Nak Wajah Berseri Dan Bersinar? Cuba Amalkan Tiga Air Ni

nak wajah berseri dan bersinar? cuba amalkan tiga air ni

Banyak je cara cara untuk menjaga kulit wajah agar sentiasa tampak sihat dan berseri. Salah satu cara atau tips yang paling mudah  adalah hanya minum 3 jenis air minuman ini.

 

Teh Hijau

Semua orang tahu kehebatan teh hijau.Banyak faeadahnya dan baik untuk kesihatan. Ia mengandungi antioksidan yang dapat menyeimbangkan hormone.

Susu Kunyit

Korang pernah tak dengar susu kunyit? Sememangnya Ia diperbuat daripada kunyit, dan susu. Minuman ini mengandungi antibakteria yang bantu mengurangkan kemerahan dan iritasi.

Air Suam

Tidak dinafikan air suam memang sangat digalakkan untuk diminum setiap masa. Pengamalan minum air suam pada awal pagi selepas tidur  melancarkan dan membuang segala toksin dalam badan dan sekali gus menaikkan seri wajah melalui dalaman anda.

Kesimpulannya, ketiga tiga air minuman itu perlu diamalkan setiap hari kalau nak wajah anda glowing glowing gitew! Mudah je kan? Kita just kena kekal hydrasi, minum air secukupnya, untuk menaikkan seri wajah.

Apa Itu Blackheads?

Cuba korang ambik masa untuk sentuh kejap kulit muka korang, rasa kulit muka korang macam mana? Berminyak tak? tak rata sebab rasa macam ada something kat dalam kulit muka korang kan? Kadang-kadang rasa macam gatal-gatal sikit dan ada kalanya korang macam nak picit je kan, tak kiralah blackheadswhiteheads atau pun jerawat yang memang membesar.

APA ITU BLACKHEADS?

Sebelum kita bercerita lebih tentang macam mana nak hilangkan blackheads. Mari kita rungkai dulu blackheads ini sebenarnya apa? OKAY! Bila pori-pori di muka korang tersumbat dengan minyak, serpihan micro dan sel-sel kulit mati. Ada 2 perkara yang boleh terjadi di permukaan kulit muka korang, iaitu blackheads atau whiteheads. Jadi punca yang berlakunya blackheads di muka adalah akibat pori-pori muka yang tersumbat dengan minyak serta sel-sel kulit yang mati.

BLACKHEAD VS WHITEHEAD

Tadi kita ada katakan terdapat dua perkara yang boleh terjadi di kulit korang (muka terutama sekali). Iaitu blackheads dan whiteheads. Tapi apa perbezaan antara blackheads dan whiteheads sebenarnya? Mungkin blackheads dan whiteheads kelihatan agak berbeza tapi kedua-duanya mempunyai sebab punca yang sama dan korang boleh merawat kedua-duanya dalam pada masa yang sama. Jerawat masih lagi jerawat, sama ada warnanya merah, putih atau hitam sekalipun. Blackheads dan whiteheads juga kita ketahui berpunca daripada sebab yang sama. Tetapi kedua-duanya jenis jerawat ini menghasilkan reaksi yang berbeza pada kulit.

Walaupun blackheads dan whiteheads berpunca daripada minyak, kulit mati serta bakteria yang terperangkap didalam pori-pori kulit. Perbezaan blackheads dan whiteheads adalah pori-pori blackheads yang tersumbat dan terperangkap kekal terbuka kepada udara, ini menyebabkan pertukaran warna tersebut kepada lebih gelap. Nama ilmiah untuk blackheads adalah open comedone.

Whiteheads pula terjadi apabila serpihan-serpihan micro seperti minyak, kulit mati dan bakteria terperangkap didalam pori-pori dan tidak meregangkan pori-pori dan pori-pori menutup sumbatan tersebut yang menjadikan benjolan berwarna putih atau kuning. Nama ilmiah untuk pula adalah closed comedones.

CUCI MUKA, SELALU!

Kita dah tahu dah apa dan bagaimana punca kepada blackheads dan whiteheads ni kan? Jadi sekarang kita nak kena tahu juga macam mana cara untuk mengatasi masalah kulit muka ni. Cara yang paling mudah dan simple tetapi perlukakan rutin yang konsisten adalah dengan mencuci muka korang setiap kali korang mandi. Mandi pagi pastikan korang cuci muka dan sebelum tidur juga pastikan korang cuci muka. Gunakan produk-produk pencuci muka seperti cleanser yang boleh didapati di kedai-kedai seperti farmasi atau kedai-kedai yang menjual produk penjagaan. Jangan korang guna sabun cuci badan untuk cuci muka sekali pulak, tak boleh tau!

Selain mencuci muka dengan sabun pencuci muka yang betul. Pastikan korang gunakan juga moisturiser untuk kulit muka korangmoisturiser membantu untuk mengekalkan kulit daripada kering dan kusam. Lebih elok kalau korang letak moisturiser sebaik selepas mencuci muka sebab ketika itulah pori-pori korang masih lagi segar terbuka.

JANGAN PICIT LAH

Ya kawan-kawan bila kulit atau kulit muka kita gatal, memang kita ada nafsu untuk garu ataupun lagi drastik, kita akan cuba untuk picit blackheadswhiteheads atau jerawat-jerawat yang makin membesar tu kan? Cara paling efektif sekali adalah untuk jangan picit, rawat dengan betul dengan mencuci muka dan mengunakan cream yang sesuai untuk muka korang.

Kalau korang degil dan picit jugak, ianya akan membuatkan permukaan kulit korang berdarah dan menyebabkan kesan parut pada kawasan jerawat tersebut. Bila perkara ini terjadi, maka korang perlukan pula masa untuk merawat kesan parut tersebut kerana ianya bukan sahaja parut tetapi akan meninggalkan kesan gelap dipermukaan kawasan tersebut. Terus hilang kehandsomeman korang nanti huhuhu

Kenapa Pemeriksaan Kesihatan Penting Kepada Manusia Yang Bernyawa

Manusia bukan robot. Setiap manusia yang bernyawa kat dunia ni terdedah kepada macam-macam penyakit. Mungkin sekarang ni kita rasa dah cukup sihat dan mampu melakukan macam-macam aktiviti. Tapi, untuk jangka masa yang panjang, takde siapa yang boleh jangka penyakit apa yang bakal dihadapi oleh setiap manusia suatu hari nanti.

Ini lah sebabnya kenapa pemeriksaan kesihatan sangat penting untuk kita, manusia. Pemeriksaan kesihatan mampu untuk mengesan sebarang risiko penyakit yang mungkin dialami oleh setiap manusia. Paling penting, pemeriksaan kesihatan mampu untuk menyelamatkan nyawa. Mencegah lebih baik daripada merawat, betul?

Antara penyakit yang boleh dikesan jika pemeriksaan kesihatan dilakukan adalah tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, hati dan sebarang penyakit yang berkait dengan kanser.

Selain daripada tu, melalui pemeriksaan kesihatan juga, boleh memberi gambaran sama ada gaya hidup yang diamalkan boleh diteruskan seperti biasa atau perlu menukar gaya hidup untuk mengekalkan kesihatan yang baik menerusi khidmat perundingan yang diberikan oleh doktor yang bertauliah. Makanan apa yang patut diambil atau dikurangkan, senaman apa yang perlu dibuat atau perlu dielak, semuanya boleh dikawal dalam laporan kesihatan kalau pemeriksaan kesihatan dilakukan secara berkala.

Kat mana boleh buat pemeriksaan kesihatan dan macam mana pula dengan kosnya? Setiap hospital kat Malaysia ada menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan. Tapi ada satu tempat yang korang boleh pergi untuk buat pemeriksaan kesihatan dengan harga yang berpatutan.

3 Cara Mudah Untuk Berborak

Pernah tak korang berada dalam situasi yang korang nak cuba untuk membuat perbualan yang kosong atau nak buat kawan tapi korang tak tahu macam mana nak membuat atau timbulkan perbualan. Mesti macam selalu stuck dan kadang-kadang tak tahu nak ciptakan topik apa untuk dibualkan kalau nak bercakap dengan orang yang kita tak kenal.

Apakah cara terbaik untuk kita cetuskan perbualan dengan orang yang kita tak kenal atau baru nak kenal? Kali ini kami nak berikan tips mudah untuk sesiapa saja followTips ini boleh digunakan oleh kaum lelaki atau wanita dan kepada sesiapa saja yang kita inginkan untuk cipta dan cetus perbualan.

TANYA PENDAPAT

Kadang-kadang, soalan yang simple dan mudah boleh mencetuskan topik yang boleh dibualkan. Tak perlu nak fikir sangat apa yang nak dibualkan atau soalan berat untuk ditanyakan. Apa yang perlu ditanya untuk cipta topik perbualan adalah dengan bertanyakan pendapat kepada mereka yang korang nak bercakap.

Antara cara mudahnya adalah untuk tanya pendapat mereka. Soalan yang paling mudah boleh dijadikan sebagai topik perbualan yang terbaik untuk kita berborak bersama dengan orang yang kita ingin kenali. Terutama sekali bila kita berikan mereka perhatian. Kunci utama untuk teknik ni adalah daripada cara penyampai soalan tersebut . Contoh jika baru saja keluar dari menonton wayang atau menyaksikan sesuatu, untuk memulakan perbualan korang boleh tanya soalan seperti “Saya rasa filem tadi bagus. Apa pendapat awak?”.

Jadi lebih baik berikan pendapat korang dahulu sebelum menanyakan atau mengaju soalan tentang pendapat mereka. Dalam satu ayat korang dah boleh set tone and kawal topik perbualan. Jika tanyakan pendapat mereka dahulu sebelum memberikan pendapat sendiri, maka ianya akan merubah momentum permulaan perbualan dan ianya memberikan mereka peluang untuk mematikan perbualan sebelum memulakan topik.

FRANKLIN’S FAVORS

Pada awal abad ke-17, Benjamin Franklin telah membuktikan bahawa cara yang paling mudah untuk memulakan perbualan adalah dengan meminta bantuan kepada. Untuk memulakan topik perbualan antara cara paling mudah adalah untuk meminta mereka untuk membuat atau menolong sesuatu yang korang inginkan dahulu dan ini boleh dijadikan sebab untuk korang berkenalan dengan mereka. Contoh seperti meminta mereka untuk mengambilkan gambar atau tanyakan soalan mudah seperti “sekarang jam pukul berapa ya?”. Pertolongan atau bantuan kecil seperti ini boleh membuatkan ikatan peribadi.

Secara psikologinya bila kita membantu seseorang, ini bermaksud kita secara tidak langsung telah memberikan perhatian makanya ini membuatkan mereka mempunyai kepentingan bagi korang dan korang juga mengambil berat tentang mereka.

Menurut sebuah kajian yang popular pada zaman 60an, cara ini telah diguna pakai dan ternyata terbukti dengan cara ini kita akan lebih menyukai seseorang kerana kita dapat membuat atau menolong sesuatu yang baik untuk mereka. Cara ini dalam dunia psikologi digelar sebagai “Cognitive Dissonance”. Benjamin Franklin mengunakan teknik yang sama untuk membuatkan orang yang tidak dikenali atau musuhnya sendiri untuk menjadi kawan yang rapat.

PUJI MEMUJI

Jika korang nak bercakap atau berbual dan seterusnya ingin membuat kawan dengan sesiapa saja yang korang tak kenali. Salah satu cara yang terbaik adalah dengan memuji mereka sebagai salah satu point untuk korang memulakan sesi perkenalan atau pembuka kata. Sebagai contoh korang boleh puji pakaian mereka atau apa saja yang ada pada diri mereka. Pujian yang mudah seperti ini dapat membantu korang untuk memulakan topik berbualan dan kenalan dan ianya dengan secara tidak langsung akan mengubah mood mereka untuk berbual bersama.

Secara psikologinya juga, orang akan menjadi lebih mesra dan terbuka setelah menerima pujian. Dengan menerima pujian, ianya akan membuatkan mereka rasa happy kerana pujian akan membuatkan mereka merasa dikenali dan dihargai. Ianya secara tidak langsung meberikan mereka keyakinan diri dan keyakinan untuk bercakap dengan korang.

Tetapi yang paling penting sekali apabila korang puji seseorang, pastikan korang betul-betul jujur dan ikhlas dengan apa yang korang pujikan tersebut. Jangan puji secara kosong dan tiba-tiba. Kerana jika korang tidak jujur dengan apa yang korang pujikan nanti ianya akan memberikan impak yang kurang elok dan perbualan tersebut akan menjadi awkward. Jadi pastikan korang betul-betul nak puji mereka. Fikir dulu sebelum korang mula memuji ya.

Betul Ke Sarang Burung Boleh Dimakan? Ini Asal Usulnya

Sarang burung walit adalah sejenis makanan yang dikategori makanan eksotik dan ianya juga adalah antara santapan yang berkhasiat serta popular sejak zaman dahulu kala lagi dikalangan bangsa Tionghua di Malaysia.

Menurut sejarah pakar direkodkan tanpa bukti bertulis dimana pemakanan sarang burung walit ini adalah merupakan makanan tambahan yang diamalkan oleh bangsa China sejak tahun 700 sebelum Masihi namun dalam sebuah jurnal bulanan Mingpao Vol 231 tahun 1985, pengambilan sarang burung sebagai makanan suplliment telah diamalkan oleh masyarakat di negara China zaman Dinasti Ming.

Manakala pemakanan sarang burung juga telah di exportkan ke Asia Tenggara ke negara China semenjak abad-14 apabila permintaan yang tinggi setelah umum ketahui tentang khasiat yang terdapat pada sarang burung, sejarah tentang pemakanan sarang burung walit ini juga telah tercatit dalam buku perubatan Cina klasik. Namun kesukaran untuk bekalan sarang burung ini telah menyebabkan kenapa ianya merupakan antara pemakanan yang dikategorikan sebagai makan yang mahal dan ianya adalah makanan yang hanya mampu untuk golongang kelas atasan atau bangsawan.

Ketika zaman pemerintahan Dinasti Qing, menu masakan yang diperbuat daripada sarang burung walit adalah makanan wajib bagi pihak kerajaan. Terdapat juga beberapa resepi masakan yang mengunakan sarang burung walit sebagai salah satu bahan utama buat masyarakat di China. Menurut kepercayaan rakyat di sana, sarang burung walit mengandungi khasiat yang mampu memberikan kesihatan kepada daya tubuh badan.

Antara santapan sering di amalankan oleh maharaja dan maharani China adalah dengan mengambil sarang burung walit sebagai menu sarapan pagi agar dapat menjaga kesihatan dan mengekalkan kecantikan.

Menurut sejarah lama, orang pertama yang memakan sarang yang diperbuat daripada air liur burung walit ini adalah Laksamana Cheng Ho dari zaman Dinasti Ming. Mengikut lagenda tersebut yang berlaku pada sekitar abad ke-15, Laksamana Cheng Ho dan anak-anak kapalnya terkandas di sebuah pulau Melayu apabila saat kapal layar dihempas oleh ribut petir. Setelah berada di pulau Melayu tersebut, Laksamana Cheng Ho dan anak-anak kapalnya menemui air liur burung di tepi sebuah tebing lalu menjadikan ia sebagai makanan sebagai alas perut untuk bertahan di pulau tersebut dimana selepas beberapa hari mereka merasakan tubuh badan semakin menjadi bertenaga dan sihat daripada kesan beberapa hari kelaparan. Setelah berjaya pulang ke China, mereka membawa pulang air liur burung yang dijadikan buah tangan kepada maharaja.

Dikatakan bermula kisah lagenda ini lah dimana mereka menemukan khasiat tentang asal usul pemakanan sarang burung walit dan daripada situ juga ianya menjadi tradisi antara cara-cara mengekalkan kecantikkan serta kesihatan oleh kerabat Cina. Menurut karya klasik, untuk mengekalkan kecantikkan dan kesihatan, Permaisuri Dowager Tzu Hsi mengambil 7 jenis air liur burung.

Antara amalan penyediaan pemakanan sarang burung walit ini boleh diambil dengan secara penyediaan sebagai air minuman atau dalam hidangan sup sarang burung walit. Namun menerusi teknologi sedia ada pada zaman ini, cara pengambilan sarang burung telah dimudahkan dalam bentuk produk kosmetik serta produk pemakanan tambah atau food supplement yakni membantu kita semua untuk menjaga tubuh badan serta kesihatan melalui khasiat yang terdapat pada sarang burung walit. Tambah lagi, dengan pengambilan sarang burung walit ini juga, selain dapat meningkatkan tahap kecekapan organ dalaman, ianya dapat menghilangkan masalah gastrik, asma, batuk serta meningkatkan sistem imunisasi badan.

SARANG BURUNG WALIT SESUAI UNTUK LELAKI TAK?

Jadi daripada situ lah kami merangkumi antara sejarah serta asal usul bagaimana terjadinya tradisi pemakanan sarang burung walit serta khasiat yang sedia ada pada pemakanan yang boleh dikatakan rare ni.

Antara produk produk yang terbaik untuk pengambilan sarang burung walit ini adalah produk sarang burung walit daripada Lovlin Bird Nest dan produk keluaran Lovlin Bird’s Nest ini juga adalah amat sesuai untuk seorang lelaki. Pengambilan sarang burung seperti produk sarang burung walit Lovlin Bird’s Nest ini baik untuk seorang lelaki oleh kerana antara khasiatnya adalah untuk memberikan kesihatan tenaga batin, memberikan peningkatan kepada waktu tidur yang lebih berkualiti serta dengan pemgambilan yang konsisten, ianya juga dalam meremajakan kulit wajah serta menganjalkan dan mencerahkan kulit wajah.

Asal Usul IE Dan 5 Browser Lain Yang Kurang Dikenali

Kalau korang membesar pada zaman dimana kemajuan internet baru sahaja diperkenalkan kepada dunia, mesti korang akan ingat dengan browser Internet Explorer (IE). Itu lah browser pertama yang ramai antara kita guna sewaktu pertama kali melayari dunia internet. Bila dah lama sikit tu, IE hanya digunakan untuk muat turun browser yang lain seperti Google Chrome, Firefox dan lain-lain. Baru-baru ini, Microsoft mengumumkan pelayar web IE akan ditamatkan selepas 25 tahun beroperasi. Bermula 17 August 2021, IE tidak lagi dapat disokong oleh peranti Microsoft dan akan digantikan dengan browser baru yang dinamakan Microsoft Edge. Walaupun ada yang mengatakan ianya sekadar rebranding, tetapi Microsoft Edge menawarkan perkhidmatan yang lebih pantas, efisien dan juga bersih. Mungkin boleh bersaing dengan browser lain yang lebih popular.

 

SEJARAH PERMULAAN INTERNET EXPLORER

Kalau ada yang ingat IE merupakan pelayar web yang pertama di dunia, ia adalah salah. Dunia komputer ni memang rumit sikit kalau nak cerita. Dahulu sebelum adanya IE, pengguna internet akan menggunakan pelayar web seperti Netscape, Mosaic, Lynx dan juga Opera. Kemudian pada tahun 1995, Microsoft membangunkan operating system mereka sendiri melalui projek ‘Chicago.’

Dalam projek ini, terdapat lagi satu projek yang diberi nama ‘O’Hare’ dengan harapan kedua-duanya akan menjadi satu produk kepada pengguna. Kemudian, Microsoft memutuskan untuk menjadikan ‘O’Hare’ sebagai produk tambahan kepada ‘Chicago.’ In the end, tercipta lah Windows 95 hasil daripada projek ‘Chicago’ dan juga Internet Explorer 1.0 melalui projek ‘O’Hare.’ Siapa je yang tak kenal Windows 95 kan. Jadi dari situ lah IE mula diperkenalkan kepada pengguna di luar sana walaupun pada asalnya ia dijual sebagai produk tambahan untuk Windows 95.

IE mencapai kemuncak popularitinya pada tahun 1999, 2002, dan 2003 dengan keluaran IE versi kelima dan keenam. Tapi disebabkan masalah keselamatan, pepijat dan juga software yang dikatakan ketinggalan zaman, IE menemui zaman kejatuhan yang teruk. Itu yang siapa baru beli komputer riba yang menggunakan operating system Microsoft akan gunakan IE untuk download pelayar web lain. Kemudian pada tahun 2015, Microsoft mula memperkenalkan Edge browser kepada pengguna yang dikatakan seakan-akan pelayar web Google Chrome. So, terima kasih kepada Internet Explorer kerana menjadi browser sementara kepada para pengguna.

Selain IE, kita sebenarnya ada banyak lagi pelayar web yang telah dihasilkan tetapi kurang dikenali oleh kebanyakkan pengguna. Bagi pengguna mainstream macam aku yang gunakan browser sekadar untuk carian biasa di internet, memang tak pernah tahu pun ada pelayar-pelayar web yang lain niJom kita usha sikit apa rupa browsers yang kurang dikenali ni.

SALAMWEB

Rupa-rupanya ada pelayar internet yang dibangunkan khas untuk pengguna Islam. Tapi ia tidak lah dihadkan kepada pengguna Islam sahaja dan boleh digunakan secara umum oleh semua orang. Pelayar web SalamWeb dibangunkan oleh sebuah syarikat di Dubai dan mensasarkan perkhidmatannya digunakan oleh orang-orang Islam yang mahukan persekitaran atas talian yang selamat. Biasa lah dunia internet ni bukan semuanya baik dan selamat untuk diakses. SalamWeb dikatakan ada untuk Windows, macOS, Android dan juga iOS. Ia juga menyokong pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Urdu, Russia dan juga Inggeris.

EPIC PRIVACY BROWSER

Pelayar web ini mengfokuskan kepada ciri-ciri keselamatan atas talian pada entry level. Kalau korang risau dengan keselamatan data peribadi korang semasa melayari internet, mungkin ini browser yang sesuai untuk korang. Dengan menggunakan Epic Privacy Browser, privasi atas talian bukan lagi pilihan, tetapi satu ketetapan terhadap pengguna.

OPERA NEON

Opera Neon ni merupakan satu pelayar web yang menggunakan interface unik yang tak sama dengan mana-mana browser. Dia punya muka depan browser nampak macam kita punya background desktop, dengan menggunakan konsep free floating bookmarks. Bila bukak browser ni boleh jadi sampai kita tak perasan yang kita tengah buka browser disebabkan ia mengambil keseluruhan skrin komputer kita. Dikatakan pelayar web ini belum lagi mempunyai produk penuh, tetapi kalau siapa yang nak cuba pakai boleh lah muat turun Opera Neon dan try sendiri.

TORCH

Pelayar web Torch ni rasanya ramai juga yang dah tahu dan pernah menggunakan ia. Kelebihan pelayar web Torch ni adalah para pengguna boleh memuat turun video dan audio MP3 menggunakan ‘torrent manager’ yang sedia ada di dalam browser tersebut. Selain itu, video atau audio yang dah dimuat turun turut boleh dimainkan di dalam browser Torch. Memang pernah jadi salah satu browser yang ‘panas’ satu ketika dahulu sebab ramai yang berebut-rebut nak download video daripada Youtube.

FLOCK

Kalau korang seorang pengguna tegar Media Sosial, mungkin korang tahu tentang kewujudan browser Flock ni. Ia dikatakan dicipta khas untuk menguruskan aktiviti media sosial di dalam pelayar web. Pelayar web ini mengfokuskan penggunanya untuk kekal dalam media sosial platform dengan memudahkan urusan ‘update’ dan ‘publishing.’ Antara platform media sosial yang berhubung terus dalam browser ini adalah seperti Facebook, Gmail, Digg, YouTube, MySpace, Flickr, Twitter, WordPress, Blogger, Delicious, Bebo, TypePad, Picasa, dan banyak lagi. Tapi mungkin ia sesuai untuk mereka yang bekerja dalam bidang media sosial untuk menguruskan beberapa platform dan juga akaun media sosial dalam masa yang sama.

Tips Wajib Tahu Sebelum Beli Kasut Sukan

Pemilihan kasut sukan yang betul sebenarnya merupakan satu aspek penting sebelum siapa-siapa pun yang nak mula bersukan. Tak kira lah sukan atau senaman apa pun seperti jogging, badminton atau cycling, kalau kita pakai kasut yang salah ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada kaki. Semasa pemilihan dan pembelian kasut sukan, secara normalnya mata kita akan tertarik dengan design kasut tersebut berbanding fungsi utama. Sebab itu ada yang kata “most shoes are not made for walking but for fashion.” Selain itu, masalah sakit kaki dan juga penyakit berkaitan dengan sendi, otot dan tulang biasanya dikaitkan dengan pemakaian kasut yang tidak sesuai. So macam mana nak pilih kasut sukan dengan betul? Jom Thelaki bagi tips sikit.

KENALI JENIS SUKAN

Satu kasut sukan tak boleh digunakan untuk semua jenis sukan. Dulu aku jenis yang macam ni lah. Satu kasut memang aku guna untuk semua jenis aktiviti. Kalau korang nak fokus pada aktiviti larian seperti jogging atau marathon, pilih lah kasut yang memang diciptakan khas untuk aktiviti itu. Jika ingin melalukan aktiviti berbasikal (yang tengah trend sekarang) maka korang perlu pilih kasut cycling indoor atau outdoor. Nak beli kasut untuk berbasikal pun kena tahu korang nak cycling indoor atau outdoor sebab kedua-duanya memerlukan kasut yang berbeza. Mungkin siapa yang melakukan aktiviti sukan yang pelbagai memerlukan kasut sukan yang banyak bagi setiap aktiviti. Tapi kalau korang jenis fokus pada satu aktiviti sukan sahaja, better beli kasut yang betul-betul diciptakan khas untuk sukan tersebut.

KENALI JENIS TAPAK KAKI

Mungkin ini antara aspek yang ramai tak tahu semasa membuat pemilihan kasut sukan. Tapak kaki manusia ni sebenarnya ada jenis yang berbeza iaitu jenis telapak kaki rata, telapak kaki normal dan juga telapak kaki tinggi. Boleh lihat gambar di bawah yang secara ringkas menunjukkan bentuk tapak kaki yang berbeza. Nak tahu jenis tapak kaki, korang boleh buat ‘wet test’ dengan membasahkan kedua-dua tapak kaki korang dan berdiri atas beg kertas selama 10 saat.

Kalau korang perasan kebiasaannya pada satu-satu kasut sukan tu ada tertera jenis kasut samada jenis stability shoe, cushioned shoe dan juga motion control shoe. Tapi kalau tak ada tertera tu mungkin boleh tanya jurujual kedai kasut tu yang mana satu kasut mengikut jenis tapak kaki korang. Pemilihan kasut yang sesuai dengan tapak kaki penting buat mereka yang sukakan sukan berimpak tinggi seperti marathon yang melibatkan penggunaan maksimum kekuatan kaki. Silap pakai kasut mungkin akan memberi kesan kepada prestasi dan juga kesihatan kaki korang nanti.

LANGKAH BELI KASUT YANG BETUL

Ni rasanya ramai yang dah tahu waktu paling sesuai beli kasut iaitu di sebelah petang atau malam. Lagi baik kalau beli kasut selepas korang habis jogging. Ini kerana kaki korang telah digunakan sepanjang hari dan saiz tapak kaki akan mengembang ke tahap yang maksima.

Keduanya korang kena pastikan korang pakai atau bawa stokin sukan untuk dicuba bersama sewaktu membeli. Kalau korang jenis suka pakai stokin tebal, kena lah pakai stokin tebal masa pilih kasut untuk pastikan kasut yang korang cuba tu selesa. Semasa sarungkan kasut pula, pastikan ianya selesa pada kali pertama. Kalau tak selesa maksudnya ia bukan kasut untuk kaki korang walaupun design kasut tu cantik gila.

Bila kasut tu dah muat dengan kaki korang, pastikan ada ruang lebih kurang setengah inci antara ibu jari kaki dan hujung kasut. Setengah inci ni lebih kurang lebar ibu jari tangan lah. Nak lebih yakin sebelum membuat pembayaran, try lah lari keliling dalam kedai tu sampai korang betul-betul rasa selesa dengan kasut tu.

Jadi sebenarnya bukan mudah nak pilih kasut sukan ni dan kita tak sepatutnya beli kasut secara terburu-buru. Kasut juga dikira sebagai satu pelaburan sebab kita akan pakainya untuk tempoh yang agak lama, dan kasut sukan bukannya murah guysDah alang-alang nak beli kasut yang mahal, buat lah pemilihan kasut dengan tepat.

5 Haiwan Rasmi Negara Luar Yang Tidak Wujud

Selain bunga kebangsaan, setiap negara juga mempunyai haiwan kebangsaan. Seperti Malaysia, haiwan kebangsaan kita adalah The Malayan Tiger. Manakala negara jiran kita seperti Thailand adalah Gajah dan Singapura adalah Singa. Seperti Malaysia kenapa Harimau Malaya diambil sebagai haiwan rasmi adalah kerana ianya terdapat di Malaysia. Maksudnya haiwan ini benar-benar wujud. Tapi ada juga negara yang pernah menjadikan haiwan mitos, iaitu haiwan yang tak wujud sebagai haiwan rasmi negara mereka. Walaupun negara-negara tersebut kini dah meletakkan haiwan lain (yang wujud) sebagai haiwan rasmi, tapi suatu ketika dahulu haiwan mitos tetap menjadi pilihan.

PHOENIX – GREECE & LEBANON

Mengikut carian Google, sebenarnya haiwan rasmi bagi negara Greece adalah Dolphine. Tapi sebenarnya Phoenix juga menjadi sebahagian daripada simbolik negara itu dan dikenali sebagai burung rasmi negara Greece dan juga Lebanon. Pada tahun 1828, burung Phoenix diperkenalkan sebagai matawang pertama di era moden kerajaan Greek. Pemilihan itu adalah sebagai simbol kebangkitan negara Greece selepas peperangan dan juga kerana burung Phoenix memang menjadi haiwan mitos negara itu. Jadi tak pelik lah kenapa mereka mengambil haiwan mitos ini kalau kita lihat semula sejarah negara mereka.

DRUK – BHUTAN

Bhutan merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara India dan juga China. Haiwan mitos yang dikenali sebagai Druk ini boleh dilihat dengan jelas pada bendera negara ini. Druk, atau dikenali juga sebagai Thunder Dragon merupakan seekor Naga yang berasal dari sebuah kerajaan lama di negara Bhutan. Pada masa dahulu, bunyi guruh dari langit dipercayai datang daripada seekor Naga yang berada di langit. Maka tercipta lah haiwan mitos ini yang menjadi lambang kebangsaan negara ini.

Kalau lihat pada gambar naga ni, terdapat permata yang dipegang di bahagian kaki yang dipercayai sebagai simbol kemewahan negara itu. Selain itu, rupa Naga yang ganas juga dianggap sebagai pelindung daripada menerima sebarang ancaman. Tapi negara Bhutan juga mempunyai satu lagi haiwan rasmi yang wujud, iaitu Takin.

UNICORN – SCOTLAND

Mungkin haiwan mitos paling popular sekarang adalah Unicorn yang sudah pun menjadi sebahagian daripada popular culture di dunia. Haiwan ini dikatakan telah lama menjadi haiwan mitos di Scotland, iaitu sejak abad ke-12 lagi. Walaupun zaman sekarang ramai yang melihat Unicorn sebagai haiwan yang comel dan boleh dibuat main, tetapi menurut kisah orang zaman dahulu ia sebenar seekor haiwan yang buas. Nampak comel tapi buas. Unicorn juga dilihat sebagai simbol kesucian, kekuatan dan kuasa di Scotland. Selain itu, patung-patung Unicorn yang dijumpai di Scotland akan kelihatan memakai rantai emas. Ia dikatakan untuk menunjuk kekuatan dan kebuasan haiwan itu. Sehingga kini, Unicorn masih menjadi haiwan rasmi bagi negara tersebut.

GARUDA – INDONESIA

Mungkin pada masa kini Indonesia meletakkan Naga Komodo sebagai haiwan rasminya. Tapi satu ketika dahulu negara republik itu pernah menjadikan Garuda sebagai haiwan rasmi dan ini dapat dilihat pada jata negara mereka. Garuda merupakan haiwan yang mempunyai paruh dan kaki seperti burung tetapi tangan dan badan seperti seorang lelaki. Haiwan ini dikatakan muncul sebagai mitos dalam agama Hindu dan juga Buddha, yang mana kedua-dua agama ini mempunyai kaitan yang rapat dalam sejarah Indonesia. Jadi boleh dikatakan Garuda sangat sinonim dengan Indonesia sehingga pernah diangkat menjadi haiwan rasmi negara itu.

CHOLLIMA – KOREA UTARA

Haiwan rasmi bagi Korea Utara adalah Chollima, iaitu sejenis kuda bersayap yang dikatakan mampu terbang sejauh 1,000 batu dalam masa satu hari. Haiwan ini wujud dalam kisah mitos di Asia Timur, jadi ianya agak sinonim juga di negara China dan juga Jepun. Dengan kehebatan haiwan ini yang dikatakan mampu bergerak dengan kecepatan yang pantas, Presiden pertama Korea Utara, Kim il Sun, mengangkat haiwan mitos ini untuk menjadi haiwan rasmi negara itu. Ia sebagai simbol untuk membangunkan negara Korea Utara dengan pantas selepas mereka menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan Korea Selatan. Patung Chollima yang diperbuat daripada gangsa boleh didapati berdiri teguh di Pyongyang, dan ia kekal menjadi haiwan rasmi Korea Utara sehingga kini.

Kehebatan Leftenan Adnan Menjadi Dendam Tentera Jepun

Siapa je yang tak kenal dengan seorang pejuang dan wira negara yang bernama Leftenan Adnan ni. Kisah perjuangan beliau sangat besar sehingga diangkat menjadi sebuah filem, dan setiap kali tiba bulan kemerdekaan pasti kisah beliau akan disebut-sebut sebagai memperingati perjuangan kemerdekaan. Bagi anak-anak muda yang mungkin terlepas untuk menonton filem Leftenan Adnan, mungkin mereka kurang mengetahui kisah perjuangan Leftenan Adnan. Maka memang sudah menjadi tanggungjawab kita juga lah untuk menceritakan semula kisah ini kepada generasi muda. Biar lah kisah ini diceritakan berulang kali sebab tujuannya adalah sebagai pembakar semangat cintakan tanah air. Okay jom kita menyelusuri kembali kisah sebenar Leftenan Adnan yang mungkin ada antara kita terlupa atau tak pernah dengar.

MINAT MENDALAM MENJADI SEORANG TENTERA

Ini yang mungkin tak ada dekat ramai orang-orang kita, iaitu minat yang sangat mendalam untuk menjadi seorang tentera. Beliau yang lahir pada tahun 1915 di Kampung Sungai Ramal, Kajang, dikatakan pernah menjadi seorang guru pelatih. Tetapi kerana cita-citanya memang nak menyertai bidang ketenteraan, maka sekitar tahun 1933 (ketika usianya 18 tahun) beliau menyertai Rejimen Askar Melayu.

Setahun kemudian, beliau terpilih menjadi rekrut terbaik. Memang cita-cita beliau bukan lah sekadar cita-cita, tetapi untuk menjadi yang terbaik. Pada tahun 1936 pula, beliau dinaikkan pangkat menjadi Sarjan. Bagi seorang tentera muda memang kenaikan pangkat tersebut agak pantas. Kerana kewibawaannya sebagai seorang tentera terbaik, beliau dihantar ke London pada tahun 1937 untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut pertabalan Raja George VI.

Tak lama lepas tu, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Mejar dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Selesai kursus sebagai Leftenan Muda, beliau dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni C. Leftenan Adnan dikatakan berkahwin dengan seorang guru dari kampungnya iaitu Puan Sophia Pakih Muda dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata

Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan membawa keluarganya tinggal di Singapura selepas beliau ditempatkan di situ. Kediaman mereka ditempatkan di Pasir Panjang, sebuah kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Semasa Perang Dunia Kedua semakin hampir, beliau menghantar keluarganya kembali ke Kajang. Dikatakan saat ini merupakan saat yang getir buat mereka sekeluarga kerana ketika itu isterinya sedang mengandungkan anak mereka yang ketika dan itu lah kali terakhir mereka sekeluarga bersama.

PERTEMPURAN PASIR PANJANG

Tanggal 13 Februari tahun 1942, Permatang Pasir Panjang, Singapura, menjadi saksi berlakunya pertempuran antara Jepun dan Rejimen Askar Melayu. Tentera Jepun memberi serangan yang sangat padu, tetapi Kompeni C yang diketuai oleh Leftenan Adnan berjaya memberi tentangan yang kuat sehingga memaksa tentera Jepun untuk berundur. Ketika itu dikatakan jumlah tentera Jepun adalah lebih ramai, tetapi dengan kehandalan Leftenan Adnan mengetuai Askar Melayu, kawasan tersebut berjaya dipertahankan daripada ditawan Jepun.

Pada keesokkan harinya, 14 Februari 1942, Kompeni C yang dipimpin Leftenan Adnan mula bergerak ke Bukit Candu iaitu benteng terakhir untuk memasuki Singapura. Kali ini, lebih ramai askar tambahan ditempatkan di bawah pimpinan beliau. Memang terbukti pegawai atasan mempercayai kebolehan Leftenan Adnan dengan memberi tanggungjawab mempertahankan lokasi penting itu. Bukit Candu kemudian dipersiapkan dengan benteng pertahanan beg pasir untuk menghadapi serangan tentera Jepun.

HELAH TENTERA JEPUN BERJAYA DIHIDU

Pada awal petang 14 Februari, Leftenan Adnan mendapati ada sesuatu yang tidak kena selepas beliau melihat sekumpulan Tentera British-India bergerak dalam keadaan mencurigakan. Menyedari helah tersebut dimana tentera Jepun menyamar sebagai askar sekutu, Leftenan Adnan bersama anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 tentera Jepun pada jarak dekat. Serangan itu memaksa tentera Jepun sekali lagi berundur.

Kemudian selepas dua jam berlalu, tentera Jepun dengan tiba-tiba melancarkan serangan besar-besaran. Serangan tersebut telah menumpaskan Leftenan Adnan dan tenteranya. Dikatakan jumlah Askar Melayu adalah jauh lebih kecil berbanding tentera Jepun, tetapi lebih 800 tentera Jepun terkorban dalam pertempuran tersebut. Habis kesemua peluru digunakan sehingga Askar Melayu berlawan hanya menggunakan bayonet. Sememangnya ia adalah bukti Regimen Askar Melayu berjuang sehingga ke akhir nyawa. Bertepatan dengan moto Leftenan Adnan kepada platunnya “Biar putih tulang, jangan putih mata.”

DENDAM JEPUN TERHADAP LEFTENAN ADNAN

Leftenan Adnan dikatakan telah diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun. Koperal Yaakob, iaitu salah seorang Askar Melayu yang terselamat sempat melihat sendiri bagaimana Leftenan Adnan diseksa dengan ngeri oleh tentera Jepun. Ini semua hanya kerana dendam terhadap Leftenan Adnan yang telah mengorbankan banyak tentera Jepun. Dikatakan jenazah Allahyarham Leftenan Adnan diperlakukan dengan kejam oleh pihak musuh, iaitu dengan menggantungnya di pokok ceri, ditikam sehingga isi perut terburai dan lehernya dikelar. Ianya satu tragedi yang menyedihkan buat kita tetapi keberanian dan kehebatan Askar Melayu di bawah pimpinan Leftenan Adnan mungkin menjadi mimpi ngeri bagi tentera Jepun.

Bagi negara Malaysia dan juga Singapura, sememangnya nama Leftenan Adnan tetap menjadi sebuah nama yang diangkat sebagai wira tanah air semasa Perang Dunia Kedua dahulu. Walaupun beliau meninggalkan kita semua pada usia 27 tahun, namun jasa beliau amat lah besar buat kita. Semoga Leftenan Adnan bin Saidi terus dikenang dan semangatnya yang cintakan negara terus dijadikan contoh, terutamanya kepada generasi muda dan generasi yang akan datang.

Ini Jalan Paling Curam Di Dunia Dan Korang Akan Ternganga Lihat Kecuramannya

jalan paling curam di dunia

Guinness World Records mengumumkan, Jalan Fordd Penn Llechat yang terletak di Utara Wales sebagai jalan paling curam di dunia.

Tahap kecerunan jalan tersebut ialah 37.45 peratus. Curam gila kot kan.

jalan paling curam di dunia

Rekod baru ini telah mengatasi rekod milik jalan Baldwin di Bunedin, New Zealand yang memiliki kadar kecerunan 35 peratus.

jalan paling curam di dunia

Seperti yang semua tahu, bukan mudah untuk mengatasi mana-mana Guinness World Records memandangkan peraturan yang dikenakan sememangnya ketat dan sangat spesifik.

Kiriteria yang dilihat bagi mengatasi rekod baru jalan paling curam adalah seperti jalan berkenaan digunakan oleh penduduk awam, mempunyai permukaan penuh dan mempunyai bangunan di kedua-dua belah jalan.

Farmasi dan pejabat pos juga terletak di puncak Jalan Fordd Pen Llechat itu.