Hampir 500 Tahun, Sewa Rumah Di Fuggerei, Jerman Kekal 35 Sen Sebulan

Sebut sahaja Jerman, pasti anda sudah terbayang keindahan alam semulajadi dan penuh bersejarah. Antara tempat menarik di Jerman seperti Berlin, Hamburg, Munich dan lain-lain.

Perkampungan Fuggerei di Jerman menawarkan sewa rumah paling rendah di dunia iaitu €0.88 (~RM4.17) setahun dan tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1521.

Augsburg-Fuggerei-16-gje

1ccbc80f2bc527b38d5aac5c771ddc7e

Untuk pengetahuan anda, perkampungan Fuggerei ini merupakan kawasan penempatan orang-orang miskin di Augsburg ketika itu dan telah diasaskan oleh Jakob Fugger, seorang lelaki kaya.

Difahamkan, sewa di sana masih sama seperti mereka yang sewa pada awal-awal pembukaan. Pastinya ada daripada anda yang terasa ingin menetap di sana selepas mendengar berita ini, bukan?

nptvmofxetgtzumi3ftu

shutterstock_500436157-durch-plusone

Walaupun penempatan ini diberikan kepada mereka yang memerlukan tetapi terdapat beberapa syarat yang dikenakan. Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar agar dapat menetap di sini adalah mereka haruslah Catholic dan warganegara Augsburg.

Jika didapati layak, anda harus komitmen berdoa untuk kesihatan dan kemakmuran keluarga Fugger tiga kali sehari dan terdapat ‘curfew’ pada jam 10 malam. Anda yang melancong ke Jerman boleh datang berkunjung ke muzium dengan bayaran masuk sebanyak €4.00 (~RM18.45) sahaja.

Budaya ‘Lost & Found’ Yang Hebat Di Jepun

lost found cover

Apa akan jadi jika anda tertinggal handphone di dalam keretapi di Jepun? Peluang untuk dijumpai semula adalah lebih 90%. Iya betul, hanya pergi sahaja ke kaunter ‘Lost & Found’, InshaAllah barang anda ada di sana.

Pada tahun 2017 sahaja, kaunter Lost & Found telah menyimpan lebih 900,000 barang yang tidak dituntut termasuk dompet, iPhone, cermin mata gelap dan sebagainya untuk wilayah Tokyo sahaja. Kebiasaanya, pada hari hujan secara purata 3,000 kaki payung yang tertinggal dijumpai dalam satu-satu hari di wilayah Tokyo. Ini menjadikan pusat peyimpanan barang tidak dituntut terpaksa mengkhaskan 660m kaki persegi untuk simpanan payung sahaja!

Oleh kerana bilangan barangan yang tak dituntut semakin meningkat, pusat penyimpanan Lost & Found terpaksa diubah-suai menjadi bangunan 6 tingkat, hanya untuk menyimpan barang yang tidak dituntut. Dan bilangan barangan di sini semakin bertambah dari hari ke hari.

Jadi bagaimana pihak terlibat menguruskan barang yang tidak dituntut yang semakin banyak ini?

1. Hubungi ahli keluarga/tuan punya

Lost found 1

Jika mereka mempunyai maklumat keluarga seperti di dalam dompet atau telefon yang tertinggal, pihak polis akan menghubungi keluarga atau tuan punya badan. Tetapi terdapat juga kes walaupun telah dihubungi, masih tidak dituntut. Ini menjadikan bilangan barang yang tidak dituntut semakin meningkat.

2. Jualan ‘TETSUDOU WASUREMONO’

Lost found 2

Jika setelah beberapa jangka masa yang lama dan barang masih lagi tidak dituntut, pihak Lost & Found akan membuat jualan yang dipanggil ‘Tetsudou Wasuremono’ atau ‘Barangan yang Terlupa di dalam Keretapi’ di stesen-stesen keretapi kebiasaanya. Barang-barang ini dilelong serendah ¥60 (RM2.40).

3. Jualan pukal

Lost found 3

Jualan secara pukal juga lazim dilakukan bagi mengosongkan ruang simpanan dengan cepat. Biasanya, ianya dijual secara kotak besar. Tidak boleh dipilih barang di dalamnya, it’s a bargain. Mungkin barang bernilai tinggi dan sebaliknya.

Ada juga barang-barang ini dieksport ke negara luar dan dijual sebagai barang second handComplicated juga ya jika mahu uruskan barang yang tak dituntut ini kan?

Tetapi apa yang Kak Nita boleh lihat sikap orang Jepun yang amat jujur, waima sebatang pensel pun akan dipulangkan ke tempat Lost & Found dan pengurusan yang cekap juga penting untuk menguruskan beratus ribu barang yang tak dituntut.

Jadi, apa kata anda? Saya suka barang second hand. I don’t know how you can forget your guitar in the train!

Kenapa Tingkap Pesawat Perlu Dibuka Sebelum Mendarat? Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Anda adalah seorang pengembara? Sering menaiki pesawat untuk ke satu destinasi? Jadi anda semestinya sudah terbiasa dengan sistem pesawat yang hadir dengan beberapa undang-undang.

Antaranya adalah anda diminta untuk memakai tali pinggang keselamatan ketika pesawat mendarat atau berlepas. Anda juga diminta untuk melihat teknik keselamatan yang ditunjukkan oleh pramugara atau pramugari.

Melalui satu perkongsian di antara pakar penerbangan John Walton dan Lonely Planet, beliau berkongsi rahsia sebenar disebalik arahan ‘sila naikkan penutup tingkap anda sebelum mendarat..’

download

Kaedah tersebut bukan sahaja untuk memberi para penumpang satu pandangan yang baik ketika mendarat. Seperti perkara lain yang telah ditetapkan, ia adalah untuk keselamatan.

Kata beliau, dengan membuka penutup tingkap tersebut, para penumpang akan memberi masa kepada mata mereka untuk menyesuaikan diri dengan tahap cahaya di luar.

Tambah beliau lagi, kabin krew dapat melihat secara keseluruhan apa yang terjadi diluar dan mampu untuk bertindak dengan pantas dalam apa jua keadaan yang memerlukan mereka untuk berada dalam keadaan sedia.

Setiap pembinaan pesawat akan melalui satu ujian keselamatan dan kabin krew telah di latih untuk menghadapi segala kemungkinan.

Ketika latihan, mereka telah dilatih untuk menilai keselamatan yang berlaku di luar kapal terbang dan penumpang akan bertindak sebagai mata tambahan kepada kabin krew.

Tahun ini juga, seorang rakyat Malaysia telah ditangkap kerana memasang ‘spy’ camera di dalam tandas pesawat.

2 Cara Mudah Kesan ‘Hidden Camera’ Di Tempat Penginapan Anda

Berikutan itu, ramai orang berasa tidak selamat ketika berada dalam bilik penginapan dan berasa seperti ada yang memerhati. Terdapat pelbagai cara untuk kesan kamera tersembunyi di tempat penginapan anda, tetapi kami akan senaraikan 2 cara paling mudah anda boleh gunakan.

1. Suluh lampu pada kawasan tersorok

Selalunya penjenayah akan menyembunyikan kamera ini di tempat-tempat yang sukar untuk dilihat pada mata kasar. Antara tempat persembunyian tersebut ialah pengesan asap, penapis udara, buku, hiasan dinding, kotak tisu, anak patung, kotak TV digital, penyangkut pakaian, pen dan juga almari.

2a20

KAMERA TERSEMBUNYI YANG DIJUMPAI DI AIRBNB. SUMBER: THE KOREA TIMES

Oleh itu, anda haruslah menyuluh lampu pada kawasan-kawasan tersebut dan difahamkan kamera tersembunyi akan bertukar warna menjadi warna hijau atau biru apabila terkena cahaya.

2. Padamkan lampu

Pastikan anda padamkan lampu sebelum anda masuk ke dalam bilik. Lalu, pasangkan lampu pada telefon bimbit dan suluhkan pada mana-mana tempat di ruang bilik tersebut.

Wyze-lights-off

SUMBER: HOW TO GEEK

Jika cahaya berwarna ungu berkelip-kelip didapati, mungkin kamera infrared telah disembunyikan di situ.

Diharap perkongsian tip ini akan membantu anda di luar sana agar tidak jadi mangsa penjenayah. Jika anda ingin bercuti ke mana-mana, amalkan cara-cara ini ketika anda sudah masuk ke tempat penginapan anda.

Perkampungan Di Austria Ini Bakal Hadkan Pengunjung Selepas Dibanjiri Peminat Frozen

Kawasan desa itu sebelum ini mencuri tumpuan dunia selepas menjadi inspirasi kepada pembuat filem animasi muzikal Frozen untuk dijadikan latar belakang Arendal yang merupakan kawasan pemerintahan Elsa dalam cerita tersebut.

frozen-2-trailer

FOTO: DISNEY

Menurut datuk bandar kawasan itu, perkampungan yang mempunyai populasi seramai 800 orang itu tidak mampu untuk menangani kebanjiran pelawat yang datang ke perkampungan itu kerana ada ketikanya bilangan mereka mencecah sehingga 10,000 orang setiap hari.

Bagi mengatasi masalah tersebut, datuk bandar Alexander Scheutz berkata pihaknya mengambil langkah untuk cuba mengurangkan jumlah pelawat yang memasuki kawasan pergunungan tersebut dengan hanya menyediakan bas berkapasiti kecil.

halstatt reddit

FOTO: REDDIT

“Halstatt adalah sebahagian penting dari sejarah budaya dan bukannya muzium. Jumlah pelancong yang berkunjung ketika ini menyebabkan masalah kepada perkampungan kami,” kata Scheutz seperti dilaporkan CNN Indonesia yang memetik temu bualnya bersama The Times.

Yakin penggunaan bas yang bersaiz lebih kecil akan membantu mengurangkan jumlah kehadiran pelancong, Scheutz juga yakin langkah berkenaan akan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka di perkampungan untuk melayan pelancong yang datang ke kawasan mereka.

Selepas ini, mereka yang ingin berkunjung ke perkampungan yang kelihatan seperti di dalam filem itu menurut datuk bandar perlu melakukan tempahan terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan yang kelihatan penuh keajaiban itu.

Namun begitu, usaha untuk mengurangkan jumlah pelancong bukanlah satu perkara yang baru terutamanya di kawasan sekitar Eropah dengan beberapa bandar seperti Rom, Amsterdam dan bandar di Sepanyol.

Bagi anda yang ingin merasai pengalaman berbeza untuk mengembara dan bercuti, anda boleh merasai lima pengalaman berbeza di SkyVR Genting Highlands yang disediakan di Skytropolis Funland.

Restoran Pelik Di Dunia

Semakin banyak restoran yang baru dan yang menampilkan konsep konsep yang menarik. Selain daripada mempunyai makanan yang sedap, penampilan restoran itu jugak menjadi kunci utama untuk menarik perhatian orang untuk dating ke kedai. Selalunya restoran yang memberi kelainan akan memjadi bualan ramai dan viral.

Namun terpulang kepada individu masing masing. Jom kita tengok senarai restoran yang terpelik di dunia.

1. THE CLINIC

restoran pelik di dunia
Restoran yang terletak di Singapore ini menjadi tumpuan ramai kerana setiap perabot yang digunakan datangnya daripada hospital hospital Singapura.

2. MODERN TOILET RESTAURANT

restoran pelik di dunia
Restoran ini popular di Taiwan kerana membawa tema tandas. Kerusi, meja makan dan makanan yang dihidangkan dalam pinggan dan mangkuk juga bekonsepkan tandas.

3. KAYABUKIYA TAVERN

restoran pelik di dunia
Restoran ini sangat comel kerana mempunyai dua ekor monyet yang bekerja sebagai pelayan. Monyet itu berpakaian seragam kemas akan mengambil pesanan dan juga menghantar pesanan kepada pelanggan.

4. NEW LUCKY RESTAURANT

restoran pelik di dunia
Kalau anda tak pernah ada pengalaman makan tepi kubur, anda boleh ke restoran ini yang terletak di Ahmedabad, India. Restauran ini dibina atas kubur kubur yang lama.

Universiti Ini Sediakan Kubur Untuk Pelajarnya Yang Tengah Stress

Kubur tersebut dilengkapi selimut dan tikar untuk keselesaan tetamunya.

universiti ini sediakan kubur untuk pelajarnya yang tengah stress

Difahamkan, kubur ini disediakan bagi mengingatkan pelajar untuk menghargai nyawa dan kehidupan mereka yang mana pasti akan berakhir dengan kematian.

universiti ini sediakan kubur untuk pelajarnya yang tengah stress

Yang menariknya, rata-rata pelajar mengakui kaedah itu berkesan dalam membantu menenangkan mereka.

Kulit Ayam Mempunyai Khasiat – Kajian Universiti Harvard

kulit ayam mempunyai khasiat – kajian universiti harvard

Korang mungkin akan suka dengar berita ni.

Satu kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan Universiti Harvard menunjukkan kulit ayam sebenarnya tidak memberi atau menyumbang sebarang masalah kesihatan terutama jantung.

Bukan tu je, mereka menemui kulit ayam tergolong dalam kategori tidak tepu. Jadi, lemak kategori ini boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras kolestrol yang buruk yang berpunca dari hormone seseorang.

Kulit ayam juga berfungsi sebagai penghalang minyak daripada terus serap ke dalam daging yang dimasak.

Restaurant Of Mistaken Order: Korang Tak Akan Dapat Pesanan Yang Betul Kalau Ke Restoran Ini

restaurant of mistaken order: korang tak akan dapat pesanan yang betul kalau ke restoran ini

Apa perasaan korang kalau tengah lapar, then nak pergi makan, kemudian order. Tapi, tiba-tiba makanan yang sampai tu bukan makanan yang korang nak? Perghhh! Menyirap weh.

Tapi, dekat Jepun ada sebuah restoran yang memang sengaja dibina sedemikian. Dikenali sebagai Restaurant of Mistaken Order, konsep restoran ini ialah korang tak dijamin akan dapat makanan yang korang tempah.

Mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa macam tu?

Sebenarnya, restoran ni menggaji mereka yang mempunyai masalah Dementia- ( symptom berkaitan masalah ingatan yang selalunya dialami oleh orang tua, tapi orang muda pun boleh alami sebenarnya).

Restoran ini ditubuhakn bagi memberi kesedaran kepada mereka akan symptom ini. Bukan itu sahaja, dengan cara ini ia dapat membuka mata masyarakat bahawa orang-orang sebegini boleh sama je macam orang lain Cuma mereka ada keistimewaan tersendiri. Jadi, janganlah korang discriminate orang-orang yang ada keistimewaan macam ni.

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh tengok website diorang di http://www.mistakenorders.com. Mana tahu nanti kalau korang ke Jepun, boleh lah korang ke sana.

Sumber: Website http://www.mistakenorders.com

Belum Sempat Dunia Terima 5G, China Dah Teroka 6G

dunia baru nak terima 5g tapi china dah start kaji 6g

Kelajuan internet setakat ini pada kadar 4G dan negara dunia sedang bersiap sedia menerima kadar kelajuan 5G.

Belum pun kelajuan itu diperkenalkan, namun negara China sudah mengkaji kadar kelajuan 6G pula. Perghhh!

Kementerian Sains dan Teknologi China telah mengumumkan pihaknya telah membentuk dua pasukan bagi melakukan penyelidikan dan kajian berkenaan kelajuan internet pada tahap 6G.

Dikatakan satu pasukan terdiri daripada jabatan kerajaan yang akan mengkaji tentang pelaksanaan teknologi 6G. Pasukan lain pula adalah daripada pakar dari university, institusi sains dan perusahan dan terdiri daripada 37orang. Mereka bertanggungjawab memberi nasihat berkenaan teknikal untuk keputusan utama kerajaan pada 6G.