KISAH-KISAH MISTERI SEORANG PENYELAM LAUT DALAM

Kisah-kisah misteri seorang penyelam laut dalam.

Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai pengakuan seorang penyelam dasar laut (nama dirahsiakan) di US yang telah menulis di Reddit mengenai pengalaman anehnya sepanjang 20 tahun bekerja sebagai seorang penyelam dasar laut commercial (Deep sea diver).

Mungkin benar atau tidak, tapi saya tetap percaya bahawa laut merupakan kawasan makhluk-makhluk yangg tidak pernah kita lihat dari segi fizikal mahupun ghaib. Ini semua termasuk dalam kekuasaan dan pengetahuan Allah semata-mata.

“Saya seorang penyelam laut dalam yang bekerja dengan sebuah syarikat yang membuat kerja-kerja penyelaman untuk tujuan komersial dan juga ketenteraan. Khidmat-khidmat seperti ‘salvage & rescue’ (pemulihan dan pertolongan), ‘deep sea demolition’ ( letupan di lautan dalam) ‘rig n vessel repair’ ( pembaikian kapal dan rig ) dan pelbagai lagi kerja penyelaman yg tidak dibuat oleh orang biasa.


kredit: google


Sudah beratus ekspedisi selam dilakukan dan kebiasaannya memang normal. Tetapi ada juga kejadian yangg tidak masuk akal dan menakutkan. Ini membuatkan saya berfikir masak-masak sama ada untuk bersara dan membuat kerja lain.

——————————————————————————————————

Peristiwa 1 : Duit cengkerang kerajaan lautan dalaM
——————————————————————————————————-
Satu hari kami diberi tugasan khas untuk membaiki kapal di lautan dalam. Jarak laut dengan daratan mungkin dalam 300 batu nautika. Ketika melakukan tugasan, salah satu propeller kapal menghadapi kesukaran akibat tersangkut dengan tali-tali tebal jala pukat kapal tunda. Saya mengenakan sut selam dan terus ke bawah kapal utk memotong tali-tali pukat. Saya membawa sebuah beg kedap udara berisi peralatan yg diperlukan. Selesai kerja, saya masukkan semula peralatan ke dalam beg tersebut dan naik semula ke atas kapal.

Tapi, satu perkara pelik berlaku. Ketika membuat pemeriksaan ke atas gear dan beg peralatan, dalam beg tersebut penuh dgn cengkerang siput yg beraneka jenis. Yangg menariknya, setiap cangkerang tersebut seolah-olah ada tulisan dan simbol yangg tidak menyerupai bahasa manusia dan ia seperti satu matawang kerana setiap cangkerang mempunyai tulisan hieroglif yg menggambarkan ia mempunyai nilai. Saya terus bertanya kepada penyelam senior yang lain dan mereka pun pernah mengalami perkara yang sama. Namun, mereka buat tak tahu dan bawa balik ke rumah sebagai kenangan.

——————————————————————————————————
Kisah 2 : Operasi mencari jet pejuang tentera
——————————————————————————————————
Satu hari kami diberi tugasan dari tentera udara US yg bertaraf Level 4 iaitu ‘Sangat Rahsia dan Sulit.’ Ia melibatkan operasi mencari satu jet pejuang tentera yg terhempas di lautan Atlantik. Kami diberi taklimat oleh Pegawai Operasi bahawa tugas kami adalah untuk mengenal pasti lokasi kapal terbang terhempas dan melakukan penyelaman utk memastikan keadaan bangkai pesawat di dasar laut. Difahamkan dua orang juruterbang terhempas bersama.

Dua orang juruselam termasuk saya ditugaskan unttk turun ke bawah. Kami dibawa oleh kapal tentera ke lokasi jet yg disyaki terhempas. Kami dipakaikan peralatan selaman laut dalam dan diturunkan menggunakan kabel jauh ke dalam laut. Perlu difahamkan yg peralatan kami guna dan pakai bukan seperti scuba gear, sebaliknya kami memakai pakaian besi berupa seperti astronaut kerana tekanan bawah laut sedalam lebih 300 meter adalah tersangat kuat.

Dari kejauhan, kami dapat lihat bangkai tersebut terletak di dasar laut. Anehnya, bangkai jet tersebut terletak di satu tempat seperti padang pasir yang tidak ada apa pun di sekelilingnya. Kebiasaannya, pasti ada terumbu mati atau benda-benda lain di sekeliling kapal yangg terhempas ke dasar laut.

Tiba di bangkai jet, kami tidak nampak sebarang kerosakan atau apa-apa kecacatan pun pada badan, sayap atau kokpit jet. Ini mustahil kerana kapal terbang yg terhempas dan kelajuan tinggi menjunam ke laut ibarat terhempas ke atas simen konkrit. Ia pasti akan berkecai dan sisa-sisanya bertaburan.

Apa yang lebih pelik, ketika kami mengintai ke dalam kokpit, tidak ada mayat juruterbang di dalamnya. Kami hanya melihat gambar keluarga juruterbang terselit di tempat duduk. Yang lainnya tidak ada tanda-tanda menunjukkan ada juruterbang di dalam kapal tersebut. Pegawai Operasi mengesahkan sepatutnya ada dua juruterbang yang memandu jet pejuang itu.

Kami terus melaporkan kepada penyelia operasi dan selesai kerja kami, tentera mengambil alih operasi dan tidak ada lagi berita mengenai operasi tersebut.



——————————————————————————————————-
Peristiwa 3 : Buih udara siapa?
——————————————————————————————————-
Satu lagi peristiwa misteri dan menakutkan berlaku di satu lokasi laut dalam bagi tujuan pencarian sisa-sisa kapal.

Kebiasaannya bergantung kepada kerumitan dan besarnya sesuatu projek, minima akan ada dua penyelam manakala dua lagi akan berada di atas kapal bagi tujuan menyelia serta menjaga peralatan penyelam di dalam laut.

Satu cara utk mengenal pasti kedudukan penyelam di dalam laut adalah berdasarkan buih-buih yg timbul di permukaan air. Bila seorang penyelam bernafas ke luar, udara akan dilepaskan daripada peralatan dan buih akan naik ke atas. Dengan cara ini, mereka di atas boleh tahu sama ada penyelam berada di mana dan dalam situasi bahaya atau tidak.

Saya berada di atas kapal dan ditugaskan menjaga peralatan penyelam yg berada di bawah lautan. Selepas tempoh lebih kurang 40 minit operasi selam, kelihatan lebih kurang 10 meter satu jujukan buih udara yg timbul ke permukaan laut.  Memandangkan kami berada ratusan kilometer dari darat dan tiada kapal lain yang menjalankan operasi selain kapal kami, maka mustahil ada penyelam lain terlibat sekali.

Saya terus beritahu penyelia projek dan beliau kata mungkin arus yg membawa buih tersebut. Kemudian, kami di atas bot terdengar bunyi seperti jeritan haiwan yang amat nyaring datang dari laut kemudian sunyi sepi. Kami terus memberi isyarat kepada penyelam-penyelam dan bertanya jika ada apa-apa yang aneh berlaku. Semua normal di dalam laut kata mereka.

Tetapi penyelia projek dan kru di atas kapal berasa tidak sedap hati dan memberi isyarat kepada penyelam-penyelam untuk naik ke atas. Firasat penyelia itu tepat sekali kerana kira-kira 20 meter, mereka dapat lihat seperti satu kumpulan buih yg amat banyak sedang bergerak ke lokasi penyelam mereka.

Kami terus diarahkan untyk menarik penyelam ke atas secepat mungkin dan walaupun ini amat membahayakan nyawa penyelam kerana mereka tidak dpt melalui proses decompress dengan cara yg betul, tetapi ia lebih baik daripada dikejar gelombang buih dalam lautan yangg mereka pun tidak tahu apa sebenarnya.



——————————————————————————————————-
Peristiwa 4 : Penyelamat tidak diundang.
——————————————————————————————————-
Sebahagian daripada tugas saya sebagai penyelam laut dalam dalam syarikat ini memerlukan kami menjalankan aktiviti sosial korporat (CSR) untuk masyarakat setempat bergantung kepada kepakaran kami. Salah satunya adalah menolong pihak berkuasa tempatan dalam operasi penyelamat jika berlaku sebarang bencana alam atau kemalangan.

Saya masih ingat lagi, satu tragedi di mana sebuah jambatan gantung telah roboh dan mengakibatkan berpuluh-puluh kenderaan jatuh ke dalam sungai di bawahnya. Kami dipanggil oleh pihak berkuasa utk membantu operasi menyelamat dan mengenal pasti jika ada mangsa yg hidup atau mati di dalam sungai.

Kami sebagai juruselam profesional dengan bertahun pengalaman sudah lali melihat bangkai kenderaan terhempas atau karam di dasar lautan. Kebiasaannya ia adalah kenderaan tentera atau komersial dan mangsa atau mayat yangg ditemui merupakan orang dewasa. Tetapi dalam kes ini ia sangat tragis kerana kebanyakannya adalah kenderaan awam dan mayat-mayat yg dikenal pasti adalah keluarga dan kanak-kanak yang dalam perjalanan bercuti sekolah.

Hari pertama kami membantu bomba dan medik unttk menyelam ke kawasan sungai yang deras dan dalam airnya. Keadaan air yg keruh dan kelam juga tidak menolong kami untuk mencari mayat. Kami dapat lihat kelibat pelbagai kenderaan berada dalam lubuk dan bertimpa antara satu sama lain. Saya dan seorang lagi penyelam ditugaskan mencari seberapa banyak mayat dan dibawa naik ke atas.

Hari pertama kami berjaya mengeluarkan enam mayat terdiri daripada dewasa dan juga kanak-kanak. Masih banyak lagi mayat yang dipercayai belum dijumpai berdasarkan anggaran kematian dan kehilangan orang oleh ketua operasi menyelamat.

Esoknya saya menyelam berseorangan kerana rakan seorang lagi terpaksa membuat tugasan lain. Saya mula menyelam dan mencari mangsa di dalam sebuah bas persiaran. Kelihatan bas sudah remuk kerana terhempas ke dasar sungai dan harapan untuk mencari badan mangsa dalam keadaan baik mungkin tipis. Saya masuk ke dalam mengikut tingkap bas dan pelik melihatkan keadaan dalam bas seolah-olah tidak ada penumpang. Bas tersebut hampir kosong. Saya mula risau jika ada pemangsa besar seperti ikan atau buaya yg mendiami sungai itu dan memakan mayat-mayat penumpang.

Kemudian, saya beralih arah ke satu kenderaan minivan. Seperti tadi, tiada mayat yg dijumpai dan saya cuba utk bersangka baik bahawa ada penyelam lain yang telah tolong membawa mayat ke daratan. Tiba-tiba dari jauh, saya dapat lihat satu kelibat manusia berpakaian penyelam yang masuk ke dalam satu bangkai kereta tak jauh dari kedudukan saya. Hati saya mula lega kerana ada penyelamat lain menolong. Saya berenang menghampiri penyelam itu untuk membantunya.

Tetapi ada sesuatu yg tidak kena pada penyelam tersebut. Pakaian selam dan peralatan skubanya kelihatan agak lusuh sementara tangki skubanya sudah ada kesan karat dan berlumut. Sebagai seorang penyelam, ini adalah satu perkara yg paling tidak selamat dan profesional.

Saya hanya memerhati sahaja dari jarak 4 meter utk memantau penyelam tersebut. Tiba-tiba saya tersedar suatu perkara. Tiada buih udara yg keluar dari peralatan skubanya dan sepatutnya tidak ada penyelam lain yangg ditugaskan utk operasi penyelamatan selain syarikat saya. Saya menghampiri perlahan-lahan penyelam misteri tersebut dan saya cuba menarik perhatiannya. Dia masih sibuk mengeluarkan mangsa di dalam kereta itu. Tidak puas hati, saya berenang ke sebelahnya dan mencuit bahunya.

Apa yg berlaku kemudian membuatkan saya tergamam sekejap. Bila dia menoleh, saya dapat lihat ke dalam topeng skuba dan mukanya seperti daging reput yg telah lama di dalam air dan tiada mata dalam bebola melainkan dua biji cahaya merah. Lumut hijau menyelubungi badannya dan tangannya terasa seperti tulang.

Saya mula panik dan terus berenang secepat mungkin naik ke atas permukaan air. Dari belakang, saya dapat dengar suara daripada makhluk penyelam itu berkata: “Come back here. We need to help them!”

Esoknya, saya terus demam dan dikecualikan daripada mengikut operasi tersebut.



——————————————————————————————————-
Peristiwa 5 :  Makhluk apakah itu?
——————————————————————————————————-
Sebagai seorang penyelam laut dalam, sudah banyak jenis binatang laut dan ikan yg saya jumpai. Ada yang biasa, ada yang jarang ditemui dan ada juga yang tidak dikenal pasti spesies apa binatang tersebut.

Salah satu peristiwa yg menakutkan berlaku ketika kami membuat operasi mencari serpihan kapal di sebuah tempat di perairan Caribbean. Ia salah satu tempat yg lain dari biasa kerana airnya sangat jernih dan tidak sesejuk lautan atlantik.

Untuk tugasan ini, saya dan seorang lagi rakan penyelam diturunkan menggunakan platform besi dengan dinding kawat besi di sekelilingnya. Walau bagaimanapun  platform  tersebut terbuka di atasnya untuk memudahkan kami keluar dan naik ke atas permukaan.

Pemandangan yang jelas di dalam air yg jernih membolehkan kami menikmati suasana di dalam laut ketika diturunkan. Pelbagai hidupan air di terumbu karang dapat dilihat dan kawanan ikan berenang ke sana sini.

Ketika kami di kedalaman kira-kira 50 m, suasana sudah berubah dan air kelihatan biru dan kelam. Tidak ada bunyi atau kelihatan ikan-ikan melainkan mereka sahaja. Susana hening itu tiba-tiba berubah menjadi cemas kerana kami terasa seperti ada sesuatu benda yg besar melanggar platform kami dari bawah. Kami yg terkejut terus melihat ke bawah platform. Apa yang kami lihat sangat menakutkan kami.

Kami dapat lihat satu bayangan makhluk berupa ikan gergasi berukuran kira-kira 15m panjang dan 6m lebar sedang berenang di bawah platform kami. Ia berlegar-legar mengelilingi kami seolah-olah mengawasi penurunan platform tersebut. Saya cuba mengecam jenis ikan, tetapi sukar kerana penglihatan kelam dan ikan tersebut berada kira-kira 200 kaki daripada kami. Kami segera memberi isyarat ke atas kapal menandakan ada kecemasan.

Tiba-tiba kami merasakan suasana menjadi kelam dan ada bayangan bergerak di atas kami. Ikan gergasi itu kini sedang berenang di atas platform dan kali ini saya dapat lihat dengan lebih jelas makhluk tersebut. Ia lebih menyerupai jerung, tetapi kulitnya berwarna coklat kehitaman dan bersisik2 seperti cengkerang. Giginya pula seperti taring kecil, tetapi berlapis-lapis sgt tajam seperti pengisar. Kami tidak pernah melihat ikan tersebut sepanjang kami menyelam atau di mana-mana dalam buku atau gambar. Ia berenang-renang di atas kami seolah-olah sedang menunggu masa untuk kami keluar dari platform.

Kali ini rakan penyelam saya sudah mula panik dan memberi isyarat untuk naik ke atas. Tiba-tiba saya terasa satu hentakan di tepi dinding platform sehingga kami terhumban ke tepi. Dinding keluli itu remuk dan ternampak satu bentuk hentakan sehingga jelas kelihatan seperti muncung ikan. Saya terus menggunakan flare kecemasan dan membakar serta membalingnya keluar platform.

Kami dapat lihat ikan gergasi tersebut menjauhi platform dan kami terus beri isyarat kepada kapal supaya menarik kami ke atas. Kami tidak sanggup utk meneruskan operasi lagi. Ini bunuh diri namanya.

Sebaik sahaja kami naik ke atas, kami dapat lihat dengan jelas betapa remuknya dinding itu dan satu kali lagi hentakan sudah pasti akan meruntuhkan dinding dan kami akan terdedah pada maut….

KENALI 5 ANAK IBLIS & TUGASANNYA

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah ada menukilkan dalam karya agung beliau, Dahsyatnya Tipu Muslihat Iblis (Talbis Iblis) tentang berwaspada terhadap muslihat iblis.

Daripada Zaid bin Mujahid, beliau berkata, “Iblis mempunyai lima anak dan mereka ada tugas yang tersendiri.”

Mahu kenal anak-anak kesayangan mereka iblis?

  1. TSABR : menyertai manusia yang sedang ditimpa musibah agar manusia itu meronta, berteriak, memukul pipi dan wajah, meratap dan tidak rela, menolak ketetapan ALLAH SWT bahkan mempersalahkan-NYA.
     
  2. A’WAR : memperdaya dan menjerumuskan manusia ke lembah maksiat serta zina.
     
  3. MISWATH : membawa dan menyebar luas dusta serta fitnah.
     
  4. DASIM : memutuskan silaturrahim dan memecahbelahkan hubungan kekeluargaan khususnya di antara suami isteri.
     
  5. ZAKNABUR : bertugas menjadi penguasa pasar bagi mendorong penipuan dalam timbangan dan segala bentuk kejahatan ekonomi. Mungkin juga pembohongan testimoni salah satu daripada kerjanya juga.

Beringatlah wahai ibu bapa pada zaman moden sekarang… pantang nampak perkataan Arab yang sedap, pasti diletakkan sebagai nama anak mereka. Arab-arab juga, makna perlu diselidik terlebih dahulu. Jangan namakan anak-anak kita dengan nama-nama anak iblis ini pula!

APABILA TERLALU SIBUK BERKERJA KITA ABAIKAN PERKARA PENTING INI.

FAEDAH MEMBACA BAGI KANAK-KANAK YANG DIABAIKAN OLEH IBU-BAPA.

1. Membaca melatih otak anak
Membaca adalah satu tugas yang lebih kompleks dari menonton televisyen. Dengan membaca, ia dapat menguatkan jalinan-jalinan di dalam otak.

2. Membaca akan memperbaiki konsentrasi anak
Membaca memerlukan anak untuk duduk dan fokus. Jika ini dipraktikkan dan menjadi rutin, ia dapat melatih tahap konsentrasi anak.

Mulakan pembacaan awal dengan buku bergambar

3. Membaca mengajar anak tentang dunia di sekelilingnya.
Membaca membuka minda anak untuk mengetahui banyak perkara. Apabila membaca satu perkataan, dia mungkin bertanya pelbagai soalan.

4. Membaca akan menambah perbendaharaan kata dan meningkatkan skil bahasa anak.
Membaca akan mendedahkan anak dengan perbendaharaan kata yang lebih banyak dan ini akan meningkatkan skil membaca, menulis dan percakapannya.

5. Membaca akan membina imaginasi anak.
Membaca membuka dan meningkatkan imaginasi anak kerana anak suka membayangkan dan kemudian dia akan membina ayat untuk setiap pertanyaan.

6. Membaca akan banyak membantunya ketika di sekolah.
Anak yang mahir membaca adalah lebih berjaya ketika di sekolah.

7. Membaca juga adalah salah satu bentuk hiburan kepada anak.
Membaca juga boleh menjadi salah satu bentuk hiburan dengan mempelbagaikan aktiviti membaca seperti puzzle, suaikan, kuiz dan sebagainya.

8. Membaca boleh merehatkan anak dan menenangkannya.
Membaca memerlukan anak duduk dengan tenang. Ia dapat merehatkan minda dan juga badan.

Kredit sumber : Sirap Limau

KENAPA MATA MANUSIA BERBEZA-BEZA WARNA?

Mata merupakan organ unik yang berfungsi untuk mengesan rangsangan cahaya dan mempunyai bahagian otot paling aktif. Tahukah anda, anda boleh berkedip lima kali dalam satu saat?

Bukan itu sahaja, mata juga mempunyai pelbagai warna yang terbentuk daripada pigmentasi iris dan tindakbalas iris terhadap cahaya yang menembusinya. Berikut merupakan warna mata mengikut peratusan populasi di dunia;

Coklat

79% manusia mempunyai mata berwarna coklat. Warna tersebut terhasil daripada kandungan melanin yang tinggi di dalam iris, membuatkan mata berwarna coklat gelap atau coklat muda.

Warna mata ini sering terdapat dalam komuniti di Asia Timur, Asia Tenggara dan Afrika.

Ibu bapa bermata coklat belum tentu menghasilkan anak berwarna mata sama kerana variasi gen yang berbeza.

 

Biru

8 hingga 10% populasi dunia mempunyai mata berwarna biru yang terjadi disebabkan kandungan melanin yang rendah di lapisan hadapan iris. Dalam satu kajian oleh penganalisis dari Universiti Copenhagen, warna mata ini disebabkan satu mutasi genetik yang berlaku 10,000 tahun lalu.

Mutasi tersebut menghalang penghasilan melanin di dalam mata yang sepatutnya berlaku secara genetik. Populasi yang mempunyai warna mata ini kebanyakannya berasal di Eropah di mana Finland menjadi negara teramai rakyat bermata biru (89%).

Hazel

Warna hazel berlaku dari percampuran melanin dan penyebaran elastik cahaya dari zarah yang diameternya kurang daripada kira-kira 1/10 panjang gelombang (wavelength) cahaya. Hanya 5% populasi dunia mempunyai mata berwarna hazel.

Amber

Seperti pemilik mata hazel, 5% penduduk dunia memiliki warna mata amber. Warna ini terbentuk dengan kewujudan pigmen kuning bernama lipochrome yang membuatkan iris kelihatan berwarna tembaga dan keemas-emasan, membuatkan warna ini sukar dibezakan dengan warna hazel.

Jarang dijumpai dalam kalangan manusia, warna mata ini sering dilihat pada burung, ikan dan anjing.

Hijau

Warna mata ini cukup unik dengan hanya 2% populasi dunia bermata hijau. Warna ini terhasil daripada kandungan melanin yang rendah, kewujudan pigmen kuning lipochrome dan warna biru. Warna mata ini sering dimiliki di Barat, Utara dan negara di pusat Eropah.

Kelabu

Seperti mata biru, warna ini disebabkan kekurangan melanin di lapisan hadapan iris. Warna kelabu terjadi disebabkan penyebaran elastik cahaya dari zarah yang diameternya lebih besar dari panjang gelombang (wavelength) cahaya. Warna mata ini sering dijumpai dalam kalangan penduduk di Utara dan Timur Eropah.

Merah/Violet

Mereka yang mengalami albinisme sering mempunyai warna mata berwarna ungu atau merah. Hal ini disebabkan tahap melanin yang sangat rendah, menyebabkan salur darah dapat dilihat.

Heterochromia

Heterochromia merupakan fenomena yang jarang berlaku di mana seorang individu mempunyai dua warna mata berbeza. Ia boleh terjadi sejak lahir disebabkan genetik ataupun kerana kecederaan dan penggunaan ubat-ubatan.

Walau bagaimanapun, heterochromia yang disebabkan kecederaan dan reaksi ubat jarang berlaku berbanding faktor genetik.

Antara masalah genetik yang menyebabkan heterochromia berlaku ialah sindrom Bloch-Sulzberger, sindrom Horner’s dan sindrom Parry-Romberg.

Kredit artikel: Siakap Keli

AYAH, ANAK LELAKI DAN ERTI MASKULINITI

Peranan seorang ayah bukan hanya bekerja dan berusaha mencari rezeki dan memberi nafkah untuk keluarga. Ini hanyalah salah satu daripada banyak lagi peranan yang sama penting.

Kita sering bercakap tentang peri pentingnya figura ayah kepada anak perempuan, seolah-olah ayah itu tidak penting untuk anak lelaki. Seolah-olah ayah tidak perlu beri tumpuan kepada anak lelaki dan ayah tidak perlu berlemah lembut kepada anak lelaki. 

Walaupun anak lelaki manja dengan ibu, mungkin kerana sifat seorang ibu yang lebih membelai dan menyentuh emosi anak, sering mengalirkan air mata kerana anak, dan tertawa bersama anak, tetapi anak lelaki AMAT memerlukan figura ayah untuk mengajar mereka bagaimana caranya untuk menjadi seorang LELAKI. 

Ini adalah peranan yang tidak dapat dimainkan oleh ibu kerana ibu hanya boleh bercakap tentang teori tetapi tidak dapat tunjukkan caranya untuk diteladani anak lelaki.

Menjadi lelaki bukan hanya kelihatan maskulin, sado, dan bergaya macho. 
Ia lebih dari itu. 

1) Ayah yang lebih suka melepak dengan KAWAN hingga ke jauh malam dan ketika cuti, termasuklah ketagih melayan whatsapp grup, bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki menjadi pemimpin yang meletakkan keluarga sebagai PRIORITI satu hari nanti.

2) Ayah yang sering berlagak SOMBONG, menghina dan kasar dengan orang bawahan, pekedai, pekerja asing, penjaja, dan mereka yang berada di bawah bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki belajar HORMAT-MENGHORMATI sesama manusia.

3) Ayah yang gemar bergurau tentang SEKS, bergurau tentang poligami, dan perkara lucah sehinggakan semua perkara diseksual dan dilucahkan tanpa rasa jijik dan bersalah bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki membesar menghormati kaum wanita dan MELINDUNGI WANITA.

4) Ayah yang tidak mematuhi PERATURAN dan undang-undang, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dengan sengaja, mengambil sesuatu yang bukan haknya atau bukan hak keluarga atau anak-anak, menipu pembayaran, tidak membayar saman, membuang sampah keluar kereta, bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki menjadi individu yang BERAKHLAK DAN BERINTEGRITI dalam masyarakat kelak. 

5) Ayah yang sering TIADA kerana kesibukan dan tidak cuba mencuri masa ketika anak dan isteri memerlukan bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki menjadi individu yang PEDULI DAN PRIHATIN tentang isu dan masalah keluarga.

6) Ayah yang MALAS membantu kerja-kerja rumah, tidak sama-sama menguruskan anak-anak dan merasakan semuanya harus dipikul oleh isteri atau ibu bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki menjadi seorang suami dan ayah yang BERTANGGUNGJAWAB. 

7) Ayah yang tidak pernah MENGAJAK anak lelaki solat berjemaah bersama, tidak memberi penekanan kepada soal aqidah dan ibadah, bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki menjadi PEMIMPIN KELUARGA yang sakinah, mawaddah dan rahmah. 

Peranan seorang ayah kepada anak lelaki lebih dari mencari nafkah dan menjadi simbol gagah dan sado.
Anak lelaki belajar erti kelelakian dan menterjemahkan erti maskuliniti melalui apa yang dilihat, ditunjukkan dan dinasihati oleh seorang ayah. 
Ia akan meninggalkan kesan yang lebih kekal dan berpanjangan dalam diri seorang anak lelaki berbanding pengaruh rakan-rakan.

Kita berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal.

Kredit:
FB Noor Afidah Abu Bakar | Parent Connect Consultancy

15 TEKNIK HEBAT MENDIDIK ANAK-ANAK DARIPADA DATUK DR SHEIKH MUZAPHAR

Datuk Dr Sheikh Muszaphar seringkali berkongsi pelbagai tip mengenai keibubapaan di dalam Instagram beliau. Beliau sangat rapat bersama anak-anak dan sering meluangkan masa bersama mereka walaupun kita tahu beliau seorang yang sibuk.Memiliki empat orang anak hasil perkahwinan bersama Datin Dr. Halina Mohd Yunos. Dua daripada anak beliau adalah kembar.

Suka Kak Min nak kongsikan tip di bawah sebagai panduan kepada ibu bapa lain.

_______________________________________________________

Ikuti 15 tips daripada Dr Sheikh Muszaphar ini dalam mendidik dan membentuk anak-anak menjadi insan berjaya.

1. Say ‘I love you’ pada setiap anak at least 10 times a day.

2. Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti educational.

3. Gunakan sebaiknya Golden Age anak-anak, iaitu usia 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method) memandangkan fasa ini otak anak-anak sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.

4. Inspire & encourage your kids to push their limit so that they will be tough, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

5. Strict with your rules at the same time full of love.

6. Expose anak dengan macam2 aktiviti; Math, Flashcard, horse riding, aktiviti kebajikan dll. Anak akan cepat matang.

7. Kanak2 sukakan rutin. Stick with routine.

8. Children never get tired. So gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.

9. Communicate communicate communicate! Knee down & bend down bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting.

10. Never say ‘no’ (its a one way communication). Use a lot of ‘WHY’.

11. Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat.

12. Home environment. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.

13. Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.

14. Identify signs of stress & reschedule.

15. EDUCATION STARTS AT THE AGE OF 6, BUT LEARNING BEGINS AT BIRTH.

Kredit Instagramdrsheikhmuszaphar

TISU BASAH SEBAGAI ALAT ISTINJAK?

Istinjak dengan menggunakan tisu basah menurut kaedah istinjak selain air mutlak berdasarkan Mazhab Syafi’e tidak menepati syarat yang sempurna. Jika sesuatu proses menghilangkan najis tidak menepati syarat-syaratnya, maka proses itu tidak sah. Maksudnya seseorang itu masih lagi dikira sebagai menanggung najis.

Ini kerana tisu itu bersifat basah sedangkan antara syarat sah menggunakan bahan selain air untuk istinjak seperti bahan-bahan kesat (batu), ia mestilah kering sebagaimana yang disebut dalam kitab Nihayatul az-Zein fi Irsyad al-Mubtadi’in:

“Manakala syarat-syaratnya (istinjak dengan batu atau seumpamanya) menurut keadaan zatnya mestilah ia (batu atau bahan kesat) dalam bentuk pepejal (jamid), suci, mampu menanggalkan (objek najis), tidak dihormati dan tidak basah. Manakala bahan yang dihormati ialah makanan manusia atau jin.”

Imam Nawawi dalam kitab Raudah at-Tolibin menjelaskan bahawa beristinjak dengan bahan yang lembap atau basah tidak sah hukum penyucian itu:

“Jika seseorang itu beristinjak dengan batu yang lembap atau selainnya, maka ia tidak sah menurut pendapat yang sahih.”

Meskipun pada zahirnya nampak najis itu hilang, namun hakikatnya ia masih lagi kekal dan bercampur dengan bahan yang basah itu sedangkan bahan yang bercampur dengan najis tidak boleh menyucikan najis. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Ramli dalam kitab Nihayah al-Muhtaj:

“Jika seseorang beristinjak dengan batu yang basah, maka tidak sah istinjak itu kerana basahan itu menjadi najis dengan najis yang pada tempat (keluar najis), kemudian batu menajiskan tempat itu, maka hendaklah menggunakan air.”

Hukum fiqh dikeluarkan oleh para ulama melalui nas-nas syarak sama ada daripada al-Quran mahupun Sunnah, bukan melalui logik akal semata-mata. Jika merujuk kepada amalan-amalan Rasulullah SAW dalam beristinjak dengan batu, tiada riwayat yang menunjukkan baginda beristinjak dengan bahan pepejal yang basah. Jika ia akan menghilangkan ain (objek) najis, sudah tentu baginda akan mempraktikkan cara itu seperti membasahkan batu atau kain.

Sumber buku: 99 Soal Jawab Viral Netizen

Wanita Berhadas Besar Diharuskan Baca al-Quran Berbentuk Zikir & Doa

Setiap bulan, ada beberapa hari tertentu kaum Hawa tidak dapat menunaikan solat disebabkan uzur.

Begitu juga dengan al-Quran yang ditinggalkan sementara sehingga mereka benar-benar suci daripada hadas besar.

Persoalannya, bolehkah golongan wanita berhadas besar itu membaca ayat-ayat al-Quran yang menjadi kelazimannya saban hari seperti bacaan tiqa qul sebelum tidur?

Menjawab soalan itu, majoriti ulama melarang wanita membaca al-Quran dalam keadaan haid.

Itu merupakan pandangan ulama Mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali.

Adapun, sebahagian ulama Mazhab Maliki membenarkannya di samping belajar dan mengajarkan al-Quran.

Sementara Imam Ibnu Munzir, al-Syaukani dan al-San’ani berpandangan, jika wanita yang menghafaz al-Quran dan ingin mengulangi hafalan, maka dia diharuskan membaca al-Quran untuk mengulangi hafalan.

Imam al-Nawawi pula menyatakan, ia hanya boleh dibaca dalam hati sahaja tanpa menggerakkan lidah.

Jika ayat al-Quran yang berbentuk zikir harian sebagai bacaan doa, maka ia diharuskan.

Ia seperti bacaan Innalillahi wainna ilaihi rajiun pada Surah al-Baqarah, ayat 156, membaca tiga qul sebelum tidur dan selainnya selagi mana ia merupakan zikir ataupun doa, maka ia diharuskan.

Pandangan yang mengharuskan itu merupakan pendapat Imam al-Baghawi dan al-Rafie seperti dinukilkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmuk.

Maka, diharuskan membaca al-Quran yang berbentuk zikir dan doa dalam keadaan haid.

– Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis

4 JENIS ADIK-BERADIK YANG PERLU KITA TAHU

Ada 4 jenis adik-beradik yang kita kena tahu iaitu :

1. Sama Ibu dan Sama Abah → Adik beradik kandung

Ini  semua orang tahu. Kalau seIbu dan seBapa memang adik beradik kandung.

2. Lain Ibu dan Sama Abah → Adik beradik kandung

Nama lain : Adik Beradik Sebapa

Contohnya Abah kahwin buat kali ke-2, anak-anak dari emak pertama hasil perkahwinan abah yang sama dengan anak-anak emak kedua yang juga hasil perkahwinan abah yang sama adalah adik beradik kandung. 

Muhrim dan tidak wajib tutup aurat.

3. Sama Ibu dan Lain Abah → Adik beradik kandung

Nama lain : Adik beradik seibu

Ini paling ramai orang keliru. 

So, lepas ni jangan keliru pula ye. Masih dianggap adik-beradik kandung yang mahram.

4. Lain Ibu dan Lain Abah → Adik beradik tiri

Contohnya, Ibu A kahwin dengan Bapa A dan masing-masing ada anak hasil perkahwinan sebelum ni. Anak-anak Ibu A dan Anak-anak Bapa A adalah adik beradik tiri. 

Kredit : https://www.sayaiday.com

TIPS MEMILIH BUKU CERITA BERGAMBAR BUAT ANAK-ANAK

Buku cerita bergambar adalah buku yang berisi cerita yang dilengkapi gambar illustrasi cerita tersebut. Biasanya, cerita yang terkandung dalam buku cerita bergambar adalah cerita yang mengajarkan anak akan suatu hal. Misalnya, harus patuh kepada orang tua, gosok gigi sebelu m tidur, dan sebagainya. Buku cerita bergambar juga menjadi pembelajaran yang efektif kepada anak.

1. Tajuk buku.

Tepatkah dengan karakter anak kita? Pilih buku yang sesuai dengan anak dan minatnya. Ini mampu membantu anak-anak lebih mengemari buku tersebut.

Buku-buku yang mempunyai karakter animasi.

2. Cover buku.

 Menarik atau tidak. Pilih cover yang menarik perhatian anak-anak. Cover yang berwarna-warni, warna terang dan sebagainya.

Cover yang ceria dan warna-warni.

3. Isi kandungan buku.

Lihat isinya sekilas, adakah mampu memberi pengaruh positif bagi si anak. Pilih Isi kandungan atau cerita yang baik dan memberika pengajaran buat anak-anak.

4. Gambar atau illustrasi.

Gambar atau ilustrasi dengan warna-warna gambar yang menarik. Banyak buku yang isinya bagus tapi gambarnya kurang bagus, malah memberikan kesan mengerikan. Gambar pada buku cerita bergambar ini bertujuan untuk memberikan imaginasi atau gambaran visual kepada anak. Anak akan lebih cepat menyerap dan memahami cerita yang terkandung dalam buku. Ini kerana usia anak yang masih kecil masih dalam tahap berimaginasi, berfantasi, dan bermain. Ilustrasi gambar yang terdapat pada buku cerita bergambar sangat mudah diingat dan difahami si anak. Bahkan kadang-kadang tanpa dapat membaca, anak dapat “membaca” bukunya dengan caranya sendiri, iaitu “membaca gambar”. Anak dapat membina cerita sendiri walaupun masih belum petah bercakap.

5. Perkataan atau susunan ayat.

Buku yang bagus, susunan kata-katanya sangat sederhana dan mudah difahami. Tidak berbelit-belit dan tidak terlalu panjang ceritanya. Ini supaya informasi mudah difahami, anak boleh mengingat semula informasi yang pernah diterimanya. Mungkin anak akan terbayang-bayang gambar di dalam buku bila melihat sesuatu yang sama dengan gambar tersebut. 

6. Ketebalan buku.

Haruslah kita perhatikan juga ketebalan dari buku bergambar tersebut, jangan berikan anak – anak buku yang tebal. Sudahnya anak akan berasa bosan.

Sebenarnya banyak sekali kegunaan buku cerita bergambar untuk perkembangan anak. Selain untuk mengasah pemikiran anak, buku cerita bergambar ini juga bermanfaat dalam membentuk keperibadian anak dalam cerita yang diberikan. Contohnya teladan yang diberikan daripada cerita tersebut. 

Di sunting daripada : anaksayabijak.blogspot.com