYAH’, BARU SENANG NAK DIET!

Kalau nak berhenti ‘mengunyah’, cuba ikut tips diet yang berkesan ini. Secara tidak langsung, ia membantu anda mengawal nafsu makan.

1. MAKAN DALAM KUANTITI KECIL

Sebaiknya, latih diri guna pinggan yang kecil. Dengan ini anda melatih diri untuk makan dalam kuantiti yang sedikit.

Tapi, kurangkan sedikit demi sedikit, kerana kalau terlalu mendadak nanti anda akan cepat berputus asa.

2. JANGAN SKIP WAKTU MAKAN

Risiko apabila anda skip waktu makan yang sepatutnya adalah potensi untuk makan banyak disebabkan terlalu lapar.

Sebab itu, jangan skip sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Apabila anda makan mengikut jadual, maka anda dapat elak dari makan berlebihan.

3. BERHENTI BILA KENYANG

Hanya makan disebabkan rasa lapar dan bukannya stresatau rasa boring dan ingin kunyah sesuatu kerana ia boleh menyebabkan anda terlebih makan.

Jika diamalkan selalu, ia boleh menjadi tabiat buruk dan tidak elok untuk badan.

Kawal diri untuk berhenti makan apabila terasa perut sudah diisi.

4. MAKAN PERLAHAN-LAHAN

Antara tips diet yang berkesan adalah dengan meluangkan antara 20 hingga 30 minit untuk menikmati makanan.

Set masa dan makan perlahan-lahan. Makan dengan laju boleh menyebabkan anda makan berlebihan.

5. KURANGKAN GANGGUAN SEKELILING

Jangan main telefon, jangan asyik tengok TV sampai tak fokus pada makanan.

Sebaliknya, fokus pada apa yang anda makan.

Jika terlalu banyak gangguan, anda hilang fokus pada makanan dan berpotensi untuk makan berlebihan.

6. TUKAR SNEK DENGAN BUAH

Pastikan setiap hidangan mengandungi lebih daripada 50 peratus sayur-sayuran atau buah-buahan kerana ia rendah kalori.

Jadi tiada masalah jika anda makan lebih banyak sayur atau buah, malah ia cepat mengenyangkan dan dapat mengawal nafsu untuk makan makanan lain.

Kalau ke pejabat, pastikan bawa 2-3 biji epal, oren atau semangkuk anggur supaya anda boleh ‘mengunyah’ dengan sihat.

7. BANGUN DARI TEMPAT DUDUK

Jika terasa lapar, cuba bangun dari tempat duduk dan lakukan perkara yang boleh menghalang anda daripada makan.

Contohnya, melakukan kerja rumah yang lain seperti membasuh baju, mengemas, atau mandi.

Kalau di pejabat, mungkin anda boleh bangun untuk ke tandas atau berbual dengan rakan sekerja anda buat seketika.

Tips diet yang berkesan ini dapat membantu menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan.

8. MINUM BANYAK AIR

Apabila terasa ingin makan, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Kemudian, capai segelas air kosong dan minum dengan perlahan.

Sebagai variasi, anda boleh juga menikmati air lemon, limau nipis, teh halia, teh pudina, atau teh hijau – tapi yang tanpa gula ya. Boleh detoks sekali!

9. TIDUR SEBENTAR

Salah satu sebab yang buat kita rasa nak mengunyah adalah kerana keletihan atau kurang tidur.

Oleh itu, cuba dapatkan masa tidur berkualiti walaupun 10 minit. Anda akan berasa lebih segar setelah bangun dari tidur dan mencuci muka.

AMALKAN TIPS DIET YANG BERKESAN INI

Mengawal nafsu makan adalah prinsip nombor 1 dalam mengekalkan berat badan unggul.

Jika diikutkan nafsu makan memang boleh membinasakan diri. Memang susah tapi tak bermakna ia tidak boleh dilakukan.

Jadikan ia satu cabaran untuk diri sendiri dalam mengawal nafsu makan demi kesihatan diri untuk jangka masa yang panjang.

Makanan Sejuk Beku Juga Berkhasiat! Ini Alasannya…

Makanan sejuk beku adalah cara paling senang untuk orang bujang memasak. Ianya senang didapatkan, ringkas dan cepat! Penggunaan sejuk beku bukan sahaja pada makanan yang telah diproses begitu juga kepada makanan segar untuk diguna lebih lama.

Biasanya ia terkenal dengan sifat kurang bernutrisi dan tidak segar. Namun tidak semuanya begitu, masih ada alasan lagi untuk kita semua menikmati makanan sejuk beku.

Bijak memilih

Anda harus tahu bahan kandungan yang digunakan dalam makanan sejuk beku. Elakkan memilih yang mengandungi tinggi bahan pewarna, perasa tambahan dan bahan pengawet. Bagi menjaga kebaikan dalam pemakanan, anda harus elak dari membeli makanan sejuk beku mengandungi sodium, lemak trans dan gula (jika tiada pilihan ambil yang paling renda). Bagi sayuran dan buahan, periksa ia tidak dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Ingat! Kita sentiasa punya pilihan.

Segar campur sejuk beku

Mereka yang membeli makanan sejuk beku biasanya untuk menjaga bajet isi rumah. Jangan risau, jika anda rasa gusar dengan kesihatan melalui pemakanan. Anda sentiasa boleh campurkan bahan-bahan segar kedalam makanan sejuk beku, Sebagai contohnya, spagheti yang dimasak melalui microwave dihiaskan dengan salad tambahan. Selain itu, banyakkan memilih pek-pek makanan dari protein dan bijiran penuh.

Daging, buah dan sayuran

Buah-buahan dan sayuran yang disejuk beku lebih terjamin kesegarannya berbanding dengan yang diletakkan kaunter jualan. Alasannya buahan dan sayuran di kaunter terpaksa disembur dengan bahan-bahan kimia tertentu untuk terlihat segar dan lebih tahan lama. Berbeza yang disejuk beku hanya disimpan didalam keadaan sejuk. Begitu juga dengan daging sejuk beku, ia tidak terdedah dengan sebarang bahan pengawet dan harganya jauh lebih rendah. 

Biar jadi legasi, Permaisuri Agong seru pertahan seni jahitan tradisional

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menggesa seni jahitan tradisional kembali diperhebat.

Raja Permaisuri Agong berkata seni berkenaan wajar diwarisi generasi muda agar terus menjadi kebanggaan negara.

“Kita juga kena ajar anak-anak kita mengait, menganyam dan menyulam. Hidupkan kembali seni jahitan tradisional.

“Banyak lagi kraf sebagai warisan kita. Inilah sebabnya saya menjuarai dan mahu meninggalkannya sebagai legasi.

“Mari lakukannya demi Malaysia. Tunjukkan kepada jiran kita dan berbangga dengan seni kita,” tulis baginda di Twitter semalam.

Pandangan baginda mendapat sokongan penuh warga maya yang mahu swni jahitan tradisional terus dipelihara.

Walau ramai mengakui tidak berpeluang mendalami seni berkenaan, tidak kurang berkongsi gambar kehebatan mereka menyulam dan mengait.

Kebanyakan warga maya menyokong hasrat baginda, malah sekurang-kurangnya berbelas-belas dari kalangan mereka termasuk lelaki memuat naik foto hasil sulaman tangan mereka mahupun ahli keluarga ibu mereka.

“Alhamdulillah, arwah nenek ajar patik mengait masa umur sembilan tahun. Boleh jugak buat jualan kecil-kecilan,” kata Dayang Noor.

Kredit:Msn News

Kenali Bentuk Muka Yang Sesuai Untuk Hijabista

Untuk anda si penggemar hijabista, apa kata kenali bentuk muka yang mana sesuai dengan wajah anda apabila mengenakan hijab dibawah ini.

1. Bentuk muka bujur

Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.

2. Bentuk muka panjang (Long)

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

3. Bentuk muka bulat (Round)

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

4. Bentuk muka berpetak (Square)

Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

5. Bentuk segi tiga (Heart)

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Kredit: zayan

Teknik Susun Atur Barang Basah Dalam Peti Sejuk, Barang Tahan Lama & Senang Nak Cari!

“Penuhnya fridge! Nak ambil barang masak pun susah…”

Setiap kali selepas beli barang basah seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran apa yang anda perlu buat adalah simpankan barang-barang ini di dalam peti sejuk. Tetapi, setiap kali nak simpan pasti ada sahaja masalah seperti ruang yang tidak mencukupi dan masalah untuk mengambil barang tersebut ketika mahu memasak.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menyusun semua barangan yang dibeli menggunakan kaedah penyimpanan zip lock dan label seperti apa yang dikongsikan oleh wanita ini. Memang pasa awalnya anda akan rasa malas untuk menyusun atur barangan tersebut, tetapi apa yang memuaskan adalah peti sejuk akan kelihatan tersusun dan setiap kali nak masak pun mudah!

TEKNIK SUSUN ATUR BARANG BASAH, KEMAS DAN MUDAH NAK MASAK!

Balik beli groceries, rehat kejap, pastu bukak lagu duduk dapur sorang-sorang cuci ayam, cuci ikan, packing sayur sayur. My kind of me time. 2-3 jam penat berbaloi sebab urusan masak jadi mudah, duit pun jimat sebab cara simpan betul tak cepat rosak.

1. Ayam ana pack 2-3 ketul satu pack untuk sekali masak. Sebelum ni buat 4 ketul tapi kalini size ayam besar. Makan jimat jimat sikit pasni. So kecikkan size. Ana dengan suami je makan laukz Anak2 biasa makan isi2 ayam buat sup,pasta or telur. Sekali beli 3 ekor dapat 13 packs

2. Sayur berdaun tak basuh terus potong. Lapik tisu dapur dalam ziplock bag, masuk sayur.

• Cili2 basuh, buang tangkai, lapik tisu dapur, letak cili & bawang putih.

• Halia Lengkuas Cekur Carrot simpan dalam bekas/balang isi air.

• daun2 herbs: D.limau, d.kari, d.sup, d.ketumbar, d.kunyit semua dlm ziplock/bekas simpan dlm freezer

• Labu tu ana simpan terus dalam ziplock dah seminggu masih tak berubah rupa.

• Sayur-sayur belakang labu tu semua dah seminggu tapi masih elok cantik.

3. Kobis potong size kecik sikit untuk sekali masak pastu wrap pakai plastik wrap. Ana tak buat sbb plastik wrap habis pulekkk.

• Tomato simpan tempat terbuka lapik tisu dapur.

• Timun jepun ana try simpan dlm ziplock sekali sayur2 tu minggu lepas. Masih cantik sampai now.

4. Bawang-bawang kentang dalam bakul ajaaa. Biar suhu bilik and kering.

Barulah kemas dan setiap kali nak masak, menjadi mudah!

Sumber: @Anasulianna

Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Payah Proses Lama-Lama!

Bila bercakap soal masakan, cili kisar adalah antara bahan masakan yang sering digunakan oleh semua tukang masak. Cili kisar juga ada yang sudah dijual didalam paket dan ada juga yang dibuat sendiri. Cili kisar buatan sendiri ini sering dibuat oleh suri rumah.

Tetapi apabila membuat cili kisar sendiri, apa yang paling rumit ialah hendak membuang biji cili kering. Ini kerana bukan mudah untuk membuang bijinya, ia memakan masa dan leceh untuk dibuat. Jika tidak dibuang bijinya, ianya tidak bagus untuk kesihatan. Namun ada cara cara yang senang boleh digunakan untuk membuang biji cili ini. Perkongsian di facebook Mama G Food Industries ini memberi cara mudah untuk anda membuang biji cili.

CARA MUDAH BUANG BIJI CILI

Pertama sekali, rebus cili didalam periuk/kuali sehingga cili lembut.

Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting besar (kami guna gunting pokok tu) untuk potong cili. Potongan menggunakan gunting adalah sangat mudah ketika ini kerana cili sudah lembut, seperti gunting air saja. Ringan.

Apabila sudah puas hati semua cili telah siap dipotong. Tutupkan api dan rehatkan seketika. Nampakkan berapa banyak biji cili dah keluar tu?

Kemudian, sediakan satu besen air. Ambil satu tapis yang berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.

Bila bercakap soal masakan, cili kisar adalah antara bahan masakan yang sering digunakan oleh semua tukang masak. Cili kisar juga ada yang sudah dijual didalam paket dan ada juga yang dibuat sendiri. Cili kisar buatan sendiri ini sering dibuat oleh suri rumah.

Tetapi apabila membuat cili kisar sendiri, apa yang paling rumit ialah hendak membuang biji cili kering. Ini kerana bukan mudah untuk membuang bijinya, ia memakan masa dan leceh untuk dibuat. Jika tidak dibuang bijinya, ianya tidak bagus untuk kesihatan. Namun ada cara cara yang senang boleh digunakan untuk membuang biji cili ini. Perkongsian di facebook Mama G Food Industries ini memberi cara mudah untuk anda membuang biji cili.

CARA MUDAH BUANG BIJI CILI

Pertama sekali, rebus cili didalam periuk/kuali sehingga cili lembut.

Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting besar (kami guna gunting pokok tu) untuk potong cili. Potongan menggunakan gunting adalah sangat mudah ketika ini kerana cili sudah lembut, seperti gunting air saja. Ringan.

Apabila sudah puas hati semua cili telah siap dipotong. Tutupkan api dan rehatkan seketika. Nampakkan berapa banyak biji cili dah keluar tu?

Kemudian, sediakan satu besen air. Ambil satu tapis yang berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.

Didalam besen, goyangkan penapis dalam bentuk bulatan & atas bawah. Anda akan dapat lihat semua biji cili jatuh ke bawah dan cili masih berada di atas penapis. Ulang step ini sehingga selesai.

Kalau tiada penapis, guna bakul pun boleh, janji lubangnya besar. Selain membuang biji cili, habuk cili juga dapat dibersihkan.

Hasilnya! Jangan risau memang akan ada biji cili sikit sikit lagi, memang kena ada kalau tidak sambal anda tidak pedas langsung nanti. Teknik yang dikongsikan ini dibuat untuk 2 kilogram cili kering. Selamat mencuba!

Kredit : Sirap Limau

INFO & TIPS : KENALI JENIS – JENIS TEPUNG

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR

 

Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik berserta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayakkan 250gm tepung gandum dengan 1 sudu makan serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR


Tepung Superfine, teksturnya halus seperti self raising flour namun tiada sebarang bahan penaik didalamnya. Tepung ini dikatogerikan sebagai tepung low protien.


TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT

Tepung Rose ada mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut. Biskut yang diperbuat dengan tepung rose akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum. Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top atau Tepung cookies. Ianya amat sesuai untuk membuat biskut almond london.



TEPUNG HONG KONG

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih dan sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). 

TEPUNG PULUT

Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Ianya dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. 


Tepung ini juga mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksudkan dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah tetapi beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Ianya kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna.

TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA



Tepung wholemeal atau tepung atta banyak mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak. Sesuai untuk membuat roti gandum dan capati. Hasil roti atau muffin yang menggunakan tepung ini agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE

epung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran tepung jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow). 


Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Pembuatan Kuih Lapis ada menggunakan tepung ini.

TEPUNG KASTAD

Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek menjadi lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. 


TEPUNG UBI

Tepung kanji adalah tepung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
 

Tepung jagung fungsinya untuk memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi. Ianya berasal daripada biji jagung.


TEPUNG BERAS

Terdiri dari gluten-free, diperbuat daripada beras yang dimesin halus. Banyak digunakan dalam membuat kuih tradisional [kueh apam, lapis, talam] dan juga sebagai bancuhan gorengan kueh, Juga untuk pembuatan bihun dan laksa.




TEPUNG SAGU


Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bahagian tengah pohon sagu. Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng ataupun keropok.

TEPUNG KEK

Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yang agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali

TEPUNG OPTIMA
 

Tepung Optima

Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya. Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk membuat Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

TEPUNG KACANG HIJAU

Selalu digunakan untuk membuat kuih koleh kacang dan kuih tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee.

TEPUNG BISKUT MARIE
 

Sejenis tepung yang selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daripada biskut marie yang dikisar halus dan diayakkan. 

Kredit: Totabakedesign

LIMA PERBEZAAN CARA MENDIDIK ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan sendiri. Begitu juga dengan anak lelaki dan perempuan. Pendekatan berlainan juga perlu digunakan untuk mendidik dan menambat hati mereka. Semoga kita dapat lebih mengenali anak kita.

5 PERBEZAAN CARA MENDIDIK ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN

1. SEMASA PERINGKAT USIA BAYI

Anak Lelaki: Mudah bertindak balas terhadap rangsangan fizikal dan suka mengajuk gerak-geri tubuh berbanding bunyian atau nyanyian.

Maka, mereka lebih mudah terhibur apabila ibu ayah menari, membuat wajah lucu berbanding berceloteh atau membacakan buku cerita untuk mereka.

Anak Perempuan: Amat gemar terhadap ‘eye contact’, bunyi-bunyian dan amat suka kalau orang berbual dengan mereka. Tidak hairanlah anak perempuan biasanya petah bercakap dan lebih cepat mahir dalam kemahiran ini sejak usia kecil berbanding anak lelaki yang lambat bercakap.

2. SEWAKTU MENASIHATI MEREKA

Anak Lelaki: anak lelaki amat menghormati ‘tindakan’ berbanding ‘kata-kata’. Maka cara terbaik untuk memastikan mereka patuh dengan nasihat adalah dengan menunjukkan contoh atau ‘role model’ yang baik.

Nasihat panjang lebar berkemungkinan besar tidak akan berkesan. Tetapi, sebenarnya anak lelaki adalah lebih sensitif berbanding perempuan dan kalau menangis, mereka lebih sukar ditenangkan.

Anak Perempuan: Anak perempuan pula mementingkan hubungan dan lebih senang mendengar kata-kata daripada mereka yang dekat di hati mereka. Maka, ibu ayah perlu selalu bercerita dengan mereka, bermain dengan mereka, dan selalu ada di samping mereka. Hubungan yang rapat memudahkan mereka menerima nasihat kita.

3. APABILA MEREKA TIDAK BERSETUJU

Anak Lelaki: Akan mendiamkan diri dan sukar memberitahu kekecewaan dalam hati mereka. Oleh kerana tidak begitu mahir dalam mengekspresikannya melalui perkataan, anak lelaki cenderung menunjukkan kekerasan seperti memukul, menendang, atau membaling barang.

Anak lelaki perlu diingatkan bahawa suara mereka sentiasa didengari. Biarkan anak bertenang dan ambil masa untuk mendengarkan apa yang mereka ingin katakan.

Anak Perempuan: Anak perempuan pula lebih cenderung untuk menjerit dan mengatakan perkataan yang mungkin mengejutkan anda seperti “Saya benci Ibu!” atau “Adik jahat!” .

Jangan terkejut kerana mereka lebih cepat menangkap perkataan dan sedang belajar menggunakannya dengan cara yang paling efektif. lebih mementingkan perasaan orang sekeliling dan kadangkala sanggup menanam hasrat sendiri.

4. JIKA ANAK BEREBUT ATAU MEMBUAT ‘PERANGAI’

Anak Lelaki: Beritahu mereka secara ‘direct’ seperti mengatakan: “Jangan ambil permainan adik. Bagi dia semula sekarang juga!” Cukup.

Mereka akan bertindak dan tidak perlu penerangan yang panjang lebar seperti “Janganlah buat begitu, abang ni tak sayang adik ke? Berapa kali nak cakap? Kan Ibu dah belikan abang yang sama juga semalam.”

Anak Perempuan: Untuk mendidik anak perempuan, mereka perlukan kritikan yang membina dan sedikit pujian seperti “Kakak kan selalunya baik, pandai kongsi mainan. Janganlah rampas mainan kawan tu. Kalau kawan kakak ambil mainan kakak, mesti kakak pun akan sedih kan?”

Kadangkala, cakap begini pun mereka akan menangis.

5. JIKA MEREKA MAHUKAN SESUATU DI KEDAI

Anak Lelaki: Menurut laman web supernanny.co.uk, anak lelaki biasanya mahukan keputusan secepat mungkin dan akan menjadi lebih tidak terkawal jika anda menjawab “Nantilah, kita tengok dulu barang lain.”

Keadaan ini boleh membuat mereka mula buat perangai dan memberontak. Mereka perlu diberitahu bahawa anda dengar kemahuan mereka, Tetapi anda tidak akan membelinya sekarang juga.

Jadi, lebih elok anda beritahu mereka secepatnya, “Maaf sayang, ibu tahu Aiman suka kereta kebal itu. Tapi, kita tak boleh beli mainan hari ini. Ibu cuma bawa duit cukup untuk beli sayur dan ikan saja.”

Anak Perempuan: Anak perempuan mungkin akan merungut apabila anda meminta mereka untuk menunggu. Tapi, kajian menunjukkan anak perempuan lebih mudah menerima penolakan jika anda bijak berdiplomasi dengannya.

Hargai tindakan mereka dan elok juga anda tawarkan sesuatu yang lain, “Baiknya kamu hari ini sebab dengar cakap. Alhamdulillah. Nanti mama masakkan sup ayam kegemaran Alia ya.”

SEIMBANGKAN KEPERLUAN ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Secara ringkasnya, anak lelaki perlu diajar agar lebih bersikap verbal kerana mereka bijak menggunakan fizikal dan berfikiran logik secara semula jadi.

Manakala untuk mendidik anak perempuan pula, ibu bapa tidak sewajarnya melupakan fokus terhadap mental dan emosi mereka supaya lebih yakin diri dan tidak terlalu menurut kemahuan orang lain. Ini kerana, mereka cenderung untuk cuba menggembirakan orang yang mereka sayangi hingga lupa terhadap kemahuan sendiri.

Walaubagaimanapun, mungkin juga anak anda cenderung bersikap dengan sikap yang berlawanan atas faktor lain. Maka, luangkanlah masa untuk mengenali mereka supaya anda dapat mendekati mereka secara lebih berkesan.

Sumber:siraplimau

Simpan Ubat Demam Dalam Peti Ais. Berkesankah?

ParacetamolUbat Demam

TAHUKAH ANDA BAHAYA SEBENARNYA KALAU KITA SIMPAN UBAT DEMAM PARACETAMOL LAMA-LAMA DALAM PETI SEJUK?

Ikuti perkongsian seorang doktor di page FBnya.

Dulu saya selalu rasa pelik. Kenapalah ramai mak ayah yang bawak anak jumpa kami beritahu demam panas si kecil tu tak kebah padahal dah suapkan ubat demam masa kat rumah.

Rupa-rupanya anak tu dah diberikan ubat demam yang tersimpan lama kat dalam peti sejuk. Kemungkinan besar ubat tu dah pun rosak dan tak berkesan! Patutlah budak tu asyik merengek je, badan panas suhu tak turun-turun.

Demam tu asalnya masa dibotolkan kat kilang ubat, ianya dah terisi dengan clean air. Ada jugak yang diisi dengan nitrogen. Cecair ubat tu pulak dah dicampur siap-siap preservatives sebab nak cegah pembiakan bakteria dalam ubat tu. Cuma masa kita bukak penutup botol ubat demam tu, clean air tadi tu akan terkeluar lalu udara biasa mula masuk ke dalam. Sebab tu tak bagus simpan ubat demam yang dah dibuka lama-lama sebab udara biasa tu mengandungi bakteria dan kulat.

Lagi satu kesilapan kita biasanya kita pergi pulak letak ubat demam tadi tu simpan berbulan-bulan lama kat dalam peti sejuk. Padahal suhu yang rendah dalam peti sejuk tu akan buatkan proses kondensasi berlaku kat dalam botol ubat tu. Kalau tak percaya, nanti bukaklah bahagian dalam penutup botol dan boleh nampak wap air berkumpul kat situ. Wap air tu tak ada bahan pengawet. Bakteria dan kuman senang sangat nak membiak bila wap air tu bercampur dengan ubat. Elok-elok kita ingat ubat demam tu tahan lama kat dalam peti sejuk, rupa-rupanya kita yang jadi punca bakteria membiak sampai rosakkan ubat. Lepas tu kita jugaklah yang duk suap ubat rosak tu kat anak dan pening kepala sebab demam si kecil tu tak kebah-kebah. Aduh.

Jadi nasihat saya, ubat demam kat rumah kita tu letak je kat tempat kering pada suhu bilik. Paling bagus tak payah simpan lagi dah bila anak dah sihat. Tapi… kalau nak simpan jugak, paling lama cukup 2 bulan buang aje walaupun masih ada baki.

Harapnya korang tak simpan dah ubat demam lama-lama kat dalam peti sejuk lepas tahu info ni ya. Tolong sebarkan ilmu yang sangat penting ni pada mak ayah yang lain juga. Kesian sangat kat anak-anak yang terpaksa menanggung demam panas sebab mak ayah tersilap berikan ubat demam yang dah rosak.

Kehamilan Luar Rahim Boleh Mengancam Nyawa Ibu

EctopicEctopic pregnancy

APA ITU KEHAMILAN LUAR RAHIM (EKTOPIK)?

Kehamilan ektopik berasal dari perkataan Greek (ektopas) yang bermaksud ‘di luar tempat’ atau kehamilan di luar rahim.

1 hingga 2 peratus kehamilan adalah kehamilan ektopik. Daripada jumlah ini, 98 peratus merupakan kehamilan ektopik dalam tiub fallopian (rajah 1). Kehamilan ektopik lain termasuklah rongga abdomen, ovari, cornu rahim dan serviks.

Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Kehamilan ektopik adalah punca utama kematian dalam kalangan wanita yang hamil (bagi 3 bulan yang pertama). Bilangan kehamilan ektopik hari ini semakin meningkat. Oleh itu, perkara ini perlu difahami dengan lebih lanjut.

Mengapakah kehamilan ektopik berlaku?

Telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui Tiub Fallopian. Di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan ini akan menempel di luar rahim dan terjadinya kandungan luar rahim.

Bilakah kehamilan ektopik biasanya berlaku?

Kehamilan di luar rahim biasanya dikenal pasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid.

Apakah simptom-simptom kehamilan luar rahim ?

Setiap wanita yang mengalami masalah ini mempunyai gejala yang berbeza-beza.

a. Pendarahan faraj yang tidak normal

– Tompokan darah mungkin kelihatan, ataupun anda mengalami pendarahan yang bukan seperti haid

b. Sakit di bahagian bawah perut

– Datang secara tiba-tiba untuk beberapa hari, dan boleh terjadi pada sebelah bahagian sahaja.

c. Sakit pada bahu ( shoulder tip pain )

– Sakit ini disebabkan darah yang terkumpul di dalam ruang abdomen akibat kehamilan luar rahim yang telah pecah.

Siapa yang berisiko?

a. Mempunyai sejarah mengandung luar rahim

– Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.

b. Hamil melalui kaedah IVF.

– Perlumembuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.

c. Pernah membuat pembedahan di bahagian perut

* Termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).

d. Pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease – PID)

– Sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio.

e. IUD atau pil perancang

– Mengandung walaupun telah memakai IUD dan memakan pil perancangan keluarga yang mengandungi hormon progesteron sahaja ( mini Pill) f. Merokok

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya syak bahawa saya hamil di luar rahim?

a. Ujian kehamilan(Pregnancy test)

– Sampel kencing akan diminta untuk melakukan ujian ini. Jika keputusan nya negatif, biasanya ianya bukanlah kehamilan luar rahim.

b. Pemeriksaan ultrasound

– Transvaginal scan lebih tepat berbanding transabdominal scan untuk mengenalpasti lokasi sebenar kehamilan.

c. Pemeriksan darah (beta-HCG)

– Ujian darah ini akan dijalankan setiap 48 jam. Jika hormon ini meningkat sebanyak 63% setiap 48jam ( doubling time ) maka kehamilan selalunya berada di dalam rahim. jika paras hormon in rendah dan tidak meningkat, berkemungkinan besar kandungan luar rahim.

d. Laparoskopi

– Jika tiub anda telah pecah, perlu terus dibedah.

<b>Rawatan</b>

a. Rawatan konservatif

– Tiada simptom dan tidak pecah serta tiada pendarahan pelvis. Wanita ini perlu diberi kaunseling sewajarnya.

b. Rawatan perubatan (suntikan methotrexate)

– Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu.

c. Pembedahan( Laparoskopi)

– Menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka.

Apakah kebarangkalian untuk mengalami kehamilan ektopik lagi?

Untuk kebanyakan wanita, kehamilan luar rahim ini terjadi sekali sahaja. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peluang anda mendapat sekali lagi kehamilan luar rahim meningkat 7-10%.

Masihkah ada peluang mengandung lagi?

Secara umum, 65 hingga 70 peratus wanita dengan sejarah kehamilan ektopik akan hamil lagi dalam tempoh 18 bulan. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua tiub fallopian rosak atau pecah, anda perlu menjalani rawatan kemandulan (IVF) untuk hamil pada masa depan.

Adakah selepas ikat peranakan(BTL) risiko hamil luar rahim lebih tinggi?

Ya. 1000 wanita yang menjalani bilateral tubul ligation(BTL),4 orang akan hamil. Nisbah kegagalan BTL(failure rate) 4 dalam 1000. Jika hamil selepas kaedah ini, sila berjumpa dengan doktor di awal kehamilan kerana risiko yang tinggi hamil luar rahim.

Berapa lamakah saya harus menunggu sebelum mencuba lagi?

Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi. Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.

SUMBER: FB Dr. Ahmad Samhan

http://www.myhealth.gov.my/kehamilan-ektopik/ https://medium.com/