4 Langkah Mudah Hasilkan ‘White Chocolate Cheese Cake’ Di Rumah

Membuat kek bukanlah satu perkara yang mudah dan memerlukan kemahiran dan peralatan yang tertentu untuk memastikan ia menjadi seperti yang kita mahukan.

Justeru, bukanlah sesuatu yang aneh jika harga sebuah kek boleh mencecah harga puluhan hingga ratusan ringgit.

Namun, buat anda yang sudah lama berkeinginan untuk mencuba membuat kek, apa kata anda lihat perkongsian oleh wanita ini menghasilkan White Chocolate Cheese Cake’ hanya dengan menggunakan tiga bahan sahaja.

 

mama-chan@pja_chan

24/2/2020

Made white chocolate ganache cheese cake today for the birthday boy ☺️?

Walaupun surprise tak jadi langsung, rupanya dah kantoi dari Sabtu haritu masa beli bahan lg dia dah tauuuuu ??

Cheese cake ni guna 3-4 bahan je. Nanti i share resepi eh! ? (taktau bila)

 

View image on TwitterView image on Twitter
7,749 people are talking about this

Menurut perkongsian itu, untuk membuat white chocolate cheese cake ini anda hanya memerlukan tiga bahan sahaja. Mudah bukan?

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  1. Coklat putih (150 gram)
  2. Keju krim / cream cheese (200 gram)
  3. Krim segar / fresh cream (200ml)

Manakala untuk topping pula, anda juga boleh menggunakan gula serbuk bagi menambahkan lagi seri kek tersebut.

“Optional tapi boleh la nak letak kalau nak bagi cantik bak dilitupi salju gitu,” kongsinya.

Selepas mempunyai bahan-bahan yang diperlukan, ikuti pula empat langkah-langkah seterusnya seperti di bawah;

Langkah pertama: Masukkan 200 gram krim keju dan coklat putih yang telah dipatahkan ke dalam mangkuk.

Kemudian ambil satu lagi mangkuk tahan panas untuk letakkan air panas dan buat seperti kaedah double boiling untuk mencairkan coklat dan krim keju tadi.

Pastikan juga air panas tadi tidak bercampur dengan batter coklat dan krim keju.

BeFunky-collage (85)

Langkah kedua: “Masukkan 200ml fresh cream sedikit demi sedikit sambil gaul sampai fresh cream habis.

Bila dah gaul rata nanti dia akan jadi rata dan smooth macam ni,”.

BeFunky-collage (86)

Langkah ketiga: “Lining kan loyang kek dengan baking paper (bawah & tepi).

Tuang batter tadi, dah habis tuang ketuk-ketuk sikit utk keluarkan udara dalam batter, ratakan cantik-cantik.

Better guna loyang yang boleh cabut bawah tu so bila kek dah siap nanti boleh keluarkan kek dengan cantik,”.

BeFunky-collage (87)

Langkah keempat: “Masukkan dalam fridge, sejukkan 6-7 hours before serve.

Lepas kek dah mengeras, boleh keluarkan & cabut lining tepi tu & tabur powdered sugar.

Nak bagi cantik tabur guna pengayak (yg orang guna utk ayak tepung tu),”.

BeFunky-collage (88)

Hanya dengan menggunakan tiga bahan dan mengikuti empat langkah mudah ini, anda sudah pun boleh menikmati kek yang enak tanpa perlu berbelanja lebih di bakeri-bakeri berhampiran.

Apa kata anda mencuba sendiri resipi yang dikongsikan wanita ini di hujung minggu nanti. Confirm menjadi!

Resipi Lazat Dan Ringkas ‘Classic Coney Dog’ Ala A&W Anda Patut Cuba

Root beer merupakan minuman signature yang harus dinikmati apabila makan di A&W. Kiranya memang wajib nikmati roti sosej dan burger sambil minum air root beer A&W.

Selain itu, classic coney dog merupakan antara menu yang terkenal di A&W dan anda yang mungkin teringin untuk nikmati hidangan tersebut, anda boleh buat sendiri di rumah.

Mudah sahaja untuk buat classic coney dog ataupun roti coney sosej ini jika anda ikuti resipi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Zurina Zulkefli. Baca perkongsian resipi beliau di bawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Roti
2. Bawang putih
3. Bawang holland
4. Lobak merah
5. Cili kering kisar
6. Sos tomato
7. Serbuk jintan putih
8. Serbuk kari pedas
9. Serbuk cili
10. Serbuk lada hitam
11. Sosej
12. Daging lembu kisar
13. Garam

88310459_4174383479245840_319329903629565952_n

Cara-cara penyediaannya:

1. Sediakan bahan untuk sos iaitu 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang holland, 1 biji lobak merah, dan sepaket daging lembu kisar. Cincang halus dan tumis bersama minyak panas.

2. Gaul rata masakan dan masukkan rempah iaitu 2 sudu besar cili kering kisar, 4 sudu besar sos tomato, 2 sudu kecil serbuk jintan putih, 2 sudu kecil serbuk kari pedas, 2 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan air secawan.

88964318_4174383189245869_237497556731428864_n

88180742_4174383252579196_2801730814994284544_n

3. Kemudian, kacau sehingga masak dan pastikan sos tidak terlalu cair tidak terlalu kering. Lalu, biarkan sos seketika.

4. Sebiji bawang holland dipotong dadu dan rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian, buang air tersebut.

86800283_4174383355912519_2902116299624677376_n

88942702_4174383419245846_8976984597900296192_n

89451861_4174383545912500_4131109693747625984_n

5. Sosej dikukus selama 5 minit, manakala roti dikukus selama 1 minit.

6. Masukkan sosej ke dalam roti dan tuangkan sos daging cincang.

7. Akhir sekali, taburkan bawang holland yang dipotong tadi dan sedia dihidang.

Mudah rupanya nak buat roti coney sosej ini. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda dan boleh mencubanya jika tidak tahu makan apa.

Ini Risiko Yang Menanti Anda Sekiranya ‘Boarding Pass’ Tercicir Di Tempat Awam

Pasti anda sering melihat rakan-rakan, keluarga atau anda sendiri pernah memuat naik boarding pass anda di media sosial sebelum penerbangan? Malah, ada juga daripada anda yang buang boarding pass sejurus tiba destinasi dan jika anda sering melakukan perkara tersebut, anda perlu berhenti melakukan ia.

Mesti anda tertanya-tanya kenapa tidak boleh, bukan? Untuk pengetahuan anda, boarding pass tidak hanya menyimpan maklumat berkaitan penumpang tetapi sebenarnya lebih daripada itu.

Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya

Difahamkan, boarding pass mengandungi data tambahan dimana berisiko untuk digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pihak tersebut boleh mendapatkan maklumat seperti nombor telefon dan alamat rumah sekelip mata dengan menggunakan nombor tempahan pada boarding pass.

5ade559519ee8621008b46e7

GAMBAR HIASAN. SUMBER: BUSINESS INSIDER

Malah, maklumat lain seperti nombor telefon kenalan dan individu yang membantu membuat tempahan juga boleh diperolehi dan akan terdedah kepada bahaya.

Selain itu, penukaran tempat duduk, pembatalan penerbangan, penukaran nombor PIN dan maklumat perjalanan juga boleh dinyahkod menerusi satu laman sesawang dengan menggunakan nama dan barcode yang tertera pada boarding pass.

Anda juga mungkin berdepan kepada ancaman tuduhan palsu dan menyebabkan anda dihalang menaiki pesawat dan disiasat. Pastikan anda tidak memuat naik gambar boarding pass di media sosial dan juga tidak membuangnya di tempat awam selepas penerbangan.

Jika anda mahu membuangnya di tempat awam, anda dinasihatkan untuk mengoyakkan boarding pass kepada helaian kecil. Jadilah pelancong yang bijak dan berhati-hati untuk melindungi maklumat peribadi anda.

‘Gua Lipas’ Terbesar Dunia Di Sabah Ini Tawar Pengalaman Unik Kepada Pengunjungnya

Sabah merupakan antara destinasi pilihan ramai pelancong dalam dan luar negara. Bukan sahaja anda akan dihadiahkan dengan pemandangan yang memukau mata tetapi anda juga dapat melihat budaya masyarakat di Sabah.

Terdapat pelbagai destinasi menarik yang anda boleh kunjungi di Sabah, tetapi ada satu destinasi yang ramai tidak tahu iaitu Gua Gomantong. Menariknya, Gua Gomantong ini dikenali sebagai gua lipas kerana terdapat pelbagai spesis lipas boleh ditemui dalam gua tersebut.

2-31

3-16

5-4

Untuk pengetahuan anda, Gua Gomantong ini terletak di Sandakan, Sabah dan akan memberikan anda satu pengalaman berbeza apabila berkunjung ke sini. Andai kata anda takut dengan serangga tersebut, inilah saatnya untuk anda mengatasi masalah anda dengan menerokai gua ini.

Difahamkan gua ini merupakan lokasi lipas paling banyak di dunia dan bukan hanya ada lipas tetapi terdapat kelawar, kumbang, tikus, pepijat dan ular di dalam gua.

Malah, gua itu diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Adakah anda akan berkunjung ke Gua Gomantong ini dan rasai sendiri pengalaman luar biasa ini?

Anda yang ingin ke Sabah tetapi tidak tahu ingin ke mana, anda mungkin boleh ke destinasi pilihan kami dan anda boleh baca pada pautan di bawah ini.

Ini Adalah Makanan Paling Mahal Di Dunia?

Korang tahu tak apa itu Truffle? Untuk pengetahuan korangTruffle ini dikatakan antara makanan paling mahal di dunia. Harga untuk Truffle ini boleh mencecah sehingga berpuluh ribu USD untuk setiap hirisan sahaja. Kita sebagai rakyat marhaen memang confirm tak pernah makanlah tapi korang jangan risau sebab hari ini aku akan terangkan apa itu Truffle dan kenapa ia dikatakan makanan paling mahal di dunia!

Kalau korang nak tahu, Truffle sebenarnya merupakan salah satu daripada keluarga atau jenis kulat. Truffle ini tumbuh semula jadi dan tidak boleh ditanam. Ini merupakan salah satu sebab kenapa Truffle ini boleh jadi mahal sebab ia perlu dicari di tempat-tempat tertentu sahaja.

Truffle ini dikatakan tumbuh sepenuhnya di dalam tanah dan selalunya akan berada dekat dengan akar pokok oak, poplar dan banyak lagi. Pertama kali Truffle mula dikenali adalah ketika ia diperkenalkan dalam satu buku menceritakan tentang masyarakat AmoriteAmorite merupakan salah satu bangsa kuno dari Syria dan mereka dikatakan menjadikan Truffle sebagai makanan harian mereka pada abad ke 20 sebelum masihi.

Semasa zaman RenaissanceTruffle menjadi semakin terkenal di Eropah dan ia dijadikan sebagai hadiah kepada King Francis I of France. Pada sekitar tahun 1780, Truffle mula dimakan dan boleh dibeli oleh rakyat-rakyat biasa walaupun harganya masih mahal ketika itu.

Untuk mencari Truffle ini, mereka dikatakan menggunakan anjing dan juga khinzir kerana hanya beberapa haiwan sahaja yang dapat mencari dan mengesan bau Truffle ini. Truffle ini dikatakan akan mengeluarkan bau yang kuat kepada haiwan-haiwan ini apabila ia sudah boleh dimakan.

Ketika ia sangat popular di Perancis, beberapa orang rakyat cuba untuk menanam Truffle ini bagi memudahkan mereka menjualnya dan mendapatkan lebih banyak duit. Selalunya mereka akan mencari pokok-pokok yang masih kecil dan tumbuh dikawasan Truffle tersebut. Pokok ini kemudiannya akan dikorek dan dipindahkan baru. Jika mereka bernasib baik, kulat Truffle yang ada pada pokok itu tadi mungkin akan berpindah ke kawasan baru dan dalam masa 10 sehingga 20 tahun, mereka mungkin akan mempunyai kawasan yang mempunyai kulat Truffle.

Untuk mendapatkan Truffle yang berkualiti tinggi, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira kerana kulat Truffle ini dikatakan sangat-sangat sensitive dengan keadaan sekeliling. Beberapa faktor menjadi punca utama Truffle ini boleh tumbuh dengan sihat antaranya adalah suhu tanah, berapa banyak cahaya matahari yang terkena pada tanah dan kelembapan tanah.

Truffle dikatakan mempunyai lebih daripada 40 jenis namun hanya beberapa sahaja dikatakan terkenal dan dijual pada harga yang mahal. Antaranya adalah seperti:

  • Black / Perigord Truffle
  • Winter Truffle
  • Summer Truffle
  • Burgundy Truffle
  • Oregon Black Truffle
  • Oregon White Truffle

Beberapa tahun yang lepas, satu Truffle yang dikatakan paling besar pernah dijumpai telah dilelong dan dijual di Sotheby’s Auction yang diadakan di New York. Ia dikatakan mempunyai berat 1.8KG dan telah dilelong pada harga USD61,000. Ia dikatakan telah digali di Itali dan telah dijual kepada seorang pembeli dari Taiwan yang telah menelefon dan membidanya melalui telefon.

Setakat ini, terdapat satu sahaja Truffle yang dikatakan telah dijual pada harga yang paling mahal di dunia. Truffle ini dikatakan telah dijumpai di Croatia dan telah dilelong pada tahun 1999. Korang nak tahu berapa harga Truffle ini? Truffle ini dikatakan telah berjaya dilelong pada harga USD330,000, bersamaan dengan RM1.3 juta!

5 Kereta Klasik Paling Mahal Dilelong!

Ada yang menganggap fungsi kereta adalah untuk pengakutan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Tapi ada juga yang menganggap kereta bukan lah hanya sebuah kenderaan tetapi kereta juga adalah sebuah seni. Ya, seni. Sama juga dengan seni lukisan yang klasik, kereta klasik juga mempunyai sifat-sifat sebegini.

Semakin hari, industri automotif sentiasa berubah mengikut peredaran masa, semakin era berkembang kereta-kereta yang pernah membuatkan kita semua terpegun dengan features serta bentuk yang unik ditinggalkan untuk mewakili era zaman tersebut. Ini adalah beberapa contoh rekaan bentuk seni klasik dalam sejarah automotif dan ada beberapa collectors yang sanggup menaburkan jutaan wang untuk memiliki seni klasik automotif ini.

5. 1955 JAGUAR D-TYPE

Kereta model ini adalah kereta pertama yang ditetapkan sebagai D-Type untuk produksi di kilang. Kereta ini juga pernah juga cuba untuk memasuki pertandingan 24 Hours of Le Mans. Senang citer Jaguar D-Type ini tidak la seklasik yang dikatakan, ada juga yang mengatakan kereta ini tidaklah serare yang disangkakan. Sejak dikeluarkan pada 1955, kereta ini hanya mempunyai 2 pemilik sahaja. Dengan kondisi yang masih lagi perfect, kereta ini dilelongkan kepada pemilik kedua dengan harga $21,780,000. Fuhh semangat…

4. 1956 ASTON MARTIN DBR1

Tak lengkap la list kereta-kereta klasik kalau kita tak letakkan jenama Aston Martin dalam artikel ni kan? Okay untuk kereta ini, ianya dilelong pada harga setinggi $22.5 juta. Disebabkan itum ianya masih dikenali sebagai antara kereta British yang paling mahal pernah dilelongkan. Kenapa Aston Martin DBR1 ni mahal sangat? Kereta ini mahal disebabkan ianya merupakan juara untuk pertandingan Nürburgring 1000 KM. Selain itu, ianya juga pernah dipandu oleh pelumba-pelumba legenda seperti Caroll Shelby dan Stirling Moss.

3. 1964 FERRARI 275 GTB/C SPECIALE BY SCAGLIETTI

Ini adalah kereta pertama daripada tiga special models yang diciptakan oleh Ferrari untuk dipertandingkan dalam 24 Hours Le Mans. Yang uniknya tentang Ferrari 275 GTB/C ini ianya dibuat secara hand-built dengna menampilkan body aluminium Scaglietti. Walaupun kereta ini sudah pun dicat semula dengan beberapa parts yang diubahsuai semula tetapi hardware dalam kereta ini masih lagi kekal sama. Kondisi kereta ini dikatakan masih lagi cantik dan masih sama seperti pertama kali dikeluarkan daripada kilang. Kereta ini telah dibida dengan harga lelong $26.4 juta.

2. 1954 MERCEDES-BENZ W196 FORMULA 1

Juga dikenali sebagai Mercedes-Benz yang paling mahal yang pernah dijual, kereta vintaj formula 1 dengan mint condition ini telah membuatkan pelumba Juan Manuel Fangio dikenali dilitar Grand Prix buat sebanyak dua kali, di German dan di Switzerland. Kereta ini juga telah pernah dipertandingkan dalam lima litar world championship Grand Prix. Jadi tak heran harga lelongan kereta ini dinilai semahal $29,650,095.

1. 1962 FERRARI 250 GTO

Untuk nombor satu dalam list artikel ini. Ianya adalah sebuah kereta yang dikatakan sebagai “the world’s most important, desirable, and legendary motor car.” . Kereta ini juga dikenali dengan sejarah kemenangan yang terbaik antara 1962 hingga 1965. Menurut sumber Hotcars.com, kereta ini memegang rekod untuk kereta paling mahal pernah dilelong dengan harga mencecah $48,405,000.

Fuhh macam mana? Memang tarik nafas panjang-panjang bila tengok harga kereta-kereta klasik kat atas ni kan? Bila tengok condition kereta-kereta yang atas ni, semuanya masih kekal cantik dan tiada cacat atau calar balar kan?

Burung-Burung “RARE” Yang Korang Tak Tahu Wujud!

Korang pernah dengar tentang burung Cenderawasih? Burung yang juga dikenali sebagai Bird of Paradise ini sangat cantik dan ia selalu dikaitkan dengan perkara-perkara yang mistik. Salah satunya, burung ini dikatakan merupakan burung yang datang dari kayangan dan hanya boleh dijumpai dikawasan-kawasan tertentu sahaja.

Satu lagi burung ini juga dikatakan hanya akan terbang tinggi di angkasa dan andaikata ia terbang rendah ke bumi, ia bermaksud burung ini sudah sampai hayatnya dan akan mati apabila ia menjejakkan kakinya ke bumi. Bangkai burung ini juga dikatakan tidak mereput dan ini membuatkan ramai yang percaya dengan mitos ini. Jadi aku terfikir, berapa banyak lagi burung-burung yang rare dan jarang dijumpai oleh orang ramai? Korang jangan pening sebab hari ini aku akan share dengan korang beberapa burung yang rare dan sukar dijumpai oleh orang ramai!

GOLDEN PHEASANT

Golden Pheasant ataupun dikenali sebagai Chinese Pheasant merupakan spesis burung yang sangat terkenal di kawasan pergunungan di China. Burung ini mula diperkenalkan di United Kingdom lebih kurang 100 tahun yang dulu. Burung ini dikatakan sangat takut dengan manusia dan suka bersembunyi dikawasan akar-akar pokok dan hanya akan terbang ke atas pokok apabila waktu malam.

Golden Pheasant ini dikatakan banyak menghabiskan masanya di darat sahaja walaupun ia mempunyai keupayaan untuk terbang. Ia cuma akan terbang apabila ia ketakutan sahaja. Golden Pheasant ini sangat mudah kalau nak bezakan antara jantan dan betina. Untuk Golden Pheasant jantan, ia mempunyai warna bulu yang sangat terang manakala untuk yang betina, warnanya agak kusam dan kurang cantik berbanding yang jantan.

RAINBOW LORIKEET

Rainbow Lorikeet ini merupakan burung yang berasal dari Australia. Ia selalu ditemui dikawasan hutan di Queensland dan juga di Selatan Australia. Kalau korang nak tahu, Rainbow Lorikeet ini juga merupakan antara burung yang dikelaskan dalam jenis True Parrot.

Burung ini biasanya akan terbang bersama-sama dan juga sangat ganas dengan burung-burung lain. Andaikata ada burung-burung jenis lain yang membuat sarang dikawasan mereka, Rainbow Lorikeet ini kan bertindak menghalau burung-burung tersebut dan juga menjatuhkan sarang burung tersebut dari pokok.

QUETZAL

Burung Quetzal ini juga seperti burung Cenderawasih kerana ia juga dikaitkan dengan perkara-perkara mistik. Burung Quetzal ini dianggap sebagai satu haiwan suci bagi puak Aztec dan juga Mayan. Ia selalu dijumpai dikawasan sekitar Mexico dan juga Selatan Amerika Syarikat.

Burung Quetzal ataupun dipanggil sebagai The Rare Jewel Bird of the World ini mempunyai bulu yang berwarna hijau metalik dan nampak sangat cantik ketika ia mengembangkan sayapnya. Ia juga mempunyai bulu ekor yang sangat panjang dan apabila ia terbang, burung ini nampak seperti haiwan-haiwan dalam filem fantasi.

PINK PIGEON

Pink Pigeon ini dikatakan hanya boleh dijumpai disekitar Mauritius dan telah disahkan sebagai antara burung yang hampir pupus pada tahun 2006. Ia mempunyai bahagian kepala yang berwarna merah jambu dan juga dibahagian hujung paruhnya.

Walaupun ia nampak seperti burung merpati yang biasa, namun ia dapat dibezakan dengan warnanya yang berwarna merah jambu. Antara punca burung ini semakin pupus adalah disebabkan habitatnya telah dihapuskan bagi membina bangunan-bangunan tinggi. Pada tahun 2005, burung ini dikatakan cuma tinggal 250 ekor sahaja.

KAKAPO

Burung Kakapo ini pasti akan membuatkan korang keliru sama ada ia sama dengan burung hantu ataupun burung kakak tua kerana ia mempunyai ciri kedua-dua burung tersebut. Sebab itu ia juga dikenali sebagai Owl Parrot di New Zealand.

Ia mempunyai paruh yang sangat besar dan merupakan burung kakak tua yang paling berat antara spesis burung kakak tua yang lain. Satu lagi yang korang perlu tahu adalah burung Kakapo ini merupakan satu-satunya burung kakak tua yang tidak mampu untuk terbang seperti burung-burung lain!

Apa Itu Alice In Wonderland Syndrome?

Korang pernah tengok movie Alice in Wonderland? Dalam movie tersebut, Alice telah terperangkap dalam satu dunia yang lain dan dia mampu menjadi sekecil-kecil semut dan juga sebesar-besar gergasi. Tak dilupakan dalam movie itu juga dia menjumpai pelbagai jenis makhluk yang pelik-pelik.

Kenapa aku bercerita tentang movie Alice in Wonderland adalah sebab terdapat satu penyakit yang mempunyai nama yang sama dan juga diinspirasi daripada cerita kanak-kanak ini. Untuk pengetahuan korang, penyakit ini telah ditemui oleh Dr. John Todd pada tahun 1950.

Sebelum ini penyakit ini diberi nama Todd’s Syndrome namun ia lebih dikenali sebagai Alice in Wonderland Syndrome disebabkan apa yang pesakit alami lebih kurang sama seperti apa yang watak Alice hadapi dalam cerita Alice in Wonderland.

Alice in Wonderland Syndrome (AWS) merupakan satu penyakit unik yang mengakibatkan pesakit mengalami beberapa episode yang membuatkan pandangan dan pemikiran pesakit bercelaru dan tidak dapat membezakan antara apa yang real dan fantasi.

Pesakit akan merasakan seperti tubuh badan mereka mengecil dan membesar dari tubuh badan sebenar mereka. Pesakit juga akan merasakan objek-objek disekeliling mereka seperti bergerak sendiri dan semakin jauh ataupun semakin dekat dengan dorang. Kajian mendapati perkara-perkara ini berlaku bukan disebabkan masalah mata ataupun halusinasi tapi disebabkan oleh bagaimana otak pesakit menerima keadaan sekeliling mereka.

Syndrome ini juga dikatakan akan mengakibatkan beberapa effect kepada beberapa deria lain seperti pandangan, sentuhan dan juga deria pendengaran. Pesakit juga akan merasakan waktu disekeliling mereka seperti bergerak terlalu laju ataupun berhenti secara tiba-tiba.

Kajian mendapati syndrome ini banyak menyerang kanak-kanak dan juga remaja. Walaupun pesakit-pesakit ini dapat menghapuskan syndrome ini bila mereka meningkat dewasa, terdapat beberapa kes yang mana syndrome ini kekal dengan mereka sehingga tua.

Seorang pesakit yang berumur 17 tahun menyatakan yang syndrome ini selalunya menyerang dia tanpa sebarang tanda-tanda. Apabila syndrome ini menyerang, dia akan merasakan objek disekelilingnya menjadi mengecil dan ada juga objek yang menjadi besar dari saiz yang sepatutnya. Dia juga merasakan seperti tubuh badannya mengecil dan akan mendengar suara orang dengan jelas walaupun orang tersebut berada jauh dari tempatnya.

Satu lagi kes adalah tentang pesakit yang berumur 68 tahun. Dia menyatakan pertama kali dia diserang syndrome ini, dia merasakan secara tiba-tiba keadaan disekelilingnya bergerak dengan sangat laju. Tidak berhenti disitu, secara tiba-tiba dia akan merasakan semua objek disekelilingnya seperti bergerak dalam mode slow motion. Orang-orang disekelilingnya juga dilihat seperti berubah warna dan menjadi semakin besar sehinggakan dia merasakan orang-orang disekelilingnya adalah gergasi.

Walaupun doktor menyatakan syndrome ini tidak akan mengakibatkan kematian, ia berbeza dengan pesakit yang berumur 68 tahun ini apabila selepas dia mengalami syndrome Alice in Wonderland, dia mula diserang penyakit Dementia dan akhirnya meninggal dunia selepas dua bulan diserang syndrome Alice in Wonderland.

Syndrome ini juga dikatakan telah mengakibat beberapa orang pesakit mengalami depression kerana malu dan takut dengan apa yang mereka alami. Mostly mereka yang mengidap syndrome Alice in Wonderland ini takut dan malu untuk bercerita dengan orang lain dan juga berjumpa dengan pakar dan ini telah mengakibatkan mereka mengalami tekanan perasaan.

Walaupun selalunya pesakit cuma mengalami serangan syndrome ini selama 10 saat sehingga satu minit, terdapat satu kes seorang remaja yang mengalaminya sepanjang dia berumur 20 tahun. Dia kemudian cuba dan akhirnya berjaya meneruskan kehidupannya walaupun sedang mengalami serangan syndrome Alice in Wonderland ini. Pada usia dia 31 tahun, serangan syndrome Alice in Wonderland ini semakin kurang dan akhirnya hilang begitu sahaja tanpa rawatan rapi.

Mumia-Mumia Paling Terkenal Di Dunia!

Mumia merupakan manusia ataupun haiwan mati yang telah diawet supaya mayat ataupun bangkai mereka tidak mereput jika disimpan dalam masa yang lama. Mumia ini telah ditemui di setiap benua dan telah dijadikan sebagai artifak kebudayaan. Perkataan mumia berasal daripada bahasa arab zaman pertengahan iaitu “Mumiya” yang bermaksud mayat yang diawet.

Proses pengawetan ini dipanggil sebagai Mummification dan biasanya ia dilakukan kepada orang tertentu sahaja seperti kaum kerabat diraja. Biasanya organ dalaman akan dikeluarkan dahulu kecuali hati kerana orang bangsa Egypt dahulu percaya yang roh manusia terletak pada hati mereka. Hari ini aku nak share dengan korang beberapa mumia yang terkenal di dunia!

TUTANKHAMUN

Raja Tut merupakan seorang Firaun yang terkenal kerana mati pada usia muda. Punca kematian dan bila hari terakhir dia hidup masih lagi menjadi misteri sehingga sekarang. Apa yang boleh disahkan adalah dia telah mati lebih dari 30,000 tahun.

Mumia Raja Tut telah dijumpai pada tahun 1922 oleh Howard Carter bersama-sama dengan rakannya iaitu Lord Carnarvon. Selepas beberapa bulan mumia Raja Tut dijumpai, Lord Carnarvon telah disahkan mati. Kes Kematiannya telah dikaitkan dengan sumpahan Raja Tut.

VLADIMIR LENIN

Vladimir Lenin merupakan salah seorang pemikir dan ahli politik terkenal pada abad ke-20. Dia juga dikenali Father of Russian Communism dan sebagai orang yang bertanggungjawab membentuk Union of Soviet Socialist Republics (USSR).

Mummification Valdimir Lenin ini telah dilakukan bagi menunjukkan kepada generasi akan datang tentang proses Mummification kerana sebelum ini proses-proses ini cuma dilakukan pada zaman-zaman kuno. Mayat Vladimir Lenin terpaksa dibasuh dengan beberapa cecair chemical dan juga injection bagi memastikan tubuhnya tidak rosak.

ROSALIA LOMBARDO

Rosalia Lombardo merupakan mumia seorang kanak-kanak dari Itali yang menghidap penyakit Pneumonia dan telah mati pada usia dua tahun. Ayahnya dikatakan sangat sedih apabila mendengar berta kematian Rosalia. Dia kemudiannya telah meminta Dr Alfredo Salafia, seorang doktor bedah mayat untuk melakukan proses mummification kepada anaknya.

Mayat Rosalia dilihat seperti seorang kanak-kanak yang masih tidur walaupun mayat tersebut telah diawet sejak berpuluh-puluh tahun. Disebabkan itu mumia Rosalia turut digelar sebagai Sleeping Beauty. Proses mummification yang dilakukan oleh Dr Alfredo dikatakan sangat sempurna dan proses ini menjadi misteri selama 90 tahun sehinggalah para pengkaji berjaya mendapatkan maklumat tentang bahan dan cara proses yang dilakukan.

OTZI THE ICEMAN

Mumia yang juga dikenali sebagai Similaun Man ataupun Man from Hauslabjoch merupakan mumia seorang lelaki dari tahun 3300 BC. Mumia ini telah dijumpai pada September 1991 di Schnalstal Glacier berdekatan Otztal Apls disempadan antara Austria dan Italy.

Mumia Otzi The Iceman ini merupakan mumia tertua dari Eropah dan dikatakan berasal dari zaman Chacolithic ataupun zaman tembaga. Punca kematiannya telah disahkan disebabkan oleh hentakan pada kepala. Ada yang menyatakan dia telah dibunuh ketika sedang mendaki banjaran Otztal.

SAINT BERNADETTE

Saint Bernadette ataupun nama sebenarnya Maria-Bernada Sobiros telah dilahirkan pada tahun 7 Januari 1844 dan telah meninggal dunia pada 16 April 1879 merupakan seorang biarawati dan anak seorang peladang yang tinggal di pekan Lourdes. Namun mayat Saint Bernadette berbeza dengan mumia-mumia yang lain kerana mayatnya tidak diawet seprti mumia yang lain.

Ketika kali pertama mayatnya dikeluarkan semula pada tahun 1909, wakil-wakil gereja mendapati mayatnya tidak hancur seperti mayat-mayat lain. Kali kedua mayatnya dikeluarkan pada tahun 1919, doktor yang memeriksa mayat Saint Bernadette mendapati mayatnya telah mengalami proses mummification secara semula jadi!

Perkampungan ‘Fairytale’ Giethoorn Village Di Netherlands Yang Ramai Tidak Tahu

Jika anda ke Amsterdam dan ingin ke destinasi yang unik, anda harus ke Giethoorn Village. Anda pasti tidak akan menyesal jika ke sini kerana anda akan berasa teruja dengan apa yang ditawarkan perkampungan ini.

Giethoorn Village ini juga dikenali sebagai Venice of Holland dan ia terletak 90 km dari Amsterdam. Anda boleh ke sini dengan menaiki train, bas dan juga kereta.

a84a29023f302add18fcf598e91ec6f2

d1287dbb048645afed57bdfd5840de6106dd2153

Akan tetapi, tiada kenderaan lain yang boleh memasuki perkampungan ini selain basikal, sampan dan bot yang ada di sana. Pasti anda terpinga-pinga kenapa kereta tidak boleh masuk ke perkampungan ini.

Untuk pengetahuan anda, tiada jalan raya di perkampungan tersebut dan pengangkutan utama mereka adalah sampan dan basikal. Anda juga boleh berjalan kaki jika tidak menggunakan pengangkutan tersebut untuk ke tempat-tempat menarik di sana.

giethoorn-2481510_1920

optimized

Anda akan dihadiahkan dengan pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan anda di terusan melihat keindahan alam semulajadi dan rumah-rumah tradisional mereka serta ditemani dengan itik-itik.

Terdapat beberapa perkara yang anda harus cuba jika anda melawat ke tempat ini iaitu sewa bot atau sampan, makan di kedai keju terkenal di sana, pergi muzium dan banyak lagi.

GiethoornGetaway-5-1024×768

04_28_Lemmer_to_Giethoorn_16_HR

Boleh dikatakan tempat ini ‘Instagrammable’ untuk mereka yang suka mengambil gambar agar boleh dimuat naik dalam laman sosial. Tidak dapat dinafikan bahawa perkampungan ini cukup cantik, indah dan damai serta sangat sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu.

Adakah anda teruja untuk pergi ke sini? Adakah anda rasa Malaysia mungkin boleh mencipta perkampungan seperti ini?